Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Ikhtilat oh ikhtilat 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk pemahaman yang lebih baik, sila baca siri satu di- Ikhtilat oh Ikhtilat. Asal hukum pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan (ikhtilat) adalah HARAM, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali hukumnya bertukar menjadi harus dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Profesor Dr. Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:-

Pertama: Harus Kerana Terpaksa (Dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Shafi'e: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan-keadaan dhorurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.



Kedua: Harus Kerana Keperluan (Hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1- Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

2- Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3-Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4-Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar.
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a.) telah melantik al Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5-Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (s.a.w.)

6-Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syari’e. Imam Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7-Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

8-Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9-Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

10-Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.


Pergaulan Yang Barakah

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

1-Ucapan yang makruf dan sopan.
Firman Allah: ......dan ucaplah kata-kata yang makruf. (4:5) Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

2-Menundukkan pandangan
Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah. (24:30-31)

3-Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada ummi Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.- Ibnu Syiahab az-Zuhri.

4-Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.

5-Menghindari tempat syubhat.
Sabda Rasulullah (s.a.w.): Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu….(Riwayat Bukhari)


Adab khas untuk wanita

6-Iltizam dengan pakaian Islam.
Firman Allah: Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj. (33:33)

7-Serius dalam ucapan.
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah : Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang berpenyakit hatinya terdetik untuk menggodamu. (33:32)

8-Menjaga pergerakan.
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: ...... Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. (24:31)


Pandangan Antara Gender

Pada dasarnya lelaki dan wanita adalah anggota masyarakat yang mempunyai hak sama untuk menjalani hidup dengan bebas dan merdeka dalam masyarakat Islam. Wanita mengikut padangan Islam memiliki hak sosial sama dengan lelaki tanpa diskirminasi satu jenis atas jenis yang lain. Islam tidaklah melihat pada diri lelaki muslim dengan pandangan yang melampau sehingga seolah-olah pemangsa yang harus dijauhi dan tidak dipercayai langsung oleh wanita. Dan tidak juga melihat pada diri wanita sebagai makhluk ganjil yang mana segala gerak-gerinya keji, membawa fitnah dan menganggu kesucian diri seorang lelaki. Namun semua ahli ilmu samada golongan syarak, undang-undang, pendidikan dan sosial bersetuju bahawa hubungan bebas tanpa batas antara gender akan memberi kesan negetif kepada pembangunan masyarakat dan menyebabkan keluhuran nilai yang dijunjung oleh sesebuah masyarakat seperti perkahwinan, kekeluargaan dan sebagainya menjadi porak peranda.

Konsep dasar ini akan memberi kesan langsung dalam kita memahami hukum Islam mengenai batas “pandangan” antara lelaki dan wanita asing (yang halal nikah) iaitu dari segi sejauh mana Islam mengizinkan lelaki memandang wanita atau sebaliknya wanita memandang lelaki?. Dualisme sistem berdasarkan gender Dalam masyarakat kita samada tradisi atau moden pemisahan total tidak berlaku dalam apa jua bidang atau sektor kehidupan. Sistem ko-operasi kehidupan dapat dilihat dengan jelas antara lelaki dan wanita berlaku dimana-mana sahaja seperti disekolah, diuniversiti, dipasar, dikilang, di pejabat kerajaan dan swasta, di stesen bas dan hatta di masjid. Dualisme sistem secara total berdasarkan gender jarang berlaku dalam sejarah Islam samada pada masa silam atau morden. Kita dapati ditempat-tempat tersebut lelaki menjadi bos dan wanita menjadi pembantu, lelaki menjual, wanita membeli dan begitu juga sebaliknya.. Dalam keadaan ini pandang memandang pasti akan berlaku.

Empat dasar utama mempengaruhi cara penentuan hukum dalam masalah ini:

Yang pertama: Al Quran
Nas al Quran yang menyuruh supaya “menundukkan pandangan” dalam surah an Nur(ayat 30-31). Maksud syarak daripada suruhan tersebut ialah untuk memelihara kesucian dan kemuliaan diri. Ayat tersebut memberi makna wajib. Yakni wajib merendahkan pandangan atau memalingkan wajah, tanpa menentukan perkara-perkara yang haram dipandang untuk memberi makna Itlak atau syuyuk. Iaitu pengharaman tertakluk kepada setiap yang membawa fitnah dan mencarikkan kesucian tidak secara syumul. Dalam Sahih Bukhari:( berkata Said bi Abi al Hasan kepada al Hasan; sesungguhnya wanita ajam(bukan arab) mendedahkan dada dan kepala mereka, maka jagalah pandangan kamu).

