Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Ini Cerita Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah sekian lama saya menyepi, ada yang bertanya- merajukkah? Merajuk tang mana tu yek... hehe

Alhamdulillah saya kini sedang slowly but surely settle down, menyesuaikan diri dengan satu alam baru- iaitu alam pekerjaan. Pejam celik, pejam celik, dah 3 minggu saya bekerja di UTHM di Parit Raja, Batu Pahat. Pada mulanya, duduk sorang2 jek di Batu Pahat, tapi kini dah ada seorang housemate. Cerita pasal housemate mengingatkan pada housemate ku di Anzac Avenue pada tahun lepas. You guys are da bomb kata orang hehe... inilah cerita kita suatu ketika dulu di 808 Unilodge Auckland... rindunya pada semua...

"kini sedang mentarbiyah diri menjadi setenang air tasik Wanaka"

3 orang yang memang karakter jauh berbeza...duduk sekali serumah, boleh tahan gak kalau nak dibayangkan teorinya kan- ala-ala Clash of The Titans, Hades, Ares and Apollo (wah extremenya perbezaan karakter kita kan Luq dan Odie sampai kena guna analogi anak2 pakcik Zeus.. huhu)

People said, opposite attracts... ahh well that's the law of nature.. or sunnatullah.. and we someway somehow live in peace and harmony together (can hardly laughing when typing this)

Luq yang rajin buat kerja pertukangan di rumah, rumah kita hampir2 jadi kilang, nasib baik jadi bengkel jek baru haha dan odie yang sentiasa x jemu memasak, rumah kita hampir2 jadi restoran, nasib baik dak2 mechi cam kita ni semuanya sibuk kan.. Anyway the point is saya rindukan housemateku pd tahun lepas... memang sangat terasa apabila duk sorang2 masa dua minggu pertama kat sini.. huhu..

Luq harap2nya dah dapat cari kerja sementara nak tunggu offer Pet, Odie pun harapnya terus tabah dalam menghadapi cabaran tahun2 akhir pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Auckland, we've survived, so should you ^_^

Banyak yang perlu 'settle' bila berhijrah ke tempat baru dan skrg baru terasa penangan nye.. ye la dulu kat Auckland sampai2 jek rumah dah siap diuruskan oleh sponsor.. makanan pun disediakan.. haha .. skrg ni ha rasakan, rumah sewa pun terkial-kial nak cari... dengan terputus dari internet selama beberapa ketika, rasa cam kembali ke 'zaman gua'.. balik keje ngadap buku dan kitab jek.. tapi ini semau sudah tentu ada hikmah dari perencanaan Allah.. ini juga adalah tarbiyah dari Allah




Saya baru diperkenalkan dengan istilah 5S semenjak mula bekerja di UTHM. Seiri (sorting), Seiton (Set In Order), Seiso (systematic cleaning) , Seiketsu (standardizing) , Shitsuke (sustain)... Dalam banyak sektor kerajaan diamalkan amalan ni... maka mari kita muhasabah diri kita.. boleh ke kita amalkan 5S ni dalam jadual harian kita.. apatah lagi dalam amal tarbawi kita?

Segala pekerjaan dalam hidup kita harus kita susun (Seiri) mengikut prioriti (Seiton), maka perlu kita faham fiqh awlawiyat dalam urusan Seiri dan Seiton. Sedar apa fokus kita, apa fokus amal islami kita dan bukan sekadar sedar tapi kena gerakkan. Seiso harus dijalankan secara berkala, maka di sinilah datang usrah mingguan, daurah dan katibah bulanan etc. untuk membersihkan hati, jiwa secara bersistematik dan bermuhasabah, menilai semula serta Seiketsu yakni menyelaraskan. Seiso secara ruhiyah seolah-olah memberi semangat baru umpama enjin kereta yang diisi minyak Shell Helix yang baru menggantikan minyak lama dan ini penting untuk memastikan kereta tarbawi kita tak mati di tengah jalan kehabisan bekalan.

Seiketsu adalah untuk menjadikan amal tarbawi kita lebih tersusun secara amal jamaie.. dan ini juga penting kerana segala kerja yang kita buat perlu disusun dan diselaraskan.. dan dalam Seiketsu ada banyak adab-adab yang perlu dijaga seperti syura, isti'zan, istisyarah dan sebagainya.. dan penyelarasan penting kerana kita seharusnya sedar matlamat kita yang sama yang hendak dicapai itu penting, bukan nama kita yang naik makin popular itu penting.. apabila Seiketsu tidak dapat diamalkan, maka terjadilah pembaziran tenaga, redundancy dan kecelaruan dalam amal tarbawi / amal islami kita.. Malah Imam Hassan Al Banna sendiri menegaskan perkara penting ini dalam perenggan awal dalam risalah Wahai Pemuda di mana kecelaruan dan keperlbagaian gerak kerja di kala umat baru hendak 'bangun' adalah suatu yang sangat tidak baik. Quoting from Risalah Wahai Pemuda dari Majmu'aturRosail

"Wahai angkatan pemuda!

Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju."


