Friday, August 21, 2009

Make A Difference 2

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah dalam entry yang lalu, kita dapat lihat bagaimana kita mungkin bukannya penyumbang secara langsung dalam menyelamatkan seseorang itu daripada membunuh diri, tapi kita mungkin berada dalam rantaian yang sangat panjang dan secara tidak langsung menyumbang kepada arus perubahan tersebut.

Oleh itu jangan sekali-kali kita bangga diri atas pencapaian kita. Ingatlah sifat takabur itulah yang membawa kepada laknat Allah terhadap syaitan sehingga ke hari Kiamat. Ya! Sifat takabur! Sifat-sifat seumpamanya seperti riak, bangga diri dan egoistik begitu mudah menghinggapi hati sehingga menjadi barah yang sukar untuk diubati.

Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kita muhasabah kembali hati kita.

Ada orang bermasalah dengan amalnya. Bukan masalah tidak tahu beramal. Tetapi, dia bermasalah kerana dia riya’, takabbur, ujub dengan amalnya.

Rajin ke masjid lima waktu sehari, maka di dalam hatinya terdetik: “Bagus aku ni, dapat pergi masjid 5 waktu sehari. Istiqomah plak tu. Tak macam orang lain”

Hafal Al-Quran 30 juzu’, hatinya mencuit: “Apa la orang lain, aku boleh hafal 30 juzu’, kenapa la diorang ni malas sangat? Mungkin otak diorang ni lembab agaknya”

Kepimpinan hebat, bercakap di hadapan fasih, semua orang terpegun, hatinya berkata: “Ha, baru korang tahu aku ni siapa. Sekali aku cakap, semua ternganga”

Rajin qiamullail: “Eh, hebat aku ni. Mesti pahala banyak”

Begitulah dalam perbuatan-perbuatan kita yang lain.

Ya, hanya detikan di hati. Tiadalah pula kita mendabik dada mendongak kepala, menjerit-jerit kata: “Aku bagus, aku terhebat, aku terbaik!”. Semuanya di dalam hati.


Ketika itu, hati telah tercedera sebenarnya. Sedar atau tidak, amal kita tidak diterima. Kerna, tiada kerendahan dalam hati kita. Syaitan, hakikatnya telah berjaya memperdayakan kita semua.

Syaitan, jika tidak berjaya mengajak kita berbuat kemungkaran dan maksiat, maka dia akan menyuruh kita berbuat kebaikan.

Oleh itu rendahkanlah hatimu Imran. Rendahkanlah hatimu dengan serendah-rendahnya.

Ada orang yang memilih penyelesaian mudah. Kalau buat baik pun takabur, maka takyah buat apa-apa lah, lagi bagus. Maka sekali lagi syaitan telah berjaya. Kerana jika seseorang itu tidak membuat apa-apa, maka akan datang juga kecenderungan masa lapang itu untuk diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan lama kelamaan menjurus kepada perkara maksiat juga. Ye la, bila tak teruskan beramal, tak tingkatkan amal, maka diri jadi lemah. Oleh itu mudahlah syaitan untuk menjerumuskan kita dalam kancah kemaksiatan.

Habis tu camne? Nak buat baik, nanti takabur. Tak pun nanti cakap tak serupa bikin. Tak buat apa-apa pun tak boleh juga kerana dah memang tanggungjawab setiap umat Islam untuk menyeru. Nahnu du'aatun qobla kulli syai'in. Sama ada kita menjadi daie untuk Islam atau daie untuk agen-agen lain dan toghut.

Maka rawatilah hati ini. Apabila amal kita disertai dengan riya' atau takabur, maka riya' dan takabur itu yang kita kena tinggalkan, bukannya amal itu. Rendahkan hati dan ikhlaskan hatimu Imran.

Kita beramal selama ni nak meramaikan orang yang hadir sekadar untuk gah sahaja ke? Sehingga tiada titik tolak ansur untuk menghadapi perbezaan yang wujud.

Ketika Fathul Makkah. Rasulullah SAW masuk ke Makkah, bersama 10,000 orang tentera baginda, lengkap bersenjata semuanya, majoriti tentera muslimin ketika menunggang kuda dan unta, semuanya berbaju besi dari kepala hingga ke kaki dan hanya menampakkan mata sahaja. Lengkap, hebat, gagah, dan tidak tertentang.

