بسم الله الرحمن الرحيم
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu mendayu, merayu...kepada-Nya, Tuhan yang satu.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir tentu solatmu kau kerjakan pada awal waktu, solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawaduk, tubuh dan qalbu...bersatu memperhambakan diri menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji ‘innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin’ [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir, tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tidak akan dibiarkan begitu saja, di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan al-Quran bakal kau dendang, bakal kau syairkan.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir, tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajud, mengadu, merintih, meminta belas kasih ‘Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu, tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.”
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir tentu dirimu tidak akan melupakan mereka yang tersayang, mari kita meriahkan Ramadan kita buru, kita cari, suatu malam idaman yang lebih baik daripada seribu bulan.
Andai kau tahu ini Ramadan terakhir, tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir, mempersiap diri, rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan, lorong-lorong reda ar-Rahman.
Andai ini Ramadan yang terakhir! Duhai Ilahi...andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikanlah ia Ramadan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hati kami, menyeru ke jalan menuju reda serta kasih sayang-Mu, ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, cuma yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-Nya.
Oleh kerana kita sama-sama tidak tahu apakah Ramadan ini terakhir buat diri kita, mengapa tidak kita mengambil langkah selamat, iaitu terlebih dahulu mengambil kesempatan Ramadan yang kita lalui ini untuk beramal ibadat sedaya mungkin, berdoa serta merintih memohon keampunan. Selamat beramal!

والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment