Showing posts with label Self-reflect. Show all posts
Showing posts with label Self-reflect. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Bingkisan cinta syahdu

  بسم الله الرحمن الرحيم

Mode muhasabah akhir tahun (tahun hijrah baru semakin hampir)




1. (Rabb) Yang Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan Al-Qur'an.
3. Dia menciptakan manusia,
4. Mengajarnya pandai berbicara.


Bilamana Allah memulakan surah yang dinamakan khas dengan namaNya iaitu Ar Rahman.... Bukti cinta pertama Allah pada kita adalah Al Quran itu sendiri. Bukti kedua pula adalah kejadian penciptaan kita itu sendiri. Kemudian nikmat-nikmat yang lain menyusul sepertimana yang diceritakan dengan penuh kesyahduan dalam surah ini.


Pernahkah kita benar-benar mentadabbur dan menghayati ayat-ayat indah ini dan berfikir sedalam-dalamnya selama ini? Bait-bait cinta dan kasih Allah yang tidak bersyarat, tidak bertepi, tiada bersempadan, dan tiada penghujungnya...


Cuba kita bayangkan, seorang yang bukan sahaja memberi kita pelbagai nikmat yang memang tidak ternilai dan tidak terganti, apatah lagi yang menciptakan kita sendiri... dan bilamana kita mendustakan seseorang itu walaupun nikmat tetap diberi tanpa henti? Dusta?? YA DUSTA!!


13. Maka ni'mat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?

kazhab  merupakan perkataan yang digunakan Allah dalam surah ini, dan diulang-ulang berkali-kali dalam surah ini sehingga ke penghujung surah. Mengapa dan mengapa? Apakah makna kazhab/ dusta yang diulang-ulang dengan nada kecewa ini akan sikap kita yang menDUSTAkan nikmat Allah?


Allah s.w.t. memberi kita nikmat pendengaran, penglihatan dan juga penghayatan/pemahaman melalui hati.


Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), amatlah sedikit kamu bersyukur.(32:9)

Mengapa Allah menyebut pendengaran dahulu, kemudian diikuti oleh penglihatan dan akhir sekali hati? Bila kita fikir dan tadabbur secara mendalam, baik kita renung kembali asal kejadian kita yang hina ini. Apabila bayi baru sahaja dilahirkan dan baru keluar dari perut ibu, nikmat apa yang mula-mula sekali kita dapat? Pendengaran!! Kemudian setelah beberapa ketika, barulah bayi itu dapat membuka matanya (penglihatan!!). Dan sudah tentu setelah mencapai tahapan umur tertentu, barulah si anak itu mampu menghayati, memahami dengan hati. Betapa tepatnya susunan perkataan dalam ayat al Quran ini sendiri, tidak mencanggahi fakta sains sedia ada. Subhana robbina inna kunna zhoolimiin.


Tapi apa yang kita lakukan dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan tersebut? Mata kita digunakan untuk melihat perkara-perkara yang lagho, bahkan haram. Telinga kita digunakan untuk mendengar perkara-perkara lagho, bahkan haram. Hati kita digunakan untuk memikirkan perkara-perkara lagho, bahkan haram. Bukankah itu menDUSTAkan nikmat Allah? Astaghfirullah.

Tak perlu saya ulas panjang tentang apa yang lagho dan apa yang haram, kerana semuanya telahpun jelas dalam Islam. Kita tahu tapi berpura-pura tidak tahu ataupun buat tak tahu aje. Mengapa??? Kerana perbuatan dosa kita telah menyelaputi hati kita sehingga kita tidak ada rasa bersalah ketika menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah. MenDUSTAkan Al Quran iaitu bukti cinta Allah kepada kita. MenDUSTAkan ar Rasul iaitu bukti cinta Allah kepada kita. Sampai hati kita mengkhianati cinta dan kasih sayang Allah kepada kita....


Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(83:14)

Masih belum terlambat lagi insyaAllah untuk kita bertaubat (terutamanya diri saya sendiri). Kasih sayang Allah itu tidak pernah bertepi. Itu suatu realiti yang sukar kita sedari atau rasai dengan hati kita sebenarnya. Betapa kita sentiasa dalam keadaan menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah, tapi Allah masih tidak putus-putus mengurniakan nikmat-nikmatNya kepada kita, masih memberi peluang kepada kita untuk kembali padaNya, dengan sebenar-benar taubat yakni taubat nasuha.

Marilah kita sentiasa berwaspada menjaga hati kita, jangan sehingga perbuatan dosa kita menyelaputi hati kita sehingga kita tidak rasa bersalah lagi bilamana kita menDUSTAkan nikmat-nikmat Allah. Ampunilah segala kikhilafan, kelalaian, dan dosa-dosa ku yang lalu ya Allah. Sungguh cintaMu itu tidak pernah ada batasannya. Kau yang lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi diriku ini ya Allah. Tidak sanggup lagi untuk aku menDUSTAkan walau sekecil-kecil nikmat yang kau beri ya Allah. Tetapkanlah hati ini ya Allah dan terimalah taubatku. Pimpinlah dan pandulah hatiku ini sentiasa ya Allah.
  