Last but not least is Shitsuke. Amal tarbawi seharusnya bersifat Robbaniyah... dan ini ditekankan dalam firman Allah: 
 
(3:79)Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Kata kunci dalam firman Allah ini adalah tu'allimuunal kitab dan tadrusun.. di mana kedua-dua perkataan ini melambangkan sifat shitsuke/sustainability.. yakni kedua-dua proses ini yang merupakan elemen penting dalam tarbiyah adalah sentiasa berterusan...

Demikianlah 5S yang patut kita amalkan dalam amal islami/tarbawi kita secara penjelasan yang sangat ringkas. Kalau tulis panjang2 nanti tak jadi blog post, jadi journal plak... Semoga kita sentiasa retrospek diri setiap hari dan masa, moga hari ini lebih baik dari semalam.







والله علم
والسلام عليكم

Monday, January 25, 2010

KIBAR OZNZ- Antara Permata dan Kaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru selesai berKIBAR selama seminggu di Kompleks Rakan Muda Puchong, alhamdulillah thummalhamdulillah wa syukuri ni'mah. Terlalu banyak yang saya ingin kongsi di sini terutamanya selepas berKIBAR buat pertama kali bagi pelajar dari OZ dan NZ. Kursus Intensif Bahasa Arab di Puchong yang sangat unik dan bermakna... bukan sekadar mempelajari Bahasa Arab Al Quran semata-mata

Cukuplah sekadar saya ingin berkongsi dua buah sajak. Sajak pertama ditulis oleh seorang saudaraku yang jauh di mata, tidak pernah bersua muka namun sangat dekat di hati. Sajak kedua pula adalah sajak popular yang saya yakin semua orang pernah baca zaman2 SPM dulu. Tapi harap kali ini baca dengan maksud yang lebih mendalam lagi... Dua sajak yang cukup menggambarkan perasaan dan isi hati saya selepas berKIBAR.. ayuh rakan-rakan2 teruskan semangat KIBAR kita... Jiluna...




Sedikit Perkongsian...

Mereka meminta aku, paksa
Memilih antara dua
Mana mungkin
Karena kedua-duanya adalah kubu ikhwah

Yang pernah Sang Nabi tertawa bersama mereka
Yang pernah Sang Nabi menangis bersama mereka
Yang pernah Sang Nabi mencintai mereka
Yang pernah Sang Nabi mendoai mereka

Kalau ingin melihat syahid yang masih berjalan di muka bumi, sabda Sang Nabi
Lihatlah pada Thalhah

Pesan Sang Nabi lagi, jika aku kota ilmu,
Sesungguhnya Ali adalah pintunya.

Apakah mungkin aku memilih antara 'Aisyah ataupun 'Ali?
Siapa aku untuk memilih?

Aku mencintai keduanya
Bahkan keduanya punyai hubungan langsung dengan Sang Nabi
Yang lebih aku cintai, lebih dari ibu bapaku
Yang lebih aku cintai, lebih dari diriku sendiri

Tetapi..
Mereka mahu juga aku memilih antara dua
Tidak tahukah mereka bahawa soal ini sangat sulit buatku
Usah paksaku

Alhamdulillah wa syukurillah ya allah
Bahawa kau sedarkan hati aku
Sungguh sesulit mana pun ia
Aku perlu memilih, ya benar

Karena aku mendapati bahawa
Thalhah juga sulit untuk bersikap lain
Antara dua kubu ikhwah
Ya benar

Benar sesungguhnya
Antara hitam dan putih
Kau beriku kasih sayangmu
Syukur padamu Ya Allah

Kini,
Bukan kubu sebenarnya yang aku pilih
Tapi aku telah memilih...
Pelangi


- Ammar Roslizar -
11 Januari 2010 . 6.37 am . Bumi Allah Southampton .
"Bukan bahasa yang mahu kau perhatikan
Malah, bukan rima dan baitnya
Tapi, aku yang mahu kau
Memahami sebalik luahan hati ini"






Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.




Gambar2 adik2 Fighters di SAS, Putrajaya.... Sesi Motivasi KITA yang sangat bermakna insyaAllah. Wahai adik-adikku, teruskan perjuangan kerana langkah ini masih jauh... Ingat wahai Fighters akan 10 sifat/muwasofat mujahid/fighters yang perlu kita ada untuk berjaya insyaAllah.. jadikannya sebagai darah daging kamu semua... nanti kita sharing lagi ye adik2 SAS ^_^


Quoting adik Arshad, Fighters SAS 2010: Usroh bang, ukhuwwah bang.. betul tak?.. 
Bisik hati kecilku: Alhamdulillah syukur kerana adik2 semuda mereka telah pun sedikit sebanyak dijamah sinar tarbiyah..

Terima kasih Allah

p/s: nanti insyaAllah saya akan cuba menulis dalam bahasa Arab pula .. hehe semangat KIBAR harus diteruskan...
والله علم
والسلام عليكم

Sunday, October 11, 2009

Resurrected, revived

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله
Alhamdulillah.... setinggi-tinggi syukur, what seems almost impossible is finally over, ended on a high, spectacular. Syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat yang Esa.

