Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mashru' Baitul Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama saya tidak menulis di sini, dan bukannya saya tiada masa lapang sekurang-kurangnya 30 minit seminggu untuk menulis, cuma saya tidak meletakkan prioriti penggunaan masa saya buat masa kini untuk menulis... (dah jadi student balik la katakan huhu).. yang penting jangan pernah rasa jemu dan penat dalam menulis manusia kan?


Walaubagaimanapun kini kehidupan saya telah banyak berubah atau dengan bahasa yang lebih tepat, beralih fasa. Ingin saya kongsikan satu kisah yang diceritakan dalam sebuah sesi sharing bersama seorang syeikh al murobbi yang sangat hebat dan para syuyukh di seluruh pelosok Johor, kisah yang sangat menyayat hati, menginsafkan saya terutamanya yang konon mengaku daie full timer ilallah. Kisah yang benar-benar mentajdidkan balik iman dan amal saya, penggantungan dan pengharapan hakiki hanya dengan Allah s.w.t. semata-mata, dan tidak mensyirikkannya dengan usaha kita sendiri yang kita lakukan. Moga menjadi muhasabah buat kita semua terutama ikhwah akhawat sekalian.




Allah Telah Melihat Kami

Ada satu pasangan ikhwah akhawat yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Pelbagai usaha telah mereka lakukan termasuk menjalani pelbagai rawatan tetapi mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata oleh Allah. Akhirnya si isteri itu tadi pun berbicara dengan si suaminya "Ya zauji, aku tahu benar yang kamu sangat inginkan zuriat tetapi telah pelbagai usaha yang kita lakukan namun masih belum membuahkan hasil. Aku benar-benar merasa bersalah. Oleh itu, kau carilah seorang ukhti lain dan kahwinilah dia sebagai isteri keduamu, mudah-mudahan kamu akan dikurniakan cahaya mata oleh Allah s.w.t. insyaAllah."


Si suaminya pula merenung mata isterinya dengan pandangan yang sangat redup dan tenang, sambil membalas " Ya zaujati, tahukah kamu dalam hati aku ini hanya ada diri kamu sahaja. Sukar untuk aku sendiri mengahwini orang lain hanya semata-mata kerana inginkan zuriat kerana aku sangat mencintai kamu. Aku yakin akan pertolongan Allah yang akan tiba nanti, tidakkah kau yakin dengan pertolongan Allah? Kita bersama sejak hari pernikahan atas ikatan aqidah dan dakwah ini, dan aku sangat-sangat yakin akan pertolongan Allah jika kita benar-benar ikhlas berjuang di jalanNya dengan sebenar-benar jihad. Aku akan tetap menunggu bersamamu."


Maka si isteri itu tadi pun berkata," Kita ada harta dan ada rumah, tapi tidak mempunyai cahaya mata. Maka apa kita kerahkan seluruh jiwa raga dan harta benda kita untuk menggerakkan dakwah ini. Saya akan bantu abang dengan segala kudrat yang saya ada insyaAllah." Tersenyum si suami itu lalu mereka menjadikan rumah mereka markas untuk segala aktiviti program tarbawi termasuk daurah, katibah dan sebagainya.



Maka ditakdirkan pada satu katibah ikhwah yang dijalankan di rumah pasangan akh dan ukht tadi.....

Petang itu seperti biasa, sebaik pulang dari kerja serta dalam keadaan berpuasa sunat, ahli katibah akan terus bertamu di rumah yang dijanjikan. tuan rumah pula sibuklah memasak makanan untuk para ahli katibah berbuka puasa. ketika tuan rumah suami isteri seibuk memasak dan setelah cukup semua ahlinya, mereka pun bersila membentuk halaqah dan memulakan bacaan ma'thurat bagi mengisi waktu sebelum berbuka. sebelum ma'thurat mula dibaca, amir katibah memberi sedikit tazkirah tentang ukhuwah fillah, lalu menyeru seluruh ahli katibah agar memberikan doa yang paling tulus buat si tuan rumah suami isteri agar dikurniai zuriat bagi menyambung generasi du'at.

dalam keadaan berpuasa, dan tanpa diketahui sang sabahat al akh yang dicintai itu, setiap mereka memulakan ma'thurat setulus hati dan menyambung ma'thurat dengan doa masing-masing... seusai berdoa, makanan pun siap dimasak dan waktu berbuka sampai. maka berdoalah lagi mereka sebelum berbuka dan makanlah mereka dengan ceria pada malam itu. setelah itu program katibah diteruskan seperti biasa, dan malam itu bereka semua bertahajjud membangunkan malam dengan zikir-zikir dan doa yang tulus... keesokan pagi kembalilah semua ke tempat masing-masing bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.