Yang Kedua: Hadith
Di antara hadith Nabi s.a.w yang diberkaitan dengan persoalan ini ialah hadith yang dikeluarkan oleh at Turmuzi yang antara lain menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali: “Wahai Ali elakkan pandangan kedua, kalau ia harus bagi kamu pada kali pertama, dia tidak lagi harus bagi kamu untuk kali kedua“. Dan hadith Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w: Ditulis keatas anak Adam bahagian dia daripada zina yang tidak mungkin dielakkan, mata zinanya pandangan, telinga zinanya mendengar, lidah zinanya kata-kata, zinanya tangan adalah sentuhan, zinanya kaki dengan melangkah, zinanya hati dengan keinginan dan angan-angan dan yang membenarkan atau mendustakan zina itu sendiri adalah kemaluan (Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain). Hadith-hadith ini menunjukkan kewajiban menjaga pandangan daripada melihat perkara yang boleh membawa fitnah. Ini mengheret kita kepada persoalan berkaitan aurat wanita kerana yang jelas haram itu ialah melihat bahagian anggota yang haram iaitu aurat. Ini berlainan jika pandangan itu jatuh pada bahagian yang bukan aurat.

Yang ketiga: Batasan Aurat
Aurat wanita: Jumhur ulama’ mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat yang perlu ditutup kecuali perhiasan yang zahir seperti yang disebut dalam surah an Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan jangan mereka nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya”. Ulama’ berselisih dalam mentafsir skop pengecualian tersebut. Pendapat yang kuat yang diwakili oleh jumhor ulama’ mengatakan ia adalah muka, tangan dan pakaian. Ini bermakna muka, tangan dan pakaian merupakan bahagian yang pada adatnya kelihatan dan tidak tertakluk kepada arahan supaya disembunyikan.

Yang keempat: Kaedah Saddu az Zarie’ ah
Saddu az Zarie’ ah iaitu tujuan menutup pintu fitnah. Saddu az zarie’ah adalah satu qaedah yang dirujuk oleh ulama’ dalam penentuan hukum terutama dalam kes-kes yang berkaitan dengan maruah dan harga diri. Pandangan merupakan pintu kepada hati. Sebagaimana yang dijelaskan oleh hadith Ali diatas, kalau seseorang dimaafkan pada pandangan pertama, pandangan kedua tidak lagi dibenarkan kerana ia digerakkan oleh syahwat dan boleh menjejaskan kesejahteraan hati. Kebimbangan ini ditakuti berlaku kepada Ali seorang sahabat nabi, ia lagi-lagi boleh berlaku dizaman ini dimana manusia mengalami bebagai jenis penyakit jiwa atau kelemahan hati.

Kesimpulan.

A.Pandangan lelaki kepada wanita asing (yang halal nikah).

Daripada pandangan umum Islam terhadap hubungan lelaki dan wanita dan kaedah-kaedah asas yang mendasari cara pengeluaran hukum dalam masalah “pandangan” lelaki dan wanita “ajnabi” kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut:

  • Tidak harus melihat atau memandang bahagian aurat wanita (selain dari muka, tangan dan kaki disisi kebanyakan ulama’) samada dengan syahwat atau tidak.
  • Bagi bahagian yang bukan aurat seperti melihat wajah dan tangan wanita ajnabi (yang halal nikah) hukumnya harus jika tidak dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Walaupun yang lebih afdhal ialah menyerongkan pandangan.
  • Jika pandangan melibatkan bahagian aurat hukumnya harus jika kerana hajat atau dhorurah.

Keadaan-keadaan yang dikecualikan kerana keperluan atau dhorurah:

  • Pandangan saksi untuk mengenalpasti orang yang didakwa
  • Pandangan kerana keperluan muamalat seperti jual beli dan sebagainya
  • Pandangan kerana merawat penyakit
  • Pandangan kerana tujuan mahu mengahwininya
  • Pandangan kepada wanita tua dan kanak-kanak

B.Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi(halal nikah)

Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi sama dengan pandangan lelaki kepada lelaki. Yakni harus bagi wanita melihat bahagian yang bukan auratnya iaitu barang antara pusat dan lutut dengan syarat tidak dibimbangi fitnah. Jika dibimbangi fitnah maka hukumnya haram.

