بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama aku tidak menulis. Entah sejak bila, aku pun dah tak ingat. Mungkin disebabkan Facebook kini jauh lebih mainstream. Atau mungkin aku juga yang tidak termotivasi lagi untuk terus menulis.
Ya Allah, tetapkanlah hati kami ini di atas deenMu ya Rabb.
Pada suatu petang, aku tiba awal di surau sebelum masuk waktu Asar. Hentian terakhir rutin ku sebelum pulang dari tempat kerja. Seusai berwudhu', aku duduk di luar surau dan membaca Al Quran setelah membuka kipas di luar surau itu. Boleh tahan panas cuaca ketika itu. Aku sedar ada seorang pakcik yang boleh dikatakan "frequent early birds" juga telah berada di dalam surau tu, sedang membersihkan karpet teka hatiku.
Sedang aku asyik tenggelam mengalunkan bacaan Al Quran, tiba-tiba kipas yang dihalakan pada aku ditutup suisnya. Pakcik tadi tu terus memanggil aku, "Dik, mari sini masuk dalam" sambil melambai-lambai tangannya. Aku dalam keadaan terpinga-pinga ketika itu, dan hanya memakai pakaian kerjaku, baju kemeja dan seluar slack, masuk ke dalam.
Pakcik tadi terus mengajakku duduk di satu sudut yang telah dia sediakan satu jilid dari Tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman yang diletakkan di atas rehal. Dia berkata, "Dik, bacalah Quran ni. Pakcik nak dengar. Pakcik tak berapa pandai baca Quran ni dik." Saya bertanya, "Nak baca maksudnya sekali ke?" Pakcik tu menjawab," Ye lah, kenapa? Tak pandai baca jawi ke?" Saya terus membalas, " Eh boleh aje insyaAllah."
Maka saya pun duduklah mula membaca mushaf tafsir tersebut yang dia memang telah menanda pada ayat penghujung surah Ali Imran. Pakcik tadi gelisah memandang sana sini dan membuka beberapa almari di dalam surau itu. "Eh pakcik ni nak dengar ke tak? Tadi beria sangat suruh aku baca untuk dia," bisik hati kecilku. Aku cuba untuk tidak mempedulikannya dan meneruskan bacaanku dengan lebih berfokus.
Tiba-tiba dia datang ke arahku dan memakaikan kepalaku dengan songkok. Selepas itu dia terus tersenyum senang dan lantas duduk di hadapanku untuk mendengar bacaanku. Tergamam dan "speechless" aku dibuatnya.... Aku pun meneruskan bacaanku sehinggalah tok bilal datang untuk mengumandangkan azan Asar.
Mengapa aku ceritakan pengalamanku itu ye?
Sebab sebagai seorang daie, kita kena tahu uruf atau kebiasaan masyarakat setempat. Aku pun tak sangka yang isu seperti membaca Al Quran tanpa memakai songkok pun boleh jadi isu bagi pakcik tu yang membuatkan dia gelisah dan tak senang duduk.
Pengajaran lain? Hmm jom sama-sama fikir dan renung-renungkan....
والله أعلم
والسلام عليكم
1 comment:
Setuju sangat ya akhi
Penting utk kita memahami waq'ie semasa
Ana pun masih blajar lagi
:D
Post a Comment