 
والله اعلم
والسلام عليكم

Monday, January 4, 2010

Mendung suram 2009 pasti berlalu: ahlan 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

X: Ana tak tau la akhi, P kata orang tu memang susah nak dibawa berbincang dan memang tak mahu bekerjasama langsung.
Y: Oh, P tu mempunyai pandangan begitu berdasarkan cerita si M. Dia tak dengar sendiri cerita si N tentang perkara tu. Ala macam nta bersahabat baik dengan orang UMNO. Secara natural memang nta hanya nampak banyak keburukan PAS berdasarkan maklumat yang nta dapat dari UMNO. Cuba nta kawan dua2. Tentu nta dapat menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan dapat melihat titik pertemuan cerita kedua-dua belah pihak. Selepas itu gunakanlah pertimbangan dan buatlah keputusan serta bertawakal.

Pengajaran: واذا حكمتم بين الناس ان تحكمو بالعدل
Buatlah keputusan sesama manusia dengan keputusan yang adil saksama (4:58)




X: Tapikan nta buat perkara camni, memang ana takleh terima. Ana dah hilang thiqoh dengan nta tahu tak? Nta ni tak bertindak rasional tapi emotional.
Y: Atas dasar apa nta cakap camtu ye? Bagaimana penilaian nta yang mengatakan sesuatu tindakan itu tidak rasional malah melabelkannya emotional pulak. Takpe, itu memang tabi'i manusia. We see what we want to see and we believe what we want to believe. Cumanya Islam datang nak ajar manusia dan bina iman, bukan percaya dan lihat ikut neraca "suka hati kita" tapi neraca iman dan neraca Islam.

الحق من ربك فلا تكونن من الممترين
Kebenaran itu hanyalah dari Rabbmu, maka janganlah kamu masuk dalam golongan orang yang ragu-ragu (2:147)

Dan memang tabi'i manusia, especially orang Melayu yang dah biasa dengan pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Satu kesilapan pun dah memadamkan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang sehingga mengubah pandangan kepada orang itu sehingga menjadi seteru (na'uzubillahi min zhalik). Seolah-olah orang itu malaikat yang langsung tidak melakukan kesilapan. Dia terlupa barangkali yang sahabatnya itu juga manusia yang mana mungkin sunyi dari kesilapan. Terus menghukum secara melulu.

Oleh itu wahai X, tabahlah dan sabarlah kerana zaman ini memang zaman fitnah. Nabi sendiri menjanjikan fitnah dajjal yang sangat dahsyat sehingga yang munkar dipandang ma'ruf dan ma'ruf dilihat sebagai ghorib dan lebih teruk lagi munkar. حسبنالله ونعم الوكيل


Walaubagaimanapun, tirai 2009 dilabuhkan dengan sesuatu aktiviti yang menarik saya kira. Jalan-jalan cari cinta di pantai timur ... ahaks!!


Sekumpulan lelaki yang bertitle eligible bachelors, berjalan2 di cherating, teluk chempedak, air terjun etc, shinggakan agenda asal untuk menghadiri walimatul urus sahabat menjadi perkara sampingan pula... huhu




Allahumma aslih syababal muslimin... ayyuhassyabab... tidak ku cari teman sekadar untuk bersuka-ria, tapi untuk sama-sama berjuang menegakkan shahadatul haq yang belum lagi tertegak di muka bumi ini. Tidak ku seru untuk menyertai mana-mana kumpulan, tapi ku seru ke arah menjadi hamba yang hanya dambakan cinta Ilahi...



والله علم
والسلام عليكم

Saturday, November 7, 2009

Langkah bermula: KMB

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa berlalu pantas, setiap saat ku semakin menghampiri ajal..
Tak sangka permukiman di bumi NZ ini bakal tamat,
Ku rasa baru sebentar sahaja ku meninggalkan KLIA,
Untuk melanjutkan pelajaran ke Auckland





Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh hari sahaja".
(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu hari (satu masa yang amat singkat)".  (Toha, 20:103-104)


Sodaqollahul 'Azdim (Benarlah firman Allah yang Maha Agung)

Rindu pada KMB, tempat di mana langkahku bermula
Biarpun pada mulanya kerap terjatuh dan hanya mampu merangkap
Tetapi itulah permulaan derap langkah taghyir












-Rindukan kawan-kawan, guru-guru dan suasana/bi'ah di KMB-


Sujud itu menundukkan dahi, tetapi
Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya

والله علم
والسلام عليكم

Wednesday, November 4, 2009

Hamba yang bernafas baru

بسم الله الرحمن الرحيم




My Soul, where have you been all this while…

Like a pencil I am…
A pencil maker told the pencils 5 important lessons. 1st: Everything you do will always leave a mark. 2nd: You can always correct the mistakes you make. 3rd: What is important is what’s inside you. 4th: In life, you will undergo some painful sharpening which will make you a better pencil. And lastly, the most important is; in order to be the pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds.
Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dr sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan dujia Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah.