My UoA mechanical buddies 06-09

Bersama Assoc Prof P.J.Richards dan Royal Aeronautical Society Prize for the Best Aero Project Display and Presentation

With my project partner Chris and our low cost wind turbine that earned us some awards and media publicity ^_^


Maka tamatlah episod Final Year Project yang sememangnya menyibukkan sentiasa. Banyak juga perkara dan pelajaran hidup yang dipelajari sepanjang project ini, yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan. Dah lama saya menyepi, ber-uzlah mencari 'diri' yang hilang di sepanjang bulan tarbiyah yang lalu, dan alhamdulillah Allah menghadiahkan saya sakit selama seminggu pada minggu ke-2 Syawal. Moga penyakit itu menjadi kafarah dosa buatku. Moga saya lebih menghargai nikmat kesihatan selepas ini juga.

Sekarang sudah tiba masanya untuk helang yang telah lama bertapa dan bermuhasabah dalam proses tazkiyah ini bangkit melebarkan sayapnya untuk terbang, jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Saya juga manusia biasa seperti anda semua, tetap tidak sempurna. Tapi alhamdulillah proses membetulkan diri telah saya lalui sepanjang Ramadhan yang lalu banyak 'membuka mata' dan menyedarkan saya tentang banyak perkara.

Cukup dengan segala kesilapan yang lalu. Cukup dengan segala kelemahan diri yang telah sedikit sebanyak saya perbaiki sekadar termampu oleh kudrat atas rahmat Allah jua. Cukup dengan segala pahit manis ceritera hidup yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.

Saya ingin melebarkan sayap, terbang lebih tinggi selepas ini.

Allah berikan saya rezeki yang banyak, sepanjang 4 tahun saya berada di bumi Kiwi ini. Bagaimana saya membayar kebaikan Allah SWT? Saya sering bertanya kepada diri saya demikian. Bagaimana ya? Persoalan itulah yang membuatkan saya tidak jemu memperbaiki diri walaupun jatuh berulang kali. Saya malu dengan Allah yang tidak pernah jemu dengan saya. Sebab itu, saya ingin berubah, berusaha untuk berubah, tidak jemu untuk berubah, berubah ke arah yang lebih baik, berubah untuk menjadi hamba-Nya yang baik.

Kini kembali menulis selepas bertungkus-lumus mencari keampunanNya di bulan agung tercinta yang lalu, langkah harus diteruskan. Saki-baki minggu-minggu akhir di bumi Kiwi ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya insyaAllah. Saya akan cuba untuk sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Tak pernah lagi rasa hati setenang seperti apa yang saya rasa sekarang. Semoga saya dapat meneruskan momentum yang baru dibina ini dengan penuh istiqamah insyaAllah. Tak sabar rasanya nak pulang ke Malaysia ^_^

~Meneruskan derap langkah membaiki masalah ummat yang semakin kronik~

والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, July 28, 2009

Rintihan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin berkongsi sajak yang begitu tepat menggambarkan rasa kecewa di hatiku kini. Moga diberi petunjuk Allah dalam meneruskan derap lengkah ini.

Semua kita sayang
Tapi yang leka membuai diri
Melayani hobi tak bertepi
Hingga lupa perjuangan bangsa
Kita senyum sentiasa, tegur di bibir tangan di bahu
Semua kita sayang
Tapi yang sibuk cari yang kedua
Melayani hidup yang tak sesibuk mana
Hingga lupa topik lain
Kita toleh sekali sekala, jangan sampai hilang di mata
Semua kita sayang
Tapi yang jarang-jarang nampak
Melayani punca mata wang
Hingga lupa ikatan tulen sejati
Kita panggung kepala, kalau jatuh jangan tertimpa pula
Semua kita sayang
Tapi yang melayang di puncak awan
Melayani pangkat dan kedudukan
Hingga lupa jasa murabbi
Kita kerling sekali sekala, kalau sakit pening jangan tak terkunjung pula
Semua kita sayang
Tapi yang suka cerca kita, buruk sangka semata
Melayani perasaan tak lawas di hati
Hingga lupa nostalgia bersama
Kita geleng kepala, senyum di bibir sabar di dada
Fasbir 'ala ma yaqulun
~credits to Us Hazizi atas sajak dan perkongsian U.Huruneen~

Ukhuwwah itu juga umpama tasbih, begitu sukar untuk dijalin tetapi begitu mudah untuk merungkaikannya/memutuskannya.

