Thursday, December 9, 2010

Bukti cinta sejati

بسم الله الرحمن الرحيم

 Seorang akh bertanya kepadaku:

Ana rasa lemah la akhi. Lemah dengan suasana sekarang ni. Ikhwah-ikhwah lain semuanya tak bersemangat dan kadang-kadang tak membantu langsung pun.
Tak tahan ana melihat ikhwah yang bergerak perlahan, yang bermain-main, yang tidur semasa usrah....
bla2 etc. and the list goes on and on and on ......

Saya bertanya kembali:
Habis nta nak buat ape sekarang?


Akh tadi menjawab:
Ntah la. Rasa macam nak lari pun ada. Baik cari orang lain yang bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam dakwah. Malas nak kawan dengan orang yang kurang serius ni. Nak join group lain lah yang lagi bersemangat.

Saya diam buat beberapa ketika, sedang cuba mengimbangi keadaannya dan juga keadaan orang lain, mengimbangi antara teori dan juga realiti.

"Shrouded by the dark cloud he is. A very strong dark side, he is influenced" bak kata Mahaguru Yoda.

Mungkin adik-adik ini semuanya power-power dan qowiy jiddan macam Luke Skywalker tapi saya jauh sekali nak dibandingkan dengan Master Yoda tu... huhu

Anyway, beberapa hari saya cuba selami perasaan dan hati-hati mereka dan lebih banyak memantau, memerhati daripada berkata-kata.

Dapat kita singkapi satu-persatu ayat-ayat kekasih sejati kita yang selama ini cuba berbicara dengan kita tapi kita yang tidak pernah cuba menghayati apatah lagi memahami.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(3:139)

Ingin saya tekankan, konteks biah solehah dan motivasi diri yang cuba dibawa kali ini adalah untuk seorang akh/ukht yang sedang ditakwin, telah ditakwin, dan juga sedang mentakwin orang lain. Bukannya adik-adik yang baru ikut halaqoh tu ye.

Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana permulaan yang silap!!

Apa yang biasa kita buat di permulaan setiap perlakuan dan perbuatan kita? Niat! Sudah pasti! Mana mungkin kita melakukan sesuatu tanpa ada terlintas atau terdetik di hati kita keinginan biarpun sekelumit untuk melakukan perkara tersebut.

Maka ingin saya bertanya kepada semua, apakah niat kita mengikuti tarbiyah?

Murobbi/murobbiah yang best?
Ikhwah/akhawat yang supportive, selalu tolong dan bagi makan?
Selalu dapat duit dan dapat pinjam kereta pakcik makcik untuk pergi program?
Pengisian yang selalu memang power dan sangat-sangat ruhiy?

Faman kaanat hijrotuhu lidunya yushibuha awimro-atin ayyankihuha, fahijrotuhu ila maa haajaro ilaih.

Kita nak define biah solehah ni dengan suasana yang supportive ke? Macam gambar di bawah ni ye? Semangatnya adik ni ha kerana orang-orang di sekitarnya semua bersemangat... ini ke objektif mustawa yang sepatutnya akh/ukht berkenaan lalui?


Kalau itulah sebab kita mengikuti tarbiyah, maka masih belum terlambatlah untuk kita betulkan balik dan perbaharui balik niat kita. Sumber motivasi utama dan yang satu, tunggal hanyalah Allah. Bukannya biah, bukannya ikhwah/akhawat yang bersemangat, bukannya murobbi/murobbiah yang power.

Hatta dalam Risalah Hal Nahnu Qoumun 'Amaliyun dalam Majmu'ah Rosail Imam Hassan Al Banna, dikatakan dengan tegas kita masih belum tergolong dalam kategori 'amaliyun yakni beramal jika kita hanya tahu complain dan komen tapi tak pernah berusaha bersungguh-sungguh (baca: jiddiyah) dan mengorbankan kepentingan diri (baca: tadhiyah) dalam membaiki suasana dan mewujudkan suasana.

Agak-agaknya lah kan, kalaulah Rasulullah berperangai macam kita ni masa zaman awal-awal dakwah dulu dan boleh berkata sedemikian:

Ana rasa lemah la nak meneruskan dakwah ni, pakcik-pakcik semuanya selalu menyiksa pengikutku dan juga mencemuh diriku, sahabat-sahabat yang ada semua tak mampu buat apa-apa, kita pun takde apa...