Peringatan penting.

Ruang kelonggaran yang dinyatakan diatas hanya sesuai dilaksanakan dalam masyarakat yang iltizam dengan hukum Islam. Dalam situasi hari ini kebanyakan wanita tidak menutup aurat atau berpakaian yang mendedahkan samada dipejabat atau ditempat awam, dan lelaki yang tidak berakhlak maka sayugia bagi lelaki dan wanita Islam menjaga pandangannya dan mengambil kewaspadaan yang sewajarnya supaya ia tidak terjatuh kedalam perkara yang ditegah oleh syarak.


p/s- Soal rumah terbuka raya yang banyak diajukan kepada saya, kita cuba bersangka baik dengan pihak penganjur dengan harapan penganjur akan mencuba sedaya upaya menjaga batas-batas pergaulan kerana dalam konteks memenuhi jemputan, ikhtilat diharuskan tetapi dengan batas syara' yang telahpun dihuraikan. Bukankah kebanyakan prasangka itu dosa (49:12), maka kita jauhi prasangka terhadap penganjur. Kita jaga pergaulan dengan baik. Soal share saham dosa etc jika berlaku ikhtilat yang melanggar batas syara'- itu urusan Allah. Yang penting kita tunaikan hak kita dan penganjur perlu tunaikan haknya juga. Allah Maha Adil dan tidak menzalimi hamba-hambaNya.

والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, June 9, 2009

Ikhtilat oh ikhtilat

بسم الله الرحمن الرحيم

Kini exam week bermula. Selamat bermujahadah kepada semua sahabat di Auckland terutamanya dan di tempat-tempat lain yang sewaktu dengannya. Saya tergerak untuk berkongsi pendapat juga di kala kesibukan exam week ni kerana hati saya gusar melihat fenomena exam week di sini terutamanya yang semakin kronik menjadi barah di kalangan pelajar Muslim Melayu (Muslim bukan Melayu pun ada jek). 

Matlamat TIDAK menghalalkan cara. Fenomena yang semakin menjadi-jadi terutama semasa exam week di kalangan pelajar di sini terutamanya adalah percampuran tidak terkawal antara lelaki dan perempuan. "Kami just study sama-sama." Tapi biasanya dalam 'study' tu banyak je terselit perkara-perkara lain yang suka saya namakan sebagai خطوت الشيطن, jejak langkah syaitan.

Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.


ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” [Al-Israa’ 17:32]

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:


“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” [ An-Nur 24:1]

Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” [An-Nur 24:2]

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” [An-Nur 24:30]


Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” [An-Nur 24:31]

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 32, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu dengan syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…” [An-Nur 24:21]

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati kita. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhirnya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” [ Ibrahim 14:22]

Lihat, syaitan yang menghasut pun akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah pula anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari qiamat nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syurga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berbuat dosa dan maksiat?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membenci tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kamu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya ketika di Ta'if?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengan sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak baik, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaimana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.

Selamat menduduki peperiksaan dengan baik. Bittaufiq wannajah fil imtihan.


والله علم
والسلام عليكم

Friday, February 27, 2009

Kemarahan dan kekecewaan Musa a.s.

بسم الله الرحمن الرحيم







"Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu, hai Musa? Berkata Musa: 'Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepada-Mu, ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha (kepadaku). Allah berfirman: 'Maka sesungguhnya, Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri. Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. " (Toha 20: 83-86)

Musa turun dari gunung dan membawa papan Taurat. Rasa-rasanya hatinya mendidih dan jengkel. Kita dapat membayangkan bagaimana emosi yang membakar Nabi Musa saat ia mengayunkan langkahnya menuju kaumnya. Betapa tidak, belum lama Nabi Musa meninggalkan kaumnya dan menemui Tuhannya, mereka mendapatkan fitnah melalui Samiri. Fitnah ini adalah, bahawa Bani Israil - ketika keluar dari Mesir - membawa banyak dari harta perhiasan orang-orang Mesir dan emas-emas mereka. Mereka mengambilnya untuk mereka memanfaatkan dalam pesta perayaan mereka. Kemudian mereka selamat kerana mukjizat pembelahan lautan di mana lautan menenggelamkan Fir'aun dan tenteranya sehingga harta mereka yang berupa emas dimiliki oleh Bani Israil.