Sepertimana solat terawih 8 rakaat dan 20 rakaat bilangan bukan isunya kerana keduanya telah ditunjukkan oleh SalafunaSoleh namun the essence and the journey ubudiyyah kita, hingga kita berjaya menanggalkan keakuaan kita dengan hanya melihat keagungan dan keEsaan Allah dan menikmati keindahan beribadah denganNya dengan merasakan kehinaan kita sebagai hambaNya. Hingga bukan bilangan rakaat yang dikira dan dirasa namun nilai ubudiyyah dengan hanya melihat kepada keagungan Allah dirasa.


Segalanya milik Allah. Kita tidak punya apa dan tidak memiliki apa. Diri kita adalah milik Allah, jesteru segala apa yang terjadi juga seharusnya kita kembalikan kepada Allah dengan membawa kita berfikir akan hikmah Ilahiyyah di sebalik semuanya. Tanpa kita sandarkan kepada diri kita sedikit pun.
Setiap apa yang kita rasai dan alami juga merupakan tujahan tarbiyah Allah terhadap sikap keakuan dan nafsu kita. Kepedihan kita, kesakitan yang kita alami merupakan tarbiyah nafsu dan sepatutnnya setiap kali kita mengalaminya kita katakan ini adalah ditujukan kepada nafsuku. Ia untuk mendidik nafsuku. Sehingga proses situ berjalan terus sehingga kita tidak merasa kesakitan itu dan tidak menyandarkannya kepada diri kita. Ianya tidak menyentuh sedikit pun akan hati kita sebaliknya ia belegar di luar dari hati kita.

Setiap zarah dari alam maya ini membawa kita kepada hakikat Tauhid. Membawa kita kepada membebaskan diri kira dari sifat keakuan kepada sifat kehambaan dan menanggalkan dari hati dan jiwa kita nafsu-nafsu yang merasakan kita memiliki apa-apa yang pada hakikat kejadiaannya, satu apa pun tidak kita miliki termasuk diri kita sendiri. Semuanya milik Allah dan kepadaNya lah diri kita dikembalikan juga kerana izinNya jua kita berada di jalan ini. Tidak kita miliki satu zarah apa pun dari apa-apa yang kita miliki.
Pada setiap sujud dan doa kita tumpahkan segenap kerendahan hati dan diri kita padaNya. Dengan bersungguh memohon pada Allah agar ditetapkan hati kita dalam iman dan hidayah juga Taufiq. Jesteru kerana kita tidak memiliki apa-apa semuanya kurniaan Allah juga, Takutlah akan sikap keakuaan yang akan membawa kita kepada kebesaran hati. Takutlah akan kehilangan nikmah iman dan hidayah kerana ianya kurnia dari Allah, Andai Allah tidak memberi kita juga tidak merasa. Andai Allah tidak memilih kita juga tidak berada di sini. Rendahkan dirimu serendahnya dan katakanlah pada dirimu sendiri andai kita berasa ujub, riya, takabbur atau ananiyah. “ Nyahlah wahai sifat-sifat tercela itu. Layakkah kamu merasa sedemikian sedang kamu tidak memiliki apapun. Hatta diri kamu ini bukan milik kamu. Amat biadaplah andai kamu merasa riya’ atau ujub sedang kamu itu bukanlah siapa-siapa.

Perjalananan kita menuju Allah membawa kita kepada hilangya sifat keakuaan dan semakin baiknya hubungan sesama manusia kerana kita tidak merasa terkesan dengan kebaikan dan keburukan mereka. Sebaliknya kita melaksanakan apa yang kita perlu lakukan dengan sebaiknya serta menyandarkan semuanya berlaku dengan izin Allah juga agar kita belajar hakikat Ilahiyyah dan ubudiiyah. Kita memandang sekeliling, akan duduk halnya sekian hamba Allah dengan mata hati dan kerendahan diri. Semoga ahlul ma’siah akan diberi taufiq, semoga ahlul kuffar dikurnia hidayah.