Namun, Rasulullah SAW tidak masuk dengan mendabik dada, ataupun tersenyum memandang kiri kanan. Diriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW masuk ke Makkah ketika saat gemilang itu, dengan menundukkan kepalanya, menangis dan memuji-muji Allah. Dinyatakan bahawa, Rasulullah menundukkan kepala, hingga kepalanya itu hammpir menyentuh tubuh untanya.

Kenapa?

Kerana ketika itu, Rasulullah SAW hendak menutup segala kemungkinan untuk riyak, takjub, ghurur, takabbur dan pelbagai lagi tembakan-tembakan halus syaitan. Segala strategi Syaitan, dihadapi baginda dengan tenang, dipatahkan penuh bijak dengan kerendahan hati.

Ingat, rendah hati tidak sama dengan rendah diri. Kadang-kadang rendah diri juga terselit unsur-unsur riya' tetapi rendah hati adalah berpaksikan keikhlasan yang hakiki.

Ingin saya petik juga mutiara nasihat dari Ustaz Dahlan (mudir MATRI di Perlis).

"Kita ini, membawa manusia pulang kepada Allah. Bukan kepada organisasi. Organisasi adalah wasilah(jalan). Jangan kita jadilah wasilah kita sebagai ghayah(matlamat). Dalam membawa agama Allah ini, tidak boleh kita selitkan walau sedikit pun rasa kepentingan diri. Semuanya kita lakukan kerana-Nya, untuk mendapat redha-Nya”

Rawatilah hati kita dan bukannya tinggalkan amal tersebut. Kenal pasti punca masalah dan bermujahadahlah serta bersabarlah dalam merawat masalah ummah sambil membaiki diri sendiri. Jangan jadi seperti sohibil hut (sahabat ikan) seperti dalam ayat di bawah kerana kurangnya sabar dalam berdakwah dan lari dari masalah.



[Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (Al Qalam 68:48)]

Ayuh kita sama-sama cuba merawat hati ini sementara ketiadaan syaitan selama sebulan nanti insyaAllah. Ramadhan Mubarak! Manfaatkan bulan tarbiyyah ini sebaik-baiknya.

~My blog will be on long hiatus period as it may seem at the moment~
~Sedang merawat hati sambil merawat penyakit ummah insyaAllah~



والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, August 18, 2009

Make A Difference 1

بسم الله الرحمن الرحيم


I would like to share a series of pictures that shows what matters most is your effort and whatever you have done does make a difference. I will elaborate more in my next entry insyaAllah.





























Hopefully these pictures do gave the same impact to you guys as they did to me ^_^

والله علم
والسلام عليكم

Monday, August 10, 2009

Mengimbangi kelajuan dengan keadaan sekeliling

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin saya berkongsi satu tazkirah pendek yang cukup memberi kesan pada diri saya pada pagi ini. (Jazakallahu khair Ustaz Shuhaib atas teguran terbuka ini)

Semua orang ingin menang. Siapa yang ingin kalah bukan? Oleh itu semua perlu bergerak dengan kadar yang pantas dan sepatutnya untuk menang. Tapi kadang-kadang kelajuan pergerakan kita itu boleh mengundang fitnah dan kadang-kadang mengundang bala jika tidak berkadar dan seimbang.


Pernahkah anda menonton sukan lumba kereta Formula One yang terkenal? Kalau kita perhatikan setiap kereta lumba yang mengambil bahagian akan berhenti pada setiap pusingan di tempat yang dinamakan pitstop. Kenapa perlu berhenti? Bukankah ini akan melambatkan seterusnya mengakibatkan kekalahan yang mengecewakan? Tidak. Setiap kereta perlu berhenti untuk mengisi minyak, menukar tayar yang baru serta memeriksa sebarang kerosakan pada bahagian kereta. Sekalipun sebuah kereta lumba memiliki kemajuan teknologi yang terkini dan paling canggih di dunia, kereta itu perlu juga berhenti di pitstop. Itulah fitrah perlumbaan Formula One.