Harun mengetahui bahawa emas tersebut bukan milik mereka lalu Harun memintanya dari mereka dan menimbunnya di tanah. Bani Israil tidak memerlukannya kerana saat ini mereka sedang tersesat. Mereka berjalan di tengah-tengah gurun sehingga tidak bermanfaat bagi mereka emas- emas itu. Harun, saudara kandung Musa, menggali tanah dan meletakkan emas-emas itu lalu menimbunkan di atasnya tanah. Samiri melihat apa yang dilakukan oleh Harun. Setelah itu, dia mengeluarkannya dan membuat sebuah patung sapi yang menyerupai sapi Ibis sesembahan orang-orang Mesir. Samiri adalah seorang pemahat yang mahir. Dia mampu membuat anak sapi yang menarik di mana ketika dia meletakkannya di arah angin maka akan masuk darinya udara dari celah bahagian belakangnya lalu keluar dari hidungnya. Samiri membuat suara yang menyerupai suara sapi yang sebenamya.

Konon, rahsia kehebatan sapi ini adalah kerana Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dilalui Jibril ketika ia turun ke bumi dalam peristiwa mukjizat pembelahan laut. Yakni Samiri melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh kaum Nabi Musa. Kemudian dia mengambil segenggam tanah dari bekas yang dilalui seorang utusan (Jibril) dan meletakkannya bersama emas. Samiri membuat darinya anak sapi. Jibril as tidak berjalan di atas sesuatu kecuali sesuatu itu menjadi hidup. Ketika Samiri menambahkan tanah itu ke emas lalu membuat darinya anak sapi maka anak sapi itu dapat bersuara seperti anak sapi yang sebenarnya. Demikianlah kisah Samiri. Kita mengetahui sekarang bahawa jika tanah ditambahkan ke emas dan melebur maka tanah itu akan terpisah dari emas dan akan meninggalkan bekas (lubang) di tempat terpisahnya itu. Diduga kuat bahawa Samiri menggunakan tanah itu seperti tanah yang lain dalam usaha untuk mengeringkan bahagian dalam dari anak sapi di mana patung itu berubah menjadi patung yang mempunyai suara.

Setelah itu, Samiri keluar menemui Bani Israil dengan membawa apa yang dibuatnya. Mereka bertanya kepadanya: "Apa ini, hai Samiri?" Ia menjawab: "Ini adalah tuhan kalian dan tuhan Musa." Mereka berkata: "Bukankah Musa sedang menemui Tuhannya?" Samiri menjawab: "Musa telah lupa ia pergi untuk menemui tuhannya di sana, padahal sebenarnya tuhannya ada di sini." Akhirnya, Bani Israil menyembah anak sapi ini.

Barangkali pembaca akan merasa hairan terhadap fitnah ini. Bagaimana akal kaum itu dapat tunduk sampai pada keadaan seperti ini? Bukankah mereka telah menyaksikan mukjizat yang besar? Bagaimana mereka dengan mudah menyembah berhala? Kebingungan tersebut segera hilang ketika kita lihat keadaan kejiwaan kaum yang menyembah anak sapi itu. Mereka telah terdidik di Mesir pada saat mereka menyembah berhala dan sangat mengkultuskan anak sapi. Mereka terdidik di bawah kehinaan dan perbudakan sehingga jiwa mereka menjadi ternoda dan fitrah mereka menjadi tercemar. Mereka menyaksikan mukjizat-mukjizat dari Allah s.w.t tetapi mukjizat itu bertembung dengan jiwa-jiwa yang putus asa. Mukjizat ini tidak mampu memuaskan mereka untuk mempercayai kebenaran. Mereka masih saja dihinggapi keinginan untuk menyembah berhala. Mereka adalah para penyembah berhala seperti tokoh-tokoh Mesir yang dahulu. Oleh kerana itu, mereka menyembah anak sapi. Sikap mereka ini tidak terlalu mengejutkan kita. Sebab, setelah mereka menyaksikan mukjizat pembelahan lautan, mereka melihat suatu kaum yang menyembah berhala, lalu mereka minta kepada Nabi Musa agar menjadikan tuhan bagi mereka seperti kaum yang menyembah berhala itu.