setelah sebulan berlalu, kemudian mereka kembali bertamu di rumah al akh untuk menghidupkan malam katibah bagi bulan berikutnya. petang itu mereka disambut dengan pelukan dan laungan-laungan gembira sesama mereka, kerana al akh yang mereka doakan secara rahsia bulan lalu telah mendapat berita bahawa isterinya yang tidak dapat mengandung selama bertahun2 berkahwin telah hamil beberapa minggu!!!! maka semua ahli katibah mengucap tahnia dan semuanya menangis bercucuran air mata!

kata salah seorang dari mereka; 'kami tidak menangis melainkan kerana dua sebab. pertama, kami tumpang gembira kerana al akh yang kami cintai ini tidak akan memiliki rumah yang sunyi lagi kerana akan memiliki anak penyeri hidup tidak lama lagi. Kedua, yang menyebabkan hati kami sangat tersentuh dan menangis berucucuran air mata kegembiraan, ialah bahawa Allah telah memandang kami dan katibah kami!!!"

Allahu akbar. "Allah telah memandang kami dan katibah kami." Allahu akbar. Hebatnya ukhuwwah dan keikhlasan amal dan doa ikhwah-akhawat tersebut.
Jujur saya nyatakan di sini, orang yang mungkin berhati kurang berperasaan seperti saya ini pun tak dapat menahan air mata daripada mengalir keluar apabila syeikh al murobbi itu menyampaikan kisah ini kepada kami. Kita kadang-kadang sibuk berusaha membina satu pasukan jundullah tetapi apabila tidak menjadi, kita mudah mengeluh dan menyalahkan orang lain. Lupakah kita untuk meminta bersungguh-sungguh dengan Allah? Sedangkan hakikatnya Allah jualah sebaik-baik penentu segala-galanya kerana Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Lupakah kita titip doa robithoh yang selalu kita baca- ni'mal maula wa ni'mannashir.....

Jom sama-sama basahkan amal dakwah dan tarbawi kita dengan limpahan iman dan keikhlasan kepada Allah yang sejati....

Ukhuwwah Teras Kegemilangan

والله أعلم
والسلام عليكم

Wednesday, October 20, 2010

Jadilah seperti air (part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم


Tanpa ku sedari, masa berlalu begitu pantas
Adik-adik ku sudah mula meningkat dewasa
Semakin matang dan berubah ke arah positif
Suatu dahulu kala masih ku ingat
Susahnya nak mengajak adik-adik ke program


Komitmen yang berbelah bahagi
Seribu satu alasan yang selalu dikemukakan
Kini adik-adikku sudah mula ber'gerak'
Tidak sanggup lagi menjadi air yang bertakung
Yang akhirnya akan menjadi busuk dan kotor


Adik-adikku mula bergerak laju, berkorban masa dan tenaga
Mentajmi', membina hubungan fardi
Bermuayasyah pada setiap kesempatan yang ada
Bersama dengan mad'u masing-masing
Alhamdulillah thumma alhamdulillah ya robb


Rehlah KITA juga menjadi saksi
Aku sekadar memerhatikan dari jauh
Adik-adikku menguruskan segala-galanya
Menguruskan aktiviti-aktiviti di dalam air terjun
Memberi tazkirah dan mencari 'ibroh di sebalik rehlah
Alhamdulillah thumma alhamdulillah


Jika kita lihat air terjun di Bekok tempoh hari, kita akan perhatikan bahawa ramainya orang yang tertarik untuk mandi di kawasan air terjun deras dengan buih-buih yang banyak akibat pergerakan air yang melalui kawasan berbeza ketinggian. Tapi dengan mudah jika kita perhatikan, buih-buih itu hilang mengikut arus air dalam masa yang singkat.


Mengapa kita tertarik pada kawasan berbuih tu ye walaupun buih tu hanya wujud sebentar sahaja?


Ibarat tarikan dunia ini, semuanya umpama buih-buih semata-mata. Kenikmatan yang sangatlah sedikit dan sebentar sahaja. Mata'un qoliilun. Itulah gambaran yang Allah berikan dalam al Quran tentang nikmat di dunia ini. Tapi itulah yang sentiasa menjadi tumpuan manusia, sudah memang menjadi fitrah dan lumrah dunia, sodaqollahul 'adzhim.



Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


Maka ingatlah wahai adik-adikku, perjalanan KITA masih jauh. Banyak cabaran yang bakal menanti. Jangan tertipu dek buih-buih yang banyak macam di air terjun itu. Semua nikmat itu akan hilang, maka seharusnya kita memfokuskan pada nikmat yang kekal abadi.

Harus diingat juga, dakwah ini milik Allah. Allah yang akan memelihara saff-saff pejuangnya. Sebagaimana proses menciptakan perkakas dan barang perhiasan melalui pembakaran besi, buih-buih yang banyak sekali dihasilkan akan hilang juga kerana buih-buih itu akan mencacatkan kualiti penciptaan bahan tersebut. Semoga kita tidak menjadi sekadar buih yang tidak bermanfaat dalam saff dakwah Robbani ini, malah berusaha menjadi proaktif dan bergerak aktif untuk menyebarkan fikrah, bermanfaat kepada seluruh umat insyaAllah. Ikhlaskan hati, teruskan amal, kuatkan mujahadah, tingkatkan tajarrud, banyakkan tadhiyah, peliharalah ukhuwwah dan yakinlah dengan rakan seperjuangan KITA, insyaAllah. Jumpa di mukhayyam KITA nanti insyaAllah.





Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa
Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia
Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa
Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia
Tajuk Nasyid : Ruhul Jadid
Artis : Ar-Ruhul Jadid


والله اعلم
والسلام عليكم

Friday, July 16, 2010

Ini Sejarah Saya (ISS)

بسم الله الرحمن الرحيم


"Bang, apa beza kumpulan/gerakan itu dan kumpulan/gerakan ini?"


"Kenapa ada macam2 gerakan yang matlamat akhirnya sama sahaja sebenarnya?"


Macam2 lagi soalan sewaktu dengannya yang bertalu-talu diajukan setiap kali mutarobbiku mula serius dan komited dengan dakwah dan tarbiah.


Kebiasaannya saya hanya membisu seribu bahasa, dan biasanya saya suruh mereka explore sendiri dan beritahu saya pendapat mereka sebelum saya keluarkan pendapat saya yang tak semestinya betul pun.


Tapi terus terang saya katakan, saya tak sanggup untuk melihat bunga-bunga yang baru mekar tumbuh ni dilanda gelora badai yang ganas sedangkan akar masih belum cukup kuat mencengkam tanah, batang pokok pun masih kadang-kadang meliang-liuk ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa.




Cukuplah sejarah pahit saya sendiri dalam merungkai persoalan kompleks ni, soalan cepu emas kata orang. Sejarah pahit saya yang hampir-hampir memakan diri saya sendiri dan memusnahkan segala-galanya. Banyak air mata yang menitis pada masa tu, dan saya benar-benar tak mahu anda semua menangis dan gusar sebagaimana yang pernah saya lalui dahulu. Pahit, sangat pahit.


Kalau diikutkan marhalah-marhalah yang telahpun digariskan oleh Ustaz Mustafa Mashyur dalam buku Dakwah Fardiyah, persoalan yang ramai orang sibuk sekarang ni sebenarnya berada di marhalah/tahapan terakhir iaitu yang ketujuh. Dah cemerlang/settle ke marhalah/tahapan yang sebelum ni yakni yang keenam, kelima etc. yang kita terlalu sibuk nak naik marhalah ketujuh? Bahaya jika gopoh tidak mengikut marotibul amal yang telah digariskan, sebagaimana Imam As Syahid Hassan Al Banna menekankan pentingnya amal KITA mengikut marotibul amal dan beliau mempersilakan mereka yang gopoh untuk mencari jalan lain.


Saya sangat sukakan satu tulisan Ustaz Hasrizal yang bertajuk "Jernihkan Fikrahmu Sebelum Berdakwah". Nasihat yang sangat bagus untuk kita semua yang masih muda dan mentah dalam jalan yang penuh tribulasi dan panjang ini. Carilah sendiri artikel tu di blog beliau kalau berminat. Boleh juga baca artikel bertajuk "Sembang-sembang tentang Jemaah Islam" tulisan Ustaz Fauzi di blog beliau. InsyaAllah niat yang sahih dan hati yang bersih akan menjernihkan segala kekeruhan ini.


Alhamdulillah kini, yang 'baru-baru' semuanya bersikap terbuka dan ramai juga yang ikut saranan saya, pergi join dan try kalau betul-betul nak tahu sangat tentang kelompok lain. Ibarat kata pujangga (eh ye ke pujangga ni ek, allahu a'lam) kalau seseorang itu kamu lepaskan dan selepas itu dia kembali padamu, maka itu memang jodoh la kiranya (lebih kurang la kot begitu ayatnya walaupun mungkin konteksnya tak kena pada masalah yang saya nak cerita di sini).