Dan apa pulalah yang terjadi tatkala Mus'ab Umayr mengeluh macam kita juga:

Ana rasa ana nak pindah la. Tak tahan ana dengan bi'ah di Madinah ni. Dah la kena dakwah sorang-sorang je. Ikhwah-ikhwah lain di Mekah langsung tak support dan macam tak ambil peduli hal ana je.

Apatah lagi pula apabila si Khalid al Walid juga mengeluh macam kita dalam perang Mu'tah:

Ish, tak tahan ana tengok si A, si B, si C, semuanya buat malu company je. Pegang panji pastu kena bunuh. Semua takleh harap. Malaslah ana camni. Baik ana join puak-puak yang lagi power dari join puak-puak yang lemah takleh harap camni.

Jika benar sekalipun tidak wujud bi'ah solehah di tempatmu itu, adakah tidak wujud juga bi'ah solehah dalam hatimu, dalam jiwamu????? Ke mana perginya tarbiyah dzatiyahmu????? Dan apa hasilnya pula sehingga sanggup kau berfikir sedemikian??? Maa lakum kaifa tahkumuun!!

Sebab itu niat asal kita sangat perlu dijaga dan ditajdidkan selalu. Mana mungkin orang yang menjadikan Allah sebagai ghoyahnya, Rasul sebagai qudwahnya, AL Quran sebagai dusturnya dan jihad sebagai jalannya.. tapi mudah sekali kecewa dan mengalah hanya semata-mata kerana bi'ah dan suasana sekeliling yang tidak membantu??? Di manakah as sidqu kita dalam dakwah ilallah ini?

Ayuh teruskan derap langkah kita. Jangan mengalah dengan suasana. Jika kita lihat ikhwah/akhawat yang lemah, kita hulurkan tangan kita dan pimpin mereka untuk membantu mereka berlari bersama-sama kita, bukannya pancung mereka sebab dah rasa mereka ni tak guna. Saya dapat melihat bibit-bibit kebangkitan ummah, terutama di Batu Pahat ini secara khusus. Adakah anda dapat melihatnya juga? atau masih dimomok perasaan, mainan syaitan, soal bi'ah etc. yang tidak berkesudahan?


Fahamilah konsep basyariatudda'wah. Betapa semua du'at adalah manusia. Yang ada kekuatan dan kelemahan. Itulah fungsi tarbiyah. Yang menekankan konsep ar-Ri'ayah (baca: pemeliharaan). Apa makna ukhuwwah kalau kita sendiri tidak berusaha untuk melaksanakan tuntutan ukhuwah itu kepada orang lain TANPA mengira orang lain akan menjalankan tuntutan yang sama terhadap kita atau tidak. Bukankah itu tanda keikhlasan yang sejati, yang seorang akh/ukht hanya berharap dan bergantung pada Allah semata-mata???


Satu tulisan yang merupakan muhasabah besar buat diriku terutamanya. Tidak berniat ingin mengata kepada sesiapa, sekadar menegur diri sendiri yang masih lemah dalam meneruskan langkah di medan dakwah.

والله أعلم
والسلام عليكم

Wednesday, December 1, 2010

Bingkisan cinta syahdu

  بسم الله الرحمن الرحيم

Mode muhasabah akhir tahun (tahun hijrah baru semakin hampir)




1. (Rabb) Yang Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan Al-Qur'an.
3. Dia menciptakan manusia,
4. Mengajarnya pandai berbicara.


Bilamana Allah memulakan surah yang dinamakan khas dengan namaNya iaitu Ar Rahman.... Bukti cinta pertama Allah pada kita adalah Al Quran itu sendiri. Bukti kedua pula adalah kejadian penciptaan kita itu sendiri. Kemudian nikmat-nikmat yang lain menyusul sepertimana yang diceritakan dengan penuh kesyahduan dalam surah ini.


Pernahkah kita benar-benar mentadabbur dan menghayati ayat-ayat indah ini dan berfikir sedalam-dalamnya selama ini? Bait-bait cinta dan kasih Allah yang tidak bersyarat, tidak bertepi, tiada bersempadan, dan tiada penghujungnya...


Cuba kita bayangkan, seorang yang bukan sahaja memberi kita pelbagai nikmat yang memang tidak ternilai dan tidak terganti, apatah lagi yang menciptakan kita sendiri... dan bilamana kita mendustakan seseorang itu walaupun nikmat tetap diberi tanpa henti? Dusta?? YA DUSTA!!


13. Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?

kazhab  merupakan perkataan yang digunakan Allah dalam surah ini, dan diulang-ulang berkali-kali dalam surah ini sehingga ke penghujung surah. Mengapa dan mengapa? Apakah makna kazhab/ dusta yang diulang-ulang dengan nada kecewa ini akan sikap kita yang menDUSTAkan nikmat Allah?


Allah s.w.t. memberi kita nikmat pendengaran, penglihatan dan juga penghayatan/pemahaman melalui hati.


Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), amatlah sedikit kamu bersyukur.(32:9)

Mengapa Allah menyebut pendengaran dahulu, kemudian diikuti oleh penglihatan dan akhir sekali hati? Bila kita fikir dan tadabbur secara mendalam, baik kita renung kembali asal kejadian kita yang hina ini. Apabila bayi baru sahaja dilahirkan dan baru keluar dari perut ibu, nikmat apa yang mula-mula sekali kita dapat? Pendengaran!! Kemudian setelah beberapa ketika, barulah bayi itu dapat membuka matanya (penglihatan!!). Dan sudah tentu setelah mencapai tahapan umur tertentu, barulah si anak itu mampu menghayati, memahami dengan hati. Betapa tepatnya susunan perkataan dalam ayat al Quran ini sendiri, tidak mencanggahi fakta sains sedia ada. Subhana robbina inna kunna zhoolimiin.


Tapi apa yang kita lakukan dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan tersebut? Mata kita digunakan untuk melihat perkara-perkara yang lagho, bahkan haram. Telinga kita digunakan untuk mendengar perkara-perkara lagho, bahkan haram. Hati kita digunakan untuk memikirkan perkara-perkara lagho, bahkan haram. Bukankah itu menDUSTAkan nikmat Allah? Astaghfirullah.

Tak perlu saya ulas panjang tentang apa yang lagho dan apa yang haram, kerana semuanya telahpun jelas dalam Islam. Kita tahu tapi berpura-pura tidak tahu ataupun buat tak tahu aje. Mengapa??? Kerana perbuatan dosa kita telah menyelaputi hati kita sehingga kita tidak ada rasa bersalah ketika menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah. MenDUSTAkan Al Quran iaitu bukti cinta Allah kepada kita. MenDUSTAkan ar Rasul iaitu bukti cinta Allah kepada kita. Sampai hati kita mengkhianati cinta dan kasih sayang Allah kepada kita....


Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(83:14)

Masih belum terlambat lagi insyaAllah untuk kita bertaubat (terutamanya diri saya sendiri). Kasih sayang Allah itu tidak pernah bertepi. Itu suatu realiti yang sukar kita sedari atau rasai dengan hati kita sebenarnya. Betapa kita sentiasa dalam keadaan menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah, tapi Allah masih tidak putus-putus mengurniakan nikmat-nikmatNya kepada kita, masih memberi peluang kepada kita untuk kembali padaNya, dengan sebenar-benar taubat yakni taubat nasuha.

Marilah kita sentiasa berwaspada menjaga hati kita, jangan sehingga perbuatan dosa kita menyelaputi hati kita sehingga kita tidak rasa bersalah lagi bilamana kita menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah. Ampunilah segala kikhilafan, kelalaian, dan dosa-dosa ku yang lalu ya Allah. Sungguh cintaMu itu tidak pernah ada batasannya. Kau yang lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi diriku ini ya Allah. Tidak sanggup lagi untuk aku menDUSTAkan walau sekecil-kecil nikmat yang kau beri ya Allah. Tetapkanlah hati ini ya Allah dan terimalah taubatku. Pimpinlah dan pandulah hatiku ini sentiasa ya Allah.
  
 
والله اعلم
والسلام عليكم