Nikmati keindahan kalam-kalam Allah dengan meyeluruhi sekian makna kalimah Allah dengan meyelaminya dengan jiwa kita. Betapa indahnya ayat-ayat Allah dalam surah-surah An-Najm, Ad-Dzariaat, Al-Fussilat, Al-Qamar, Al-Qaf serta surah-surah lain yang menceritakan akan keagungan, kekuasaan dan keEsaan Allah.  Betapa azab Allah itu keras kepada kuffar dan Rahmah Allah itu sangat murah kepada mereka yang kembali kepadaNya.. Al-Quran merupakan hiburan bagi Mu’min. Lagu yang merindukan Baqa’. Penawar bagi yang sakit dan bersedih hati. Petunjuk bagi yang mencari.
“ Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” Surah Al-Jatsiyah 45:20


“ Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” Surah Al-Isra 17:37.
Segalanya kembali kepada Allah. Allahlah yang Maha Sempurna. Semoga hati kita sentiasa khauf dan raja’. Semoga ianya jauh dari kelalaian dan besar diri. Semoga ianya sentiasa kembali pada Allah dan hidup dengan mengingati Allah dan melaksanakan suruhanNya. Semoga kita akan dihidupkan dan dimatikan dalam iman. Kerana semua itu milik Allah dan semuanya mudah sahaja bagi Allah. Nasib kita tidak kita ketahui bagaimana keadaannya kelak, moga-moga kita menjadi mereka yang diRedhai Allah dan meredhaiNya.  Amin.
" Ya Allah, janganlah kiranya KAU tinggalkan aku "





والله علم
والسلام عليكم

Sunday, October 11, 2009

Resurrected, revived

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله
Alhamdulillah.... setinggi-tinggi syukur, what seems almost impossible is finally over, ended on a high, spectacular. Syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat yang Esa.

My UoA mechanical buddies 06-09

Bersama Assoc Prof P.J.Richards dan Royal Aeronautical Society Prize for the Best Aero Project Display and Presentation

With my project partner Chris and our low cost wind turbine that earned us some awards and media publicity ^_^


Maka tamatlah episod Final Year Project yang sememangnya menyibukkan sentiasa. Banyak juga perkara dan pelajaran hidup yang dipelajari sepanjang project ini, yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik dijadikan sempadan. Dah lama saya menyepi, ber-uzlah mencari 'diri' yang hilang di sepanjang bulan tarbiyah yang lalu, dan alhamdulillah Allah menghadiahkan saya sakit selama seminggu pada minggu ke-2 Syawal. Moga penyakit itu menjadi kafarah dosa buatku. Moga saya lebih menghargai nikmat kesihatan selepas ini juga.

Sekarang sudah tiba masanya untuk helang yang telah lama bertapa dan bermuhasabah dalam proses tazkiyah ini bangkit melebarkan sayapnya untuk terbang, jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Saya juga manusia biasa seperti anda semua, tetap tidak sempurna. Tapi alhamdulillah proses membetulkan diri telah saya lalui sepanjang Ramadhan yang lalu banyak 'membuka mata' dan menyedarkan saya tentang banyak perkara.

Cukup dengan segala kesilapan yang lalu. Cukup dengan segala kelemahan diri yang telah sedikit sebanyak saya perbaiki sekadar termampu oleh kudrat atas rahmat Allah jua. Cukup dengan segala pahit manis ceritera hidup yang telah saya lalui sepanjang tahun ini.

Saya ingin melebarkan sayap, terbang lebih tinggi selepas ini.

Allah berikan saya rezeki yang banyak, sepanjang 4 tahun saya berada di bumi Kiwi ini. Bagaimana saya membayar kebaikan Allah SWT? Saya sering bertanya kepada diri saya demikian. Bagaimana ya? Persoalan itulah yang membuatkan saya tidak jemu memperbaiki diri walaupun jatuh berulang kali. Saya malu dengan Allah yang tidak pernah jemu dengan saya. Sebab itu, saya ingin berubah, berusaha untuk berubah, tidak jemu untuk berubah, berubah ke arah yang lebih baik, berubah untuk menjadi hamba-Nya yang baik.

Kini kembali menulis selepas bertungkus-lumus mencari keampunanNya di bulan agung tercinta yang lalu, langkah harus diteruskan. Saki-baki minggu-minggu akhir di bumi Kiwi ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya insyaAllah. Saya akan cuba untuk sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Tak pernah lagi rasa hati setenang seperti apa yang saya rasa sekarang. Semoga saya dapat meneruskan momentum yang baru dibina ini dengan penuh istiqamah insyaAllah. Tak sabar rasanya nak pulang ke Malaysia ^_^

~Meneruskan derap langkah membaiki masalah ummat yang semakin kronik~

والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, July 21, 2009

Sobru 'ala Sobru

بسم الله الرحمن الرحيم



Muhasabah:
Apa yang kita cari dalam segala perbuatan kita dalam kehidupan seharian? Ganjaran, pujian, penghargaan dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya? Kepada siapakah pula segala harapan yang tinggi menggunung itu diletakkan? Kepada mad'u, rakan-rakan, murabbi, ibu bapa? Mari muhasabah semula segala amalan kita bagi memastikan ia benar-benar selari dengan tuntutan di dalam Al-Quran:


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [Al An'am,6:162]

Retrospek Diri:
Apabila anda menyampaikan sesuatu lalu anda dibalas dengan sebuah tamparan dan kejian yang menyakitkan, maka bersabarlah, usah cepat melenting dan terkejut. Jangan pula terus membenci dan meluah kata-kata kesat sama seperti mereka.