Jadi, masalahnya adalah masalah klasik. Pada hakikatnya, hasrat untuk menyembah berhala bererti menyembah berhala itu sendiri. Apa yang dilakukan Samiri adalah, ia memanfaatkan kerinduan kaum untuk menyembah berhala. Kemudian Samiri memilih agar anak sapi yang diciptakannya berbentuk emas kerana ia mengetahui bahawa umumnya Bani Israil lemah (mudah terpedaya) pada emas. Akhirnya, fitnah yang ditimbulkan oleh Samiri tersebar di sana sini. Harun sangat terkejut ketika mengetahui Bani Israil menyembah anak sapi dari emas. Mereka terbahagi menjadi dua kelompok: minoriti dari mereka beriman dan mengetahui bahawa ini adalah tipu daya dan kebohongan semata, sedangkan majoriti mereka mengingkari Harun dan tetap melampiaskan kerinduan mereka untuk menyembah berhala. Harun berdiri di tengah- tengah kaumnya dan mulai menasihati mereka. Ia berkata kepada mereka: "Sesungguhnya kalian tertipu dengannya. Ini adalah fitnah (godaan). Samiri telah memanfaatkan kebodohan kalian dengan menciptakan anak sapi itu. Lembu itu bukan tuhan kalian dan bukan juga tuhan Musa:


"Sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) Yang Maha Pemurah, maka ikutilah aku dan taatilah perintahku." (Toha 20: 90)

Para penyembah anak sapi menolak nasihat Harun. Harun kembali memperingatkan mereka dan menceritakan kembali kepada mereka bagaimana mukjizat-mukjizat Allah s.w.t dapat menyelamatkan mereka, dan bagaimana Allah s.w.t memuliakan dan menjaga mereka. Tetapi mereka menutup telinga dan menolak segala nasihatnya. Mereka justeru melemahkan kedudukan Harun dan nyaris saja membunuhnya. Adalah jelas bahawa Harun lebih lemah daripada Musa, sehingga para kaum tidak takut lagi. Harun khuatir jika ia menggunakan kekuatan dan menghancurkan berhala-berhala yang mereka sembah, maka akan terjadi fitnah di tengah-tengah kaum dan akan tercipta perang saudara. Akhirnya, Harun memilih untuk menunda hal itu sampai kedatangan Musa. Harun mengetahui bahawa Musa seorang yang kuat yang mampu mengatasi fitnah ini tanpa harus menumpahkan darah. Sementara itu, Bani Israil terus menari di sekitar anak sapi. Samiri - mudah-mudahan Allah s.w.t melaknatnya - adalah penyebab fitnah ini, dan ia menari-nari serta berputar-putar di sekeliling berhala.

 Nabi Musa turun dari gunung untuk kembali menemui kaumnya. Kemudian ia mendengar teriakan kaum saat mereka menari-nari di sekitar anak sapi. Kaum itu berhenti ketika melihat Nabi Musa muncul di depan mereka. Dan tiba-tiba keheningan menyelimuti mereka. Nabi Musa berteriak dan berkata:


Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim". (Al-A'raf 7: 150)

Musa berjalan menuju ke Harun, lalu ia meletakkan papan Taurat dengan tangannya di atas tanah. Tampaknya api kemarahan telah membakamya. Musa memegang Harun dari rambut kepalanya sampai rambut janggutnya sambil berkata:



"Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) menderhakai perintahku?" (Toha 20: 92-93)

Musa bertanya, "Apakah Harun tidak mentaati perintahnya, bagaimana ia mendiamkan fitnah ini; bagaimana ia tetap bersama mereka dan tidak meninggalkan mereka serta berlepas diri dari perbuatan mereka; bagaimana ia tetap diam dan tidak berusaha melawan mereka, bukankah orang yang diam atau membiarkan suatu kesalahan itu bertanda bahawa ia merestuinya atau bahagian dari kesalahan itu?" Keheningan semakin meningkat ketika gelora api kemarahan Musa semakin membara. Harun berbicara kepada Musa dan meminta kepadanya untuk melepaskan kepalanya dan janggutnya kerana mereka berdua berasal dari ibu yang satu. Harun mengingatkan Musa akan kedekatan hubungannya melalui ibu, bukan melalui ayah agar hal itu lebih dapat membuat Musa merasa kasihan kepadanya:


"Harun menjawab: 'Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku.Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' '" (Toha 20: 94)

Harun memberi pengertian kepada Musa bahawa ia sama sekali tidak bermaksud menentang perintahnya, dan ia pun tidak menunjukkan sikap merestui penyembahan anak sapi, tetapi ia khuatir jika ia meninggalkan mereka dan pergi lalu Musa bertanya kepadanya, mengapa ia tidak tetap tinggal bersama mereka? Mengapa seorang yang bertanggungjawab kepada mereka justeru meninggalkan mereka? Di samping itu, ia juga khuatir jika ia memerangi mereka dengan kekerasan maka terjadi peperangan di antara mereka. Lalu Musa akan bertanya kepadanya, mengapa ia menyebabkan perpecahan di antara mereka dan mengapa ia tidak menunggu kembalinya Musa.....