والله علم
والسلام عليكم

Thursday, June 18, 2009

Muhasabah cintaku

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu



Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Edcoustic-Muhasabah Cinta


Ya Allah, ya Rabb, pemilik nyawaku, pemilik seluruh alam
aku hanya mampu mengadu kepadaMu
segala kesusahan yang aku lalui selama ini
segala pahit-maung jerih perjuangan
mungkin kerana khilaf dan kesalahanku selama ini

Ingin sahaja aku minta agar nyawaku ditamatkan segera
sementara aku masih belum berputus asa
dan masih belum tergelincir
walaupun berkali-kali ku berada di tebing gaung
yang dalam tiada berpenghujung

Teringatku tatkala Musa gentar menghadap Firaun
lalu berdoa Musa minta dipermudahkan segala urusan
dan dikurniakan Tuhan seorang saudara seperjuangan
mungkin kurang doaku, harapanku padaMu
mungkin itu sebab musibah dan mehnah menjengahku

Kau yang mengetahui segala isi hati
ku rasa bagai telah sampai ke penghujung jalan
tabahkan diriku dalam menghadapi dugaan ini
agar tidak ku berhenti di pertengahan
sentiasa ku cuba yakini diri bahawa ada hikmah di sebaliknya


Kau sahaja yang memahami diriku ini ya Ilahi
muhasabah cintaku buat kali ini
doa dan harapku hanya padaMu
ku hanya mampu berusaha sedaya kudrat yang ada
kurniakanku 'Harun' ya Allah dalam meneruskan perjalanan ini

Maafkanlah diri ini pabila tak sempurna menyintaiMu



والله علم
والسلام عليكم

Monday, May 25, 2009

Pengajaran dari murabbiku - Terimalah taubatku Ya Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sememangnya manusia dijadikan bersifat keluh-kesah, resah-gelisah. Tetapi hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa tiada satupun yang dijadikan Allah dalam hidup kita ini, termasuklah setiap detik yang dilalui dalam hidup ini, sia-sia belaka, andai benar kita mampu mengambil pengajaran dari setiap detik kehidupan kita.


Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara sia-sia (Ad Dukhan 44:38)

'Murabbi'ku yang sangat kuhormati membawakan dua kisah ini yang wajar diteladani, baru dapat kuhayati mesejnya sekarang di kala menelusuri liku-liku fitnah di sepanjang jalan hidupku ini(semua kisah ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian konteks alam maya ini):

Story 1 

Di sebuah negeri yang aman sentosa bertakhta seorang raja yang memerintah dengan adil. Baginda sangat gemar berburu. Pada suatu hari sang raja keluar berburu bersama pembesar dan pengawal-pengawalnya. Raja ini sangat mahir berburu. Setiap kali keluar berburu pasti ada hasil yang dibawa pulang. Walau bagaimana pun, pada kali ini segalanya serba tidak menjadi. Lalu Raja pun mengambil keputusan untuk terus pulang sahaja ke istana.

Dalam perjalanan pulang ke istana, baginda terjumpa dengan seorang tua. Orang tua tersebut meramalkan bahawa di istana nanti baginda akan ditimpa dengan satu musibah. Orang tua tadi berpesan pada Raja bahawa semasa menghadapi musibah tersebut, baginda akan melihat 3 helai daun yang bertangkup. Orang tua itu berpesan pada Raja, '"buka daun-daun tersebut sebelum membuat sebarang keputusan".Raja pun meneruskan perjalanannya pulang ke istana.

Sesampainya baginda di pekarangan istana, pengawal-pengawal telah memberitahu Raja bahawa Permaisuri telah berlaku curang dengan salah seorang pengawal istana. Raja merasa sangat gundah dan terkejut dengan berita tersebut yang dianggapnya sebagai musibah terhadap dirinya.

Lalu baginda pun cepat-cepat masuk ke dalam istana. Sepanjang jalan menuju ke kamar baginda, semua orang yang ditemui menyampaikan berita yang sama. Raja bertambah gundah dan murka. Baginda terus ke kamarnya, dan apabila dibuka pintu kamar alangkah terkejutnya baginda apabila melihat permaisuri sedang tidur di atas katil bersama seorang lelaki yang dikenali oleh baginda sebagai salah seorang pengawal istana.

Perasaan gundah, benci, malu, sedih dan marah kini bercampur baur menguasai hati Raja. Dengan pantas tangannya mencabut keris yang tersisip dipinggangnya untuk membunuh kedua-duanya. Tetapi baginda tiba-tiba terpandang 3 helai daun yang tertangkup di atas meja berhampiran katil, lalu tiba-tiba baginda teringat pesanan org tua tadi.

Disarungnya kembali kerisnya perlahan-lahan dan dibuka daun yang pertama. Tertulis disitu:

"LIHAT SEKALI JANGAN PERCAYA"

Sambil berfikir tentang maksud tulisan tersebut, baginda pun membuka daun yang kedua. Disitu tertulis :

"DENGAR SEKALI JANGAN PERCAYA"

Raja pun dengan segera membuka daun yang ketiga, dan tertulis di situ:

"GUNAKANLAH AKAL, DAN BUATLAH KEPUTUSAN YANG SEWAJARNYA"

Raja pun faham maksud dan mesej yang disampaikan kepada baginda melalui daun-daun tersebut. Lalu dengan baik Raja mengejutkan permaisuri dan pengawal yang sedang tidur itu dan diminta penjelasan tentang apa yang sedang berlaku.

Permaisuri dan pengawal yang bimbang dan takut dengan terketar-ketar menjelaskan pada Raja. Rupa-rupanya, permaisuri menyangka bahawa yang tertidur di atas katil itu adalah suaminya, lalu dia terus tidur di sebelahnya dengan yakin.