Kerana bukan redha mereka yang kita harapkan. Bukan jua tagih simpati mereka yang kita nanti-nantikan.

Sesungguhnya kita hanya menyampaikan sesuatu yang perlu disampaikan. Kita menyampaikan hanya kerana Allah jua. Maka, apa jua yang kita lakukan, hanya kepada Allah tempat kita berharap. Kepada Allah jua tempat kita bersimpuh.

Hanya pahala dan kebaikan dari Allah-lah tujuan sebenar kita.

Kita mencari redha Allah semata. Jauh sekali mengharap habuan manusia yang sedikit jika dibandingkan kurnia dan pahala dari sisi-Nya.

Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikit pun darimu atas da'wahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.” [Surah Shaad, 38: 86]

Sesungguhnya kita hanya berusaha menyampaikan sesuatu yang realiti lagi hakikat. Bukan fantasi dan imaginasi yang diada-adakan. Kita hanya menyampaikan agama yang di dalamnya ditegakkan fakta-fakta ilmiyah dari kalamullah dan hadith-hadith Rasul-Nya, insyaAllah...


Biarkanlah mereka berfikir jika mereka mahu berfikir.

“Maka apakah mereka tidak memikirkan?” [Surah Yasin, 36: 62, 68]

“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Surah ar-Ra’d, 13: 4]


Maka, usahlah bersedih. Tidak perlu putus asa. Jika benar yang anda cari adalah redha dan pahala dari sisi Allah.

Kerana Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:




“... Padahal tidak ada seorang pun memberi suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan kelak nanti dia benar-benar mendapat kepuasan.” [Surah al-Lail, 92: 19-21]

Istiqomahlah di atas kebenaran di atas jalan-jalan ilmu dan fakta.

Sesungguhnya, untuk mereka yang melaksanakan kebaikan itu, dari sisi Allah jua pahalanya, dan tidak akan musnah atau terhenti dikeranakan kritikan dan makian manusia. Tetapi jangan menutup pintu kritikan kerana kita juga tidak sempurna. Rendah diri dan tawadhuk adalah kemestian seorang daie, dan bertegas pada hal-hal yang sepatutnya.



Kesimpulan yang penting adalah perlunya sikap sabar dan berhikmah serta keikhlasan dalam menangani gejala dan tindak-tanduk manusia. Timbanglah segala perbuatan dengan neraca al-Haq yang haqiqi, dan bukan neraca peribadi atau neraca keduniaan semata-mata. Proses tarbiyah dan pembelajaran tidak akan tamat hinggalah datangnya ketetapan yang pasti dariNya buat semua makhluk yang bernyawa. Ayuh teruskan derap langkah kita!

والله علم
والسلام عليكم

Thursday, July 16, 2009

Tautan hati

بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al Hujurat 49:12]

Manusia hari ini memang suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang relax disangka malas

Orang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang pakai baju buruk disangka zuhud/hina

Orang makan banyak disangka pelahap


Orang makan sedikit disangka kedekut

Orang buruk disangka baik

Orang baik disangka buruk

Orang diam disangka tak mesra

Orang bersuara lantang disangka bongkak

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang ceria disangka membela makhluk

Orang senyum disangka memerli





Mana tahu yang diam itu kerana banyak berzikir kepada Allah

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam muka itu kerana mengenangkan dosa


Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya

Jauhilah sikap bersangka-sangka

Kerana ia akan memusnahkan ukhuwwah

Umpama musnahnya kayu yang dimakan api


Sesuatu perkara yang kita lihat

Seribu kesimpulan yang kita boleh buat

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Berlapang dadalah, bersabarlah, ketepikan segala perbezaan dan lihatlah persamaan yang ada

Janganlah kerana satu kesilapan

Kita terus menghukum dan menghapuskan segala kebaikan lain yang ada pada sesuatu perkara

Gunalah neraca Al-Haq dan bukan neraca peribadi dalam menilai semua perkara


Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di bumi kamu - Imam AsSyahid Hassan Al-Banna




Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Al Anfal 8:63]



والله علم
والسلام عليكم

Monday, May 4, 2009

Pieces of me

بسم الله الرحمن الرحيم


Being a young adult, I've been here a short time. But from the day my life began, knowingly and unknowingly, I've learned things. Some of these lessons have brought me wisdom, luck and fortune, while others brought misery and pain. And yet all that I learned, which at first seemed destructive and disheartening, later turned out to have deeper meanings- blessings in disguise. They taught me that I had more to learn. They gave me wisdom and helped me judge situations with a wider perspective and a more experienced mind.