Kini saya faham bagaimana marahnya perasaan Nabi Musa a.s. ketika melihat kaumnya kembali menyembah sapi emas tersebut. Marah dan kecewa. Itulah perasaanku setibanya di Auckland ini.  Terasa lemahnya diri pada mulanya dan hampir-hampir mengaku kalah. Semoga saya diberi kekuatan untuk mengatasi ujian ini. Ya Allah, lapangkanlah dadaku, tetapkan hatiku dan imanku serta permudahkanlah segala urusanku.

والله علم
والسلام عليكم

Sunday, January 4, 2009

The virtues in Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم

The Fast of 'Ashura

Bold
The fast on the day of 'Ashura is recommended and there are many authentic narrations regarding this. The initial recommendation to observe fasting on that day began when the Prophet SAW observed the Jewish practice when he arrived upon his migration to Madeenah.

From Ibn 'Abbas RA:
When the Prophet SAW arrived in Madinah he saw the Jews fasting (on this day), so when he asked them (about this), they said: "Certainly, this is the day when Allah made Musa victorious and destroyed Fir'aun". So the Prophet SAW said: We have more of a right to Musa than you". So he fasted (that day) and ordered it to be fasted. [Saheeh al-Bukhari]

Remember the principles held by our revered scholars with regards to 'eebadah (worship):
- All forms of worship are HARAM unless there exists textual evidence to prove otherwise
- 'Ibadah is only accepted when there is ikhlas (sincere) and ittibaa' ar-rasul (exemplify the Prophet SAW)

The reward for observing the fast of 'Ashura is as follows:

From Abu Qatadah RA:
The Prophet SAW was asked about observing As-Saum (the fast) on the tenth day of Muharram, and he replied, "It is an expiation for the sins of the previous year." [Saheeh Muslim]

Remember that the fadhilah (rewards) of an 'ibadah may only be derived from textual evidence.


Command to Istibra' & to Avoid Tashabbuh Bil Kuffar

There are numerous evidences of the commands for Muslims to istibra' (oppose) the forms of worship of other religions and to avoid Tashabbuh Bil Kuffar (mimicking the forms of worship of the disbelievers).

Hence, the permissibility given by those who dress in the cloak of ulama' to mimic or be involved in the worships of other religions in the name of integration and pluralism is in fact a sacrifice of the Islamic 'Aqidah.

From Ibn 'Abbas RA:
The Prophet SAW said, "If I remain alive till the next year, I shall also observe fast on the ninth of Muharram." [Saheeh Muslim]

"Observe the fast of 'Ashura but differ from the Jews; fast the day before it (the ninth) or the day after it (the eleventh)" [Ahmad & Bayhaqi, authenticated by Ibn Hajar in "Talkhis Al-Habir"]


Innovations & Falsehood

Like many of the significant dates, events and worships in Islam, there exists innovations and falsehood that are spread to the community. And Muslims are very weak in recognizing these innovations and falsehood because they have not been preached on the importance of the disciplines of "at-tabayyun" and "at-tashfiyyah". (ascertaining & purifying)

These disciplines are generally neglected by da'wah organizations because there exists a stigma and concern that it will decrease its popularity, marketability and its integration within "mainstream Islam".

The problem with today's principles of "all views are okay" and "don't criticize anyone" propagated by mainstream scholars is that an attack onto the Islamic 'aqidah and 'ibadah becomes extremely difficult for today's Muslims to identify.

The practice of the Shi'ite to perform acts of obedience to mourn and honour the death of al-Husayn on the day of 'Ashura is considered an act of evil innovation by our revered scholars.

But because Muslims are not aware of the firm principles and stand of the scholars of Ahlussunnah wal Jamaah against innovations, they are not likely to fully understand why such practices are rejected apart from saying "these are shi'ite practices".

And with Allah is all knowledge.

والله علم
والسلام عليكم