Allah telah menggariskan di dalam firmannya di bawah (Surah Ali Imran ayat 64) di mana Allah mengajar kita untuk melihat kepada persamaan dan ketepikan perbezaan yang wujud di kalangan ahli kitab dalam menyeru kepada Allah. Inikan pula kita sesama sendiri wahai umat Islam, wahai para du'ah ilallah. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (3:64)



KITA semua generasi baru! Jangan kita ulangi sejarah silam yang menghantui generasi terdahulu sebelum KITA dalam jalan ini. Tak bolehkah kita berlapang dada dan menikmati akan manisnya perjuangan dan ukhuwwah itu? Masa depan ISLAM terletak di tangan KITA! Kalau KITA masih nak emo-emo macam sesetengah daripada generasi terdahulu, maka dah tentu KITA gagal belajar dari SEJARAH KITA. Itulah makna sejarah, yang elok menjadi teladan dan ikutan, yang tak elok dan silap kita jadikan sempadan dan peringatan.


Wa kuunu 'ibadallahi ikhwana (petikan hadith-35 An Nawawi) Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara


Bagi sesiapa yang masih nak menutup hati/minda/pintu dalam hal ni dan masih tak mampu berlapang dada, terpulanglah. Yang penting saya dah lama buka pintu luas-luas nak bagi terang lagi ceria ^_^. Benarlah nasihat seorang ustaz kepada saya suatu ketika dahulu di Auckland:


"Imran, persoalan yang anta tanyakan ni merupakan satu kisah yang sangat kompleks dan panjang dan tak mungkin difahami oleh orang luar melainkan mereka yang terlibat secara langsung sahaja. Situasi di luar negara adalah jauh lebih ideal berbanding realiti di medan sebenar kita di Malaysia. Anta akan faham bila anta terjun dalam realiti nanti insyaAllah."


Benarlah kata-kata beliau itu kini. Cukuplah setakat itu. Ayuh teruskan kerja KITA. Action speaks louder than words. Saya dapat melihat sinar mentari baru, maka KITA generasi baru jangan ulangi kesilapan yang berlaku di kalangan golongan terdahulu sebelum KITA, hingga rosak ukhuwwah, fitnah dijaja dan tersebar, yang rapat menjadi seteru, wana'u zhu billah. Ayuh lapangkan dada, sentiasa bersangka baik dan teruskan dengan amal yang muntij kerana Islam meraikan perbezaan. Kan bosan kalau dunia ni ada satu color je kan contohnya merah, nak jugak color kuning, biru, hijau etc. barulah lengkap dan saling melengkapi... barulah CERIA! ^_^ 


"Sabar, jangan lupa senyum dan baca Bismillah"


Rindu sangat kalian.... pada masa yang sama setahun yang lalu nun jauh di sana... kukirimkan doa semoga sentiasa sejahtera dalam inayahNya. Kerana manisnya ukhuwwah.





p/s: Promo kepada mereka di Australia khususnya Adelaide, datanglah ke program ni kalau berkelapangan. InsyaAllah ada manfaatnya.






والله علم وستغفرالله
والسلام عليكم

Monday, July 5, 2010

'Celik'kan hati KITA

بسم الله الرحمن الرحيم


In control system analysis and design it is important to consider the complete system response and to design controllers such that a satisfactory response is obtained for all time instants, where i stands for the initial time. It is known that the system response, y(t) has two components: transient response,ytr(t) and steady state response, yss(t), that is y(t)=ytr(t) + yss(t).

Begitulah nota muqodimah Control Systems semasa saya masih belajar di Auckland suatu ketika dahulu (subjek yang saya tak pernah tak dapat A dulu sampai final year, alhamdulillah). Kini entah mengapa nota subjek Control Systems ini bermain di dalam kepala ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat tentang mengapa sukarnya bagi dirinya untuk berubah menjadi baik, kadang-kadang asyik ter'jatuh' dan ter'tewas' dengan pujukan dunia, nafsu dan macam-macam lagi. Soalan dia lebih kurang bertanya tentang cara bagaimana untuk berubah menjadi lebih baik dan meninggalkan jahiliyah diri yang lama di belakang, dalam proses menjadi al-akh as-sodiq.

You just have to, open our eyes, our hearts, our minds (Lirik lagu Open Your Eyes: Maher Zain)

Berapa lama sudah kita belajar, belajar dan belajar dengan akal sahaja tanpa menyertai pancaindera lain terutamanya hati kita? Banyaknya pengajaran/ibroh dari kejadian dan fenomena alam ini sendiri yang Allah sediakan untuk kita tadabbur, fahami dan ambil pelajaran untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita.