My enemies, I know are my best friends, because through them I've learned that I am no saint. You need two people for a conversation so you sure as heck need two people to start a fight. Feuds and disputes- it's a two sided affair! Love, hate, its all the same story, so never blame the other, because every time you point a finger, there are always three fingers pointing right back at you!!! There is no denying it, nobody is perfect. Perfection, in its fullest meaning, can never be attained.

Whenever I have a misunderstanding with another, whoever it may be and however much pride I have inside, there is always a feeling of hurt and guilt. I know, had I been a better person, I could have prevented an unnecessary dispute. I eventually learn to value people more, and realize that human nature is too complicated for even the most advanced human mind, so there is no reason for me to be proud. If someone picks a fight with you, turn around and walk away. There is dignity in walking away peacefully rather than proving yourself right- it could never be cowardly.

Friends and family will always mean the world to you, those two, whatever the costs, the utmost effort will be made on our part to protect them, even if it means sacrificing that which is most precious to us.

Failures are the pillars of success. Never ever be disheartened when things go wrong, because it's never the end. The show must always go on. Learn from your mistakes, those lessons you can never forget. Never question your abilities. Everyone is special in their own ways.

I've never given up on my dreams, they mean too much to me, that's why no one can ever put me down, however hard they try. I am strong and my will power, I know will get met past every obstacle! Fight for what you believe is right, because your heart can never lead you astray, it knows you too well.

Never forget who you are, because if you do, the past will come back to haunt you. Never change yourself for others, you were meant to be who you are. You are unique in every way- no one can ever replace you.

At the end of the day I know my place is with God, and so I have learned to ignore people's comments, but good advice should never be missed out on. If people try to put you down, just walk on by, don't turn around, you only have to answer to yourself. As long as your conscience is clear, everything will be fine. Learn to listen, it's a gift most of us never use. There is a lot to learn in the words of others.

I've learned not to depend on people too much because God gifted me with the elements to help me stand on my own. And yet it is perfectly alright to ask for or lend a helping hand, because we are all human. Never be afraid to cry, its not a sign of weakness, instead it tells me that you are brave enough to show your face to the world in good times and bad.

Have confidence in yourself, but never think too much of yourself either, because in God's eyes you're no better than a pauper. Always remember there are people better than you. At the same time never be ungrateful, value everything you have, there are people who are worse off than you.



In every situation be practical and logical. Comprehend the situation and be down to earth. Think not only of yourself, take into consideration the view and plight of others - everyone has something at stake. Selfish, self-centered people, always end up in situations where eventually frustration gets the better of them and they end up at a loss. Evil can never prevail, because we are always fighting to right the wrongs.

I try not to jump to a conclusion or judge a book by its cover, but being human I tend to err, I fall prey to my temptations- the need to be like others and fit in. My weaknesses get the better of me, and I am influenced by the devil and the desire. There are times, when all that I've learned is just flushed down the drain. And by thought, words and deeds, I deprive people of their rights, I hurt their feelings, I make a mess of a perfectly good situation, but above all I hurt myself. Guilt takes over and it seems that everything falls apart! Its just that in my head, emotions and thoughts run wild, and the whole world starts spinning.

But there is one thing that I have never done and that is tell the people close to me that I love them. I've been almost ashamed to express my feeling to those who mean the most to me. Its crazy, I know, but that is just how things are. I am still confused and I wish I could be myself. I wish I could express what is in my heart and yet, the part of me that wishes to be a tough guy, always seems to get the better of me. Never make that mistake, life is too short, so make the best of it and make sure that you appreciate everyone who's made your stay here a memorable one.



Have faith in God. Your life is in His hands, whatever happens, it's always for your good. I guess, we've all learned these lessons, yet we tend to forget them. We have become so absorbed in this materialistic world that we've forgotten our priorities. It is human to err, but it is possible to be alert and remember that we have no right to deprive others of their right. We live in one world, so we have to learn to share. If we took away the "selfishness" and "greed" that exists, the equation of life would be complete.


Berkorban Demi Cinta - Hijjaz


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini


Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia

Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, April 7, 2009

Tegakkanlah daulah Islam dalam diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin saya kongsi pesanan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah sebagai renungan buat diri saya sendiri terutamanya dan buat semua sahabat-sahabatku juga..