Saya sengaja memberi perumpamaan kereta lumba ini supaya para pembaca dapat memahami tulisan saya kali ini. Dalam perjalanan kita mengikuti tarbiyah dan dakwah, kadang kala kita bertemu dengan golongan yang ingin cepat dan sangat laju dalam melakukan amal. Kepantasan mereka bergerak dan menyiapkan satu-satu tugasan sangat menakjubkan. Selalunya bayang-bayang mereka mendahului tubuh mereka. Karekter sebegini begitu penting bagi seorang pendakwah yang melaksanakan amanah Allah swt dan menjunjung risalah nubuwwah yang mulia ini. Mereka boleh mempercepatkan penegakkan semula tamadun Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi selalunya sesuatu yang bergerak laju akan melanggar objek lain walaupun bukan disengajakan. Bila dah laju kadang-kadang terbabas. Kalau yang sempat ‘brek’ boleh patah balik. Masalahnya yang dah terlajak jauh, sangat susah nak undur dah. Begitu juga senario dalam alam dakwah dan tarbiyah. Ada kalanya kita mahu cepat melihat kesan atau mengutip hasil tanaman yang telah kita baja. Sifat sebegini selalunya akan timbul dalam jiwa pemuda yang bergelojak serta berfikiran ideal. Tidak juga dinafikan sesetengah ‘orang lama’ turut menghidap sindrom nak cepat ini. Abu Ammar ada menulis dalam bukunya yang bertajuk: “Manhajiah at-tarbiyah ad-dakwiyah” tentang perkara ini. Katanya “Sebahagian pemuda dakwah memiliki semangat yang tinggi serta tenaga tersimpan yang melimpah ruah. Dengan sifat ini mereka lebih terkehadapan berbanding rakan-rakan yang lain. Lalu menyebabkan kesulitan kepada murabbi sehingga tidak tahu bagaimana untuk berjalan bersama mereka, atau berlari seiring tenaga mereka dan menyahut wawasan pemuda ini”.

Sindrom nak cepat ini akan melahirkan beberapa fenomena pelik di tengah-tengah suasana tarbawiyah. Antaranya ialah kecenderungan sebahagian pendakwah muda dan yang baru memulakan langkah dalam beramal islami untuk mengadu sesuatu terus kepada pimpinan dan orang lama dakwah melangkaui mas-ul atau ‘supervisor’ mereka. Pengalaman menunjukkan bahawa wujudnya kecacatan ini disebabkan sikap suka masuk campur dan menjenguk kerja orang lain dalam diri mereka. Mungkin juga mereka merasa takabbur dengan rakan seperjuangan lain. Ini semua akan mengakibatkan fitnah yang dahsyat dan tak terjangka. Selain itu, ia mungkin membawa golongan yang bersemangat ini ke arah budaya ‘najwa’ atau bahasa mudahnya cakap tepi. Segala idea dan pandangan tidak dicadangkan pada saluran yang sedia ada. Mereka lebih suka bersembang sesama mereka dan tanpa disedari melemahkan saff, menggugat kesatuan serta membinasakan binaan ukhuwah dan thiqah.



Kita pesan dan mengingatkan dengan tegas kepada semua yang memiliki simptom-simptom penyakit ini supaya segera merujuk kembali bahan-bahan tarbiyah yang telah kalian lalui tentang bahayanya sikap ini. Jadikan tarbiyah quraniyah sebagai asas dalam kita beramal. Sesungguhnya semakin lama kita duduk dalam suasana tarbawiyah imaniyah, kita akan semakin kuat dari segi mental dan matang dalam melihat hala tuju dakwah yang mulia ini. Sesungguhnya dakwah ini memerlukan kita sentiasa bersabar dan meningkatkan kesabaran. Tanpa sifat ini yang menjadi ciri unggul para nabi Ulul Azmi, maka seseorang pendakwah itu tidak akan mampu bertahan lama di atas jalan yang panjang ini. Banyakkan membaca dan menelaah kisah-kisah para Anbiya dan perjuangan sahabat serta tabiin. Mereka merupakan contoh terbaik untuk kita jadikan teladan selama mana kita meneruskan langkah dalam kafilah dakwah mubarakah ini. Imbangilah kelajuan kalian dengan kadar minyak yang ada dalam tangki kereta lumba anda.

والله علم
والسلام عليكم