Cerita si pengawal pula, semasa dia sedang bertugas, matanya terasa terlampau mengantuk sehingga dia tertidur di atas katil raja tanpa menyedari bahawa Permaisuri masuk dan tidur di sebelahnya.

Setelah Raja mendengar penjelasan dari mereka berdua, barulah baginda memahami keadaan sebenar dan dengan itu redalah api kemarahan beliau.

Raja membuat keputusan bahawa apa yang baginda lihat dan dengar tidaklah semestinya benar. Baginda menyedari bahawa hanya dengan menggunakan akal yang waras dan dengan menyiasat sepenuhnya barulah ditemukan kebenaran di sebaliknya. Maka dengan itu terselamatlah permaisuri dan pengawal daripada menjadi mangsa keadaan dan fitnah.

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi...inilah pengajaran daripada kisah diatas:

1. Jangan mudah percaya pada apa yang dipandang mata kerana pandangan mata boleh menipu.

2. Jangan mudah percaya pada apa yang didengar jika tiada bukti yang kukuh dan nyata.

3. Bagi membuat keputusan yang wajar dan adil, kita hendaklah berfikir dengan akal yang waras yang tidak dipengaruhi oleh nafsu amarah kita.

Justeru, murabbiku juga mengajarkan bahawa manusia yang hebat adalah yang dapat menahan nafsu amarahnya walaupun dia berupaya membalas perbuatan jahat orang lain terhadapnya. Terima kasih murabbiku.

Story 2




One day two teenage brothers approached their father with a request to be allowed to see a certain popular movie. It had a few brief elements that gave it an 'R' rating, but they felt those negatives were offset by the importance of the story and the quality of the actors. They begged their father to relax his standards just this once. And he promised he'd consider it.

The next night when the three of them sat down to discuss the movie, the father brought a plate of beautiful chocolate cookies to the table. "You know," he said, "that we only use the finest ingredients when we bake brownies - eggs, cocoa, flour, milk, and nuts. You can eat as many as you like, but I need to tell you that I relaxed my standards just a little bit this time, and included a little - really not much - 'taik kobau' (buffalo poop) in the batter. But don't let that stop you. Help yourself."

I bet you know that those beautiful chocolate cookies went untouched.

My brothers and sisters...our mind is always hungry and will take in whatever we give it. Are you going to feed your mind a little bit of buffalo poop - just this once? Did we ever realize that even one percent of 'jahiliyyah' will not make a supposed to be 'halal' thing remains 'halal'....

END OF STORY - PONDER DEEPLY WITH YOUR HEART IF YOU WANNA LEARN ANY LESSON FROM THOSE TWO STORIES.....




Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At Tahrim 66:8)



Taubat Seorang Hamba Feat. Hafiz (ex-UNIC) - Irsyadee

Taubat Seorang Hamba
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah,terimalah, terimalah.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah,terimalah, terimalah..
Taubatku ini...


والله علم
والسلام عليكم

Wednesday, April 29, 2009

That's when I know, my love, my life

بسم الله الرحمن الرحيم

The sun has begun to set and I hang up the smile I've worn all day. Though I will make sure it is the first thing I put back on in the morning because just in case it is 'that day,' I want my love to see me at my very best.

I do the normal routine, eat dinner, clean the house, write -- the usual stuff.

And then I lay down hoping to fall asleep quickly so my new day will hurry up and arrive. A new day with a brand new sun.

But as I lay there and wait for the world to turn half way around, sometimes I smile, and sometimes that smile will turn into a snicker, and then often that snicker will turn into a burst of laughter.

And then there are times I get that lump in my throat and that tight feeling in my chest, and sometimes that feeling overwhelms me and begins to turn into a tear, and often that tear multiplies itself and I can no longer fight the feeling and I lose the battle.



Then somehow through either the joy or the sadness I drift and find myself asleep. Then the dreams begin and keep me company until my new day arrives.

When I awake it's with such excitement! Because I tell myself this could be the day that every other day has led up to and the first day of the rest of my life. I quickly dawn my smile, because I do so want my love to see me at my very best. Then I look out the window even though I know it's dawn, but I still have to confirm I've been given another chance to 'find' my love.

And there it is ... the sun, even when it's cloudy; somehow I still see it. And it smiles at me and I say "thank you" and I smile back.

Then I ask myself, "Is this the day?" And the excitement rushes over me again. And then I ask myself, "Where's it going to be?"

Maybe it'll be at the water fountain and unexpectedly there I'll find my love and much more than my thirst will be quenched.

Maybe it'll be at the grocery store, and there it'll appear as I'm picking out fruit and it'll show me the difference between fresh and spoiled. Then from that moment, nothing that I will eat will ever taste the same. Because it'll bring out the simplest beauties in everything I see, taste, smell, hear, or touch.

Or maybe today will be the day when my Angel brings an item up to the cash register without its price tag. And as I wait behind this Angel with all the frustrated people who are in such a hurry about their busy lives, I will find myself with such blessed extra time. Just enough time to start a conversation with this beautiful vision standing behind me that I might not otherwise would have noticed. But because of a "price check on register 5," I was able to find my love.