Kata-kata Imam Hasan Al-Hudaiby masih terpahat kukuh disanubari ramai Duat hari ini–“Tegakkan Daulah Islam Dalam Diri Kamu, Nescaya Ia Akan Tegak Di Atas Bumi Kamu”.
Jika dilihat ungkapan dari kacamata atau melalui jalan politik semata-mata, mereka yang tidak sabar ingin mengkecapi kemenangan dalam Pilihanraya semasa masih ada usia, sudah tentu akan mencemuh dengan menuduh jalan ini lambat dan terlalu ketat keaslian dan syarat-syaratnya. Golongan ini bukan sahaja gopoh dalam membuat kesimpulan tapi juga tidak ada kemampuan dalam memahami Sunnah Allah swt dalam perjuangan umat yang panjang dan silih berganti ketamadunan. Hakikatnya Allah swt telah menetapkan bahawa asas perubahan dalam masyarakat adalah hasil dari perubahan dalam diri individu dalam umat itu sendiri. ‘Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada dalam satu kaum, sehingga mereka merubah merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri.

Oleh sebab itu asas Dakwah kita ialah merubah diri ahli, kemudian merubah keperibadian masyarakat disekeliling kita. Dengan kata lain, ISMA tidak akan mampu membawa perubahan dalam masyarakat dan umat sehinggalah ahli-ahlinya mampu membuat perubahan ketara di dalam diri dan keluarganya sendiri. Dengan kata lain juga, sekiranya ahli-ahli ISMA dapat dan mampu membaiki dan meningkatkan ketaqwaan dan akhlak diri dan keluarganya, maka dia akan lebih mampu dan berjaya membawa perubahan yang diimpi dan dicita-citakan terhadap masyarakat dan umatnya.

Lihat sahaja di dalam cara Islam merubah masyarakat zaman Nabi saw yang kesannya masih terasa hingga ke hari ini walau telah berlalu 1400 tahun lamanya. Allah swt mengutuskan Nabi saw yang memiliki ketaqwaan dan keperibadian yang tertinggi. “Demi Allah, aku adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu akan tetapi aku bersolat dan menggauli isteri, berpuasa dan berbuka …(hadis teguran Nabi saw terhadap beberapa Sahabat ra yang mehu mencapai taqwa dengan cara berpuasa dengan tidak berbuka, beribadat solat sepenuhnya malam tanpa menggauli isteri dan sebagainya). Firman Allah swt, “Telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah contoh tauladan yang baik”. Kata Aisyah r.a, “Akhlak Rasulullah saw adalah Al-Quran”. Firman Allah swt, “Sesungguhnya kamu (ya Muhammad) mempunyai akhlak yang hebat” (Al-Quran). Ketaqwaan dan keperibadian/akhlak sebeginilah yang mampu membawa perubahan di dalam masyarakat Arab Melah dan Madinah seterusnya di Semenanjung Arab. Dari Baginda saw dibentuk para Sahabat ra, umat yang terbaik yang dikeluarkan oleh Allah swt di muka bumi. “Kamulah umat yang terbaik dikeluarkan untuk manusia” (Al-Quran). Dari mereka pula dibentuk umat manusia di Negara-negara berdekatan di zaman Islam membuka tanah-tanah baru di Mesir, Parsi, Syam dan lain-lain.

Tanpa keperibadian yang tinggi, tidak mungkin tercapai cita-cita penegakkan Islam yang luas dan keperibadian umat pemimpin dan pembimbing dunia yang kita cita-citakan. Tanpa pendidikan dan peningkatan diri, jangankan menegakkan Negara Islam tidak kesampaian, malahan membentuk organisasi dan jemaah yang akan berjuang menjayakan projek membina Negara pun akan kecundang atau menemui berbagai jalan buntu. Contoh-contoh ketara adalah seperti akhlak ahli yang bermasalah, lemahnya kefahaman terhadap perjuangan bahkan terhadap Islam itu sendiri. Tidak pelik jika ada yang ke tahap menyombong diri dihadapan sahabatnya yang lain kerana pangkat, kelulusan, profession, harta, kereta dan sebagainya dari ciri-ciri dunia yang fana ini. Terdapat pendokong Islam yang tidak dapat menghayati atau mempraktikkan disiplin dan kesungguhan dalam bekerja, hanya berpada berteori dan mengarah tanpa bekerja keras sedang dia mengutip hasil titik peluh sahabatnya yang ikhlas dan bersungguh dalam amal dakwah . Tidak kurang mereka yang merangka plan dan tindakan siang dan malam untuk orang lain sedang anak-anak sendiri, samada sebahagian atau semua mereka, jauh dari program-program Islam yang terancang, hanyut di dalam arus perdana yang tidak haraki.