(7:179) Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

Dalam Control Systems sendiri telah ditunjukkan, bahawa setiap respons sistem akan ada dua fasa iaitu fasa transien yang sangat tidak stabil sebelum sampai ke steady-state iaitu fasa yang stabil dan konsisten. Bukankah ini 'hint' yang Allah sembunyikan bagi mereka yang mencari-cari jalan dan formula untuk melakukan anjakan sikap, perubahan dari jahiliyah ke arah kebaikan?


 Sebab itu dalam proses berubah, ada cara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan fasa 'bergelora' atau tidak stabil tersebut. Damping mampu mengurangkan amplitud dan frequensi fasa 'gelora' atau transien tadi dan bergantung kepada jumlah damping yang dikenakan. Kalau under-damped, perubahan yang signifikan pada pasa transien masih tidak prominen dan critically-damped adalah solusi terbaik dan paling efektif, boleh juga dikatakan solusi yang ideal. Awas jika anda over-damped, nanti boleh jadi resonance- yakni boleh terus rosak sistem tersebut.


Apakah damping yang dimaksudkan ini jika kita hendak kaitkan teori free and forced vibration ini dalam kehidupan seharian kita? Mungkin sahabat, mungkin biah atau suasana, tapi yang pentingnya faktor damping dalam proses kita untuk berubah minazzhulumaati ilannuur (dari kegelapan jahiliyah kepada kebaikan) merupakan elemen-elemen tarbiah. Tapi jangan overdo pula, kerana permulaan yang silap, tidak mengikut marotib amal, tidak mengikut marohil dan mahawirnya akan berpotensi menghasilkan resonance yang biasanya akan mengakibatkan kerosakan sistem.

Oleh itu jangan risau jika kita asyik je tergelincir, tersalah dan tersilap, atau ter'jatuh' dalam proses kita ingin berubah. Jangan putus asa kerana anda masih di fasa transient response dan belum sampai ke steady state response lagi. Kuatkan lagi damping/ tarbiyah kerana itu juga bermakna anda mungkin mengalami fenomena under-damped. Teori yang mudah tapi aplikasi yang sangat kompleks. Kebiasaannya kita hanya belajar one degree of freedom system tapi dalam realiti terutama apabila kita cuba kaitkan dengan diri KITA, sudah pasti ianya adalah satu analisis yang kompleks kerana sistem ini adalah multiple degree of freedom.  

Semoga menjadi pemangkin buat kita semua yang masih mencari steady state kita dalam proses tarbiyah yang sedang kita lalui. Sabar dan yakinilah zon steady state itu akan sampai, tapi memerlukan  damping iaitu elemen-elemen tarbiah, memakan masa, dan jangan lupa berdoa kerana kita kadang-kadang sering terlupa berdoa apabila terlalu semangat untuk melakukan sesuatu (seolah-olah usaha kita ini adalah penentu segala-galanya dan terlupa diri kita ni milik siapa sebenarnya).

Saya minta maaf banyak-banyak kerana istilah yang digunakan banyak dalam bahasa Inggeris kerana saya tak tahu dan tak pernah belajar pula istilah-istilah vibration and control ni dalam bahasa Melayu.








والله علم
والسلام عليكم

Wednesday, May 19, 2010

Aku, Kita dan Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

"Akhi, ana layak ke bergelar seorang akh?"


Perkongsian seorang 'kakak' kepadaku yang begitu mengesani kalbuku... Wakunu 'ibadallahi ikhwana

Tugas semua Rasul Allah di seluruh zaman adalah mengalihkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Khaliq (pencipta), dan seruan mereka yang pertama kepada kaum mereka adalah; "Sembahlah Allah dan jauhilah berhala". (An-Nahl : 36). "Sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia". (Perkataan ini disebutkan oleh Al-Quran melalui lisan Nabi Nuh, Shaleh dan Syuaib dalam surah Al-A'raf, ayat: 59, 65, 73 dan 85).



Indahnya, seandainya semua orang menyedari hakikat sebenar dakwah kita. Kejujuran dakwah kita yang hanya menyeru kepada Allah, bukan selain dariNya. Bukan kepada persatuan kita. Bukan kepada pemimpin kita. Bukan kepada kita. Bukan kepada nama-nama atau negara-negara kita. Bukan kepada aset-aset dakwah dan tarbiyyah dan modul yang kita ada. Bukan kepada sistem teknikal jemaah yang kita anuti. Bukan kepada jemaah terbesar