So will today be the day I say, "ALHAMDULILLAH/THANK YOU GOD!" which began my new day. Thank you for granting me the faith when I arose this morning that I would find my love in this new day. But most of all, thank you for me not having to ever wait on another sunrise. Because whenever I want to see it, I will look at it and there it shall always be, in its eyes, it will forever hold it for me.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. الحمدلله رب العلمين


Asmmau Allah - - Sami Yusuf


والله علم
والسلام عليكم

Monday, April 20, 2009

Infiru khifafa wathiqola

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At Taubah 9:38)

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At Taubah 9:39)

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika
ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At Taubah 9:40)

Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At Taubah 9:41)


kekadang perit kau rasakan
kekadang lelah kau rasakan

kau tanya diri,
apa bisa aku mempasakkan kaki
menongkah arus duniawi
menjunjung risalah untuk disebar
sedang kau tersepit di antara duanya

memacu gerak ummah
meninggi titik jatuh ke mulia
seolah mudah pada butir bicara
bukan pada bukti amal

dan benar tentu itu
bahawa diri tidak seorangan
menyaksi mereka tangkas
dan diri sedang lesu

membugarlah segar hai jiwa lesu
langkahkan kakimu penuh yakin
Rasulmu tidak berhenti derapnya
meski pecah berdarah kakinya dilontar hajar

dan tekad Abu Bakr
melangit tinggi bakarnya
golongan riddah mesti ditentang
demi satu iman tidak berganti

dan kau lihat jejaknya diturut
demi satu iman ia berderap
ayuh lepaskanlah tali itu
yang merantai jiwa pada dunia

dan kau bangkit demi cinta
dan janji tiada mungkir
meski lautan dunia memerangmu
Allah dan malaikat di sisimu

hai jiwa yang lesu
jangan demi duri kecil
perjalanan menunduk bumi kau tinggalkan
musafir menentang kuffar kau lupakan

jangan
sekali-kali jangan

bahawa kufur selepas iman itu seksa
biar tinggi darjat amalmu
neraka Allah untuk pendosa
syurga-Nya milik yang ikhlas

hai jiwa yang membentak
bentakan dunia itu fatamorgana
lambaian syurga itu yang benar
jangan kau pilih merenung saja

tidak ada kata dua bagi dunia
hanya menyingkir itu yang benar
jangan berdalih antara dua
kerna deen ini yang tunggal cuma

syurga bukan tukarannya dunia
manisnya tidak bisa diraih dengan pahitnya dunia
syurga itu bagi mereka yang tunduk
tunduk untuk Satu dan demi Satu

tundukkan hawamu pada al-Haq
bersihkan hatimu dari selut dunia
kobarkan bara semangatmu meninggi
dan tundukkanlah bumi ini buatmu

heap thanks my brother for this poem.... that's what I really need at the moment... a boost, support and motivation-  http://thetalkingpen.blogspot.com/2009/04/bangkit-jiwa-lesu.html



والله علم
والسلام عليكم

Thursday, April 2, 2009

Sedarlah wahai saudaraku

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah agak lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Sekarang baru rasa 'penangan' final year untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di the University of Auckland ini. Walaupun kuliah tak banyak, tapi sentiasa sibuk dengan projek-projek design & assignment sepanjang masa. Walau bagaimanapun saya terpanggil juga untuk menyentuh tentang isu semasa di Auckland khususnya dan memperingatkan diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabatku yang lain tentang perkara ini. 

Saya yakin semua orang di Auckland sudah tahu tentang Foam Party anjuran kelab X yang telahpun berlangsung dengan jayanya tahun lepas. Kini Foam Party tu akan kembali lagi tahun ini. Kita selaku seorang Muslim sepatutnya sudah jelas dengan keadaan majlis tersebut. Tak perlu diperdebatkan haram atau syubhahnya kerana memang sudah jelas lagi nyata HARAM & BATIL. Pergaulan bebas, alkohol, sampai basah dan berbuih... apa natijahnya semua itu?


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al Baqarah 2:42)

Majlis yang ada unsur kebatilan akan tetap haram walaupun sedikit kerana kita tidak dibernarkan langsung mencampurkan perkara haq dan batil. Majlis yang ada pergaulan bebas akan tetap HARAM walaupun dimulakan dengan Al Fatihah dan bacaan doa. Kita telahpun digariskan dengan tips-tips untuk mencegah mungkar oleh Rasulullah s.a.w. Sekiranya kita nampak sesuatu kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah ia dengan mulut. Jika tidak mampu juga, jauhilah perkara itu dan hendaklah membenci dengan hati dan sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. Kesilapan kita sekarang ni juga adalah sentiasa mengambil jalan paling mudah iaitu membenci dengan hati, sedangkan telahpun dikatakan bahawa itulah selemah-lemah iman.