Lemah didikan terhadap diri ahli dalam organisasi atau keperibadian diri dalam masyarakat juga akan mengakibatkan kegoyahan dalam struktur organisasi dan mesyarakat tersebut. Tanda pertama kepada penyakit ini ialah lemah dan goyahnya ikatan hati dan ruh yang membawa kepada longgarnya perasaan yang penghayatan Ukhuwwah (Kasih Sayang) Islamiyah secara amali di dalam barisan. Sebahagian tanda-tanda penyakit yang merbahaya ini ialah perasaan hasad, iri hati, bermuka-muka, tidak telus, berpolitik bukan pada tempatnya, menjatuhkan orang lain, tidak berani berterus terang, memfitnah, mengumpat, mengata, gila kuasa dan sebagainya. Sudah tentu jemaah atau organisasi seumpama ini tidak ubah seperti sebuah kelab biasa dan jauh dari ciri sebuah jemaah Islam menyeluruh yang bekerja mencapai cita-cita Islam yang jauh dan murni. Iman dan Ukhuwwah ibarat antibodi dalam badan yang mencegah jangkitan penyakit-penyakit yang datang menyerang. Apabila lemahnya ikatan dan perasaan Ukhuwwah, maka datang pula penyakit-penyakit kronik yang lain seperti saling menjatuhkan pihak lain, campurtangan dalam pentadbiran dan tugas Dakwah pihak lain sedang tugas yang dipertanggungjawab ke atas bahu sendiri terabai, dan sebagainya. Kita melihat ini banyak berlaku di dalam badan-badan Dakwah Islam khususnya badan yang lemah dalam bidang mendidik ahli. Apabila ini berlaku, dakwah tidak dapat maju ke hadapan dan cita-cita menegakkan Islam di dalam keluarga, masyarakat dan Negara, apatah lagi dunia hanya tinggal cita-cita dan tidak lebih dari itu.

Oleh itu amat tepatlah kata-kata Imam Hasan Al-Hudaiby, “Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di atas bumi kamu”.

Kita menyeru kepada sekelian umat yang bercita-cita tinggi kea rah memperjuangkan Agama yang suci ini, khususnya pendokong-pendokong gerakan Islam dan ahli-ahli ISMA sendiri supaya memberi penekanan yang kuat terhadap tarbiyah atau pendidikan diri insan, lelaki dan wanita. Dari pengamatan terhadap nas-nas Al-Quran, Hadis dan pengalaman-pengalaman gerakan Islam dulu dan kini meyakinkan kita bahawa hanya Jalan Tarbiyah, mendidik diri dan masyarakat, adalah sebaik-baik jalan yang menuju ke matlamat yang diimpikan. Itulah jalan yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah saw.

Kita berdoa kepada Allah agar kita dipilihNya menjadi pendokong dan pejuang agamaNya. “Dan tidak diketahui tentera (penolong) Tuhan melainkan Dia” (Al-Quran). “Jika kamu berpaling, Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain selain kamu. Kemudian, mereka tidak seperti kamu” (Al-Quran).

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA.

Secebis peringatan dalam adab amal jamaie...


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An Nisa' 4:59)


Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (An Nisa' 4:83)

Jamaah itu bermaksud anda bersama dengan kebenaran walaupun anda berseorangan. Tidak perlu kita memaksa sesiapa untuk bersama dengan persatuan atau gerakan kita. Kalaulah persatuan/gerakan itu mendakwa dia adalah Jamaah yang wajib untuk diberi wala’ dan sesiapa yang keluar daripadanya diisytihar “bughah”, maka sila nyatakan sekarang nama persatuan/gerakan tersebut. Jika tiada, masing-masing usah menganggap persatuan/gerakannya adalah “Jamaah” dengan erti katanya yang khusus.

Artikel sebelum ini (Biarlah Amal yang berbicara) dipetik daripada kitab “Bahtera Penyelamat”, ditujukan untuk semua termasuk diri penulis blog supaya kita sentiasa beringat dan tidak menghabiskan masa dengan pertikaman lidah yang tidak membawa kepada amal.

Sekarang, masing-masing beramal dengan cara dan pendekatan yang difahami selagi mana tidak bertentangan dengan Al-quran dan Sunnah. Bekerjasama tidak semestinya berada di dalam persatuan/gerakan yang satu. Tapi itu juga tidak bermakna tiada ruang untuk sebarang kerjasama, melainkan salah satu pihak menutup semua ruang perbincangan. Carilah penjelasan dari pelbagai pihak dan bukan satu sahaja, dan berlapang dadalah kerana itulah serendah-rendah ukhuwwah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tiada siapa yang salah di sini. Allahu Musta’an

Kepada semua,

Boleh rujuk buku karangan Al-Marhum Said Hawa bertajuk “Kaifa La Namdhi ba’idan ‘an ihtiajil asir” terbitan Darus Salam. Juga buku “Toriq ila Jamaatil Muslimin” karangan Hussein Muhsin Jabir. Kedua-dua buku ada menjelaskan dengan baik segala persoalan tentang jamaah. Selamat membaca.

p/s: Credits to Ustaz Shuhaib Arrumy as well for the enlightenment. Peace everyone.



والله علم
والسلام عليكم