Monday, February 16, 2009

Resah gelisah yang tiada bertepian

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lepas selepas selesai solat Isya' di surau berhampiran di rumah, saya disapa seorang saudara yang mukanya memang seperti orang berbangsa Cina. Tekaan saya tak silap lagi. Dia merupakan saudara baru seaqidah. Dia menceritakan masalahnya kepada saya dengan harapan saya dapat membantu. Dia kehilangan beg laptopnya dan turut kehilangan segala butir-butir pengenalan dirinya semasa kecurian itu.

Yang sedihnya, begnya itu hilang di masjid semasa dia sedang solat Jumaat. Sedangkan dia meletakkan begnya itu di sebelah saja di masjid di mana dia solat. Kemudian, dia pergi ke Kelantan untuk meminta surat pengesahan tentang keislamannya dikeluarkan semula supaya dia boleh memohon kembali kad pengenalan yang baru. Malangnya dia disuruh kembali ke tempat di mana di kecurian tempoh hari walaupun dia memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di Kelantan. Alasannya mereka tak dapat memproses walaupun muallaf ini telahpun membuat laporan polis.

Apabila dia sampai kembali ke Selangor, pihak jabatan Agama di sini pula berkata mereka langsung tiada maklumat kerana dia memeluk Islam di Kelantan. Kesimpulannya si muallaf ni berada dalam keadaan tersepit apabila dua-dua pihak jabatan Agama negeri ni cuba berlepas tangan dan menuding jari antara satu sama lain. Sikap apakah ini? Situasi beginilah yang membantutkan pembangunan negara. Isu ni kecil sahaja. Hanyalah peng'issue'an semula surat pengesahan yang abdullah ni telahpun memeluk Islam di mana saya yakin pasti mereka menyimpan semua rekod-rekod ini.

Tidak cukup dengan hal itu, selepas lama berta'aruf dan berbual dengannya, tiba-tiba dia bertanya satu soalan yang agak mengejutkan saya. "Bang, betul ke saya ada dengar haritu ada Ustaz beritahu saya, wirid selepas solat secara jelas/jahr dan secara berjemaah ni bida'ah?"

Wah, bagi seorang yang baru memeluk Islam, wajarkah dia diberitahu tentang perkara ini yang memang kalau diperdebatkan, cukup hangat. Sedih dan geram saya apabila mengetahui keadaan ini. Sepatutnya kita fokuskan untuk menjadikan saudara-saudara baru ini, seronok dalam menjalankan ibadat, mengajar konsep-konsep asas keimanan, aqidah dan tauhid. Daripada riak wajahnya saya tahu dia sendiri keliru dengan isu ini. Kita yang sudah Islam semenjak lahir pun pening membicarakan isu ini, apatah lagi orang yang baru memeluk Islam. Wajarkah dan bijakkah tindakan sedemikian? Seolah-olah kita hendak menggambarkan kepada saudara-saudara baru ini yang Islam itu susah, kompleks.

Ini mengingatkan saya tentang satu kisah di New Zealand dua tahun lepas. Ada seorang Kristian (Caucasian New Zealander) yang ingin memeluk Islam. Pada ketika itu juga, ada seorang hamba Allah ini yang sedang berbicara dengan lelaki yang berminat untuk belajar tentang Islam ini. Dia berkata,"If you want to be become a Muslim, you cannnot eat pork anymore. You cannot drink alcohol. You cannnot have girlfriend.. etc. etc."

Saya pun dengan sabar menunggu setelah lelaki itu beredar, baru saya menghampiri lelaki Caucasian itu dan memberitahunya," Don't worry brother about what he said just now. Now what important is for you to read these books," sambil menghulurkan buku What is Islam, the Prophet Muhammad p.b.u.h. dan beberapa buku-buku 'ringan' yang menarik dan komprehensif dalam menjelaskan Islam yang sebenar.

Adakah patut kita menakutkan orang yang baru berminat untuk memeluk Islam dengan hal-hal sedemikian? Sedangkan selama 13 tahun di Mekah, Rasulullah hanya memfokuskan kepada pembinaan asas aqidah dan iman yang mantap dalam proses tarbiyyah. Ayat-ayat al-Quran tentang pengharaman itu dan ini serta segala hukum-hakam itu diturunkan kemudian di Madinah. Memang tidak dinafikan soal haram dan halal, soal bida'ah itu penting dan semua orang Islam perlu jelas tentang hal ini. Tetapi bagi golongan saudara baru sebegini, biarlah proses pengislaman itu berlaku secara berperingkat-peringkat sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam sirah nabawi tentang proses pentarbiyyahan yang dilalui oleh umat Islam bersama-sama Rasulullah s.a.w. pada ketika itu.