Itu bukan isu yang ingin saya fokuskan kali ini. Apa yang ingin saya tekankan kali ini adalah tentang kita selaku Muslim yang turut sama terlibat dengan perancangan secara langsung atau tidak langsung aktiviti mungkar/maksiat. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya dilarang sama sekali menyertai aktiviti mungkar walaupun hanya sekadar menjadi pemerhati dan duduk bersahaja.


Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafiq dan orang kafir di dalam neraka jahannam. (An Nisa' 4:140)

Sebab itu dikatakan selemah-lemah iman adalah membenci perkara mungkar itu dengan hati jika tidak mampu mencegahnya dengan tangan (perbuatan) atau mulut. Apa pula perihalnya dengan kita sendiri yang sama-sama terlibat dalam promosi majlis mungkar seperti ini? 




67. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
69. (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. (At Taubah 9:67-69)

Walaupun kita tidak terlibat atau menyertai perkara mungkar itu secara direct, tetapi menyeru atau mengajak kepadanya sahaja pun sudah menjadi satu kesalahan besar sehingga jatuhnya ciri munafiq ke atas seseorang. Sedarlah wahai saudara-saudaraku. Sesungguhnya seksa Allah itu sangat keras tetapi Allah Maha Pengampun & Maha Menerima Taubat. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.


Maaf sekiranya ada pihak yang terasa atau tersinggung, tapi saya hanya ingin menyatakan kebenaran sahaja dan langsung tidak berniat menyinggung sesiapa. Perkara ini tidaklah merujuk khas kepada Foam Party ini sahaja tetapi juga kepada mana-mana majlis lain yang ada elemen kemungkaran/maksiat. 

والله علم
والسلام عليكم

Thursday, March 19, 2009

Crying my heart out

بسم الله الرحمن الرحيم

How Many of Your Blessings Have We Denied? (A food for thought upon pondering the 55th Chapter of the Quran)


If only you knew
How my path has mirrored that of you
Our beloved mothers we let choose and decide
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?

Allah knows the way our lives had been
These tests in life is a way of Him cleansing our sins
To make ourselves stronger in and out but we are mere humans, so weak inside
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?

They say you always get what you actually deserve
Isn't it true? If you just carefully observe...
Wishes are not granted when Allah's commands we don't abide
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?

I feel the rain on my face as I'm walking, hoping no one knows that I'm crying
Thinking of that which has withered and died, those who cherished and those who perished
The signs and messages are clear but yet we deviate, adhering to our desire and lust
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?

Goodbye, farewell, it has come to the day
It was never meant to be, so just look away, look away
Move on, be strong, stay on guard and put the past aside
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?

Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied?
Oh Allah, how many of Your blessings have we denied.....????
What do we have to show You when we finally die.....????



So flee to Allah (from His Torment to His Mercy Islamic Monotheism), verily, I (Muhammad SAW) am a plain warner to you from Him. (51:50)

والله علم
والسلام عليكم

Wednesday, March 4, 2009

Secubit garam dalam kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia.

Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.



Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

Cuba, minum ini dan beritahu bagaimana rasanya... , ujar Pak Tua itu. Masin sampai pahit, pahit sekali, jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah. Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: Bagaimana rasanya? Segar, sahut tamunya.

Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?, tanya Pak Tua lagi. Tidak, jawab si anak muda. Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya, katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Fikiranmu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan segenggam garam untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

~Sobru 'ala sobru ya akhi, hidup yang pernah onak ranjau ini sememangnya merupakan penjara bagi seseorang yang mendambakan syurga dariNya.... Jalan ini sememangnya sukar, panjang dan berliku-liku... Tapi pengakhirannya adalah sesuatu yang PASTI.... Thabatlah, thiqohlah, mujahadahlah, ikhlaslah.... sobru 'ala sobru ya akhi

والله علم
والسلام عليكم

Monday, February 16, 2009

Resah gelisah yang tiada bertepian

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lepas selepas selesai solat Isya' di surau berhampiran di rumah, saya disapa seorang saudara yang mukanya memang seperti orang berbangsa Cina. Tekaan saya tak silap lagi. Dia merupakan saudara baru seaqidah. Dia menceritakan masalahnya kepada saya dengan harapan saya dapat membantu. Dia kehilangan beg laptopnya dan turut kehilangan segala butir-butir pengenalan dirinya semasa kecurian itu.

Yang sedihnya, begnya itu hilang di masjid semasa dia sedang solat Jumaat. Sedangkan dia meletakkan begnya itu di sebelah saja di masjid di mana dia solat. Kemudian, dia pergi ke Kelantan untuk meminta surat pengesahan tentang keislamannya dikeluarkan semula supaya dia boleh memohon kembali kad pengenalan yang baru. Malangnya dia disuruh kembali ke tempat di mana di kecurian tempoh hari walaupun dia memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di Kelantan. Alasannya mereka tak dapat memproses walaupun muallaf ini telahpun membuat laporan polis.

Apabila dia sampai kembali ke Selangor, pihak jabatan Agama di sini pula berkata mereka langsung tiada maklumat kerana dia memeluk Islam di Kelantan. Kesimpulannya si muallaf ni berada dalam keadaan tersepit apabila dua-dua pihak jabatan Agama negeri ni cuba berlepas tangan dan menuding jari antara satu sama lain. Sikap apakah ini? Situasi beginilah yang membantutkan pembangunan negara. Isu ni kecil sahaja. Hanyalah peng'issue'an semula surat pengesahan yang abdullah ni telahpun memeluk Islam di mana saya yakin pasti mereka menyimpan semua rekod-rekod ini.

Tidak cukup dengan hal itu, selepas lama berta'aruf dan berbual dengannya, tiba-tiba dia bertanya satu soalan yang agak mengejutkan saya. "Bang, betul ke saya ada dengar haritu ada Ustaz beritahu saya, wirid selepas solat secara jelas/jahr dan secara berjemaah ni bida'ah?"

Wah, bagi seorang yang baru memeluk Islam, wajarkah dia diberitahu tentang perkara ini yang memang kalau diperdebatkan, cukup hangat. Sedih dan geram saya apabila mengetahui keadaan ini. Sepatutnya kita fokuskan untuk menjadikan saudara-saudara baru ini, seronok dalam menjalankan ibadat, mengajar konsep-konsep asas keimanan, aqidah dan tauhid. Daripada riak wajahnya saya tahu dia sendiri keliru dengan isu ini. Kita yang sudah Islam semenjak lahir pun pening membicarakan isu ini, apatah lagi orang yang baru memeluk Islam. Wajarkah dan bijakkah tindakan sedemikian? Seolah-olah kita hendak menggambarkan kepada saudara-saudara baru ini yang Islam itu susah, kompleks.

Ini mengingatkan saya tentang satu kisah di New Zealand dua tahun lepas. Ada seorang Kristian (Caucasian New Zealander) yang ingin memeluk Islam. Pada ketika itu juga, ada seorang hamba Allah ini yang sedang berbicara dengan lelaki yang berminat untuk belajar tentang Islam ini. Dia berkata,"If you want to be become a Muslim, you cannnot eat pork anymore. You cannot drink alcohol. You cannnot have girlfriend.. etc. etc."

Saya pun dengan sabar menunggu setelah lelaki itu beredar, baru saya menghampiri lelaki Caucasian itu dan memberitahunya," Don't worry brother about what he said just now. Now what important is for you to read these books," sambil menghulurkan buku What is Islam, the Prophet Muhammad p.b.u.h. dan beberapa buku-buku 'ringan' yang menarik dan komprehensif dalam menjelaskan Islam yang sebenar.

Adakah patut kita menakutkan orang yang baru berminat untuk memeluk Islam dengan hal-hal sedemikian? Sedangkan selama 13 tahun di Mekah, Rasulullah hanya memfokuskan kepada pembinaan asas aqidah dan iman yang mantap dalam proses tarbiyyah. Ayat-ayat al-Quran tentang pengharaman itu dan ini serta segala hukum-hakam itu diturunkan kemudian di Madinah. Memang tidak dinafikan soal haram dan halal, soal bida'ah itu penting dan semua orang Islam perlu jelas tentang hal ini. Tetapi bagi golongan saudara baru sebegini, biarlah proses pengislaman itu berlaku secara berperingkat-peringkat sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam sirah nabawi tentang proses pentarbiyyahan yang dilalui oleh umat Islam bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada ketika itu.

Cukuplah tentang sedikit luahan hati tentang beberapa insiden yang berlaku di sekitar saya baru-baru ini. Dalam tempoh tak kurang seminggu saya akan pulang semula ke Auckland, menyambung semula perjuangan saya di sana. Tahun akhir, tahun 4 Kejuruteraan Mekanikal. Sudah tentu tahun yang mencabar dengan adanya Final Year Project dan macam-macam hal lain lagi. Bukan sekadar itu sahaja, banyak lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu saya pikul.

Banyak juga isu-isu 'dalaman' yang berlaku baru-baru ini. Ada yang dapat saya tangani, ada yang saya hanya mampu berdiam diri dan memendam rasa. Saya sebenarnya lebih risau dan gelisah untuk balik semula ke Auckland kali ini, entah mengapa. Walaupun saya tidak sabar untuk menyambung semula pengajian dan ingin menamatkan pengajian saya secepat mungkin, hati ini rasa 'tak sedap' dan seribu satu persoalan bermain-main di fikiran sekarang.

Apa yang saya mampu lakukan, hanyalah berusaha sebaik mungkin, merancang sebaiknya dan berdoa. Ya Allah, permudahkan segala urusanku baik duniawi mahupun ukhrawi. Tenangkanlah fikiran dan hati hambaMu yang lemah ini yang selalu gundah-gulana sejak kebelakangan ini. Mungkin ini entry terakhir saya di Malaysia. Mungkin juga yang terakhir dalam hidup saya (tak minta nak mati pun tapi still ada possibility gak kan?) Ampunilah segala kesilapan dan kesalahan saya selama ini, sesungguhnya saya termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (2:286)



Tika Dinihari - Devotees


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubahkanku
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahMu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah Kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

والله علم
والسلام عليكم