Cukuplah tentang sedikit luahan hati tentang beberapa insiden yang berlaku di sekitar saya baru-baru ini. Dalam tempoh tak kurang seminggu saya akan pulang semula ke Auckland, menyambung semula perjuangan saya di sana. Tahun akhir, tahun 4 Kejuruteraan Mekanikal. Sudah tentu tahun yang mencabar dengan adanya Final Year Project dan macam-macam hal lain lagi. Bukan sekadar itu sahaja, banyak lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu saya pikul.

Banyak juga isu-isu 'dalaman' yang berlaku baru-baru ini. Ada yang dapat saya tangani, ada yang saya hanya mampu berdiam diri dan memendam rasa. Saya sebenarnya lebih risau dan gelisah untuk balik semula ke Auckland kali ini, entah mengapa. Walaupun saya tidak sabar untuk menyambung semula pengajian dan ingin menamatkan pengajian saya secepat mungkin, hati ini rasa 'tak sedap' dan seribu satu persoalan bermain-main di fikiran sekarang.

Apa yang saya mampu lakukan, hanyalah berusaha sebaik mungkin, merancang sebaiknya dan berdoa. Ya Allah, permudahkan segala urusanku baik duniawi mahupun ukhrawi. Tenangkanlah fikiran dan hati hambaMu yang lemah ini yang selalu gundah-gulana sejak kebelakangan ini. Mungkin ini entry terakhir saya di Malaysia. Mungkin juga yang terakhir dalam hidup saya (tak minta nak mati pun tapi still ada possibility gak kan?) Ampunilah segala kesilapan dan kesalahan saya selama ini, sesungguhnya saya termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (2:286)



Tika Dinihari - Devotees


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepadaMu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namaMu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubahkanku
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahMu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah Kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

والله علم
والسلام عليكم

10 comments:

Anonymous said...

InshaAllah..semoga Allah mempermudahkan bagimu..Setiap kepayahan dan kesusahan adalah satu tarbiyah dari Allah yang akan mengangkat darjat hamba-hamba yang Dia cintai...Wallahua'lam

Imran Razali said...

Syukran ya akhi/ukhti

Ana pun tak berniat sebenarnya untuk menulis tentang kekusutan yang ana alami ini. Tapi ana tak mampu nak memendam lagi, bingung apabila memikirkannya dan hampir-hampir ingin sahaja ana 'tarik diri' daripada masalah ini

Anonymous said...

Have faith brother. 7asbunallahu wa ni3mal wakeel. Huhu.

Imran Razali said...

Hehe heap thanks s.Metro...

Jumpa di Auckland nanti... :D

emir.abu.khalil said...

bismillahi walhamdulillah..

akhi,
azmir di sini, azmir sydney (bukan auckland ya~). benar, sungguh bersetuju bahawa sesungguhnya manusia ini satu makhluk yang ramai daripadanya kurang bersyukur kepada Allah. mereka diberi oleh Allah pertambahan saudara dalam aqidah ini, namun mereka ambil sikap tidak endah. mereka bukan memudahkan urusan, malah mereka gemar merumitkan kerja.

akhi,
di masa hadapan ujian akan lebih getir, tentunya sesuai dengan kemampuan dan tahap kita sekarang. apa yang pasti, kehidupan mendatang harus ditempuhi dengan penuh sedar akan iman, dan dengan penuh sabar, dan tsabat.

ana mendoakan enta. teruskan berjuang. apa yang kita peroleh dari malaysia, adalah satu pengalaman, kerana kita sesudahnya akan kembali jua ke medan asal kita.

barakAllahu fiik.

akhukal mukhlis,
emir.abu.khalil

Imran Razali said...

Hehe ana cam id yang nta slalu pakai tu... azmir auckland tak pakai id camtu :p

Anyway, syukran jazilan atas nasihat nta tu. Sememangnya ini sunnatullah yang pasti berlaku, semakin lama semakin hebat cabaran yang akan dihadapi.

Ana akan berusaha sebaik mungkin insyaAllah dan berdoa agar ditetapkan dan diteguhkan diri dan hati ini dalam menghadapi ujian-ujian yang telahpun melanda sekarang ini

Akhukum

rough_U_deen said...

Salam,
Nothing to comment on the post.. Agreed upon...
Cuma just nak let you know that my pray is always for you guys. Keep up the dedicated work. Then...
Leave the Rest,
To the Best...
Wallahu'alam

Imran Razali said...

Syukran akhi for dropping by... :D

Anonymous said...

assalamualaikum.....missed u so much although it's only 3 days ago i last saw you.glad that we have spent hrs of quality time togather. All the best, son, i will always pray for your success n good health. love you so much and take care.

Imran Razali said...

Wa'alaikumsalam

Love you and miss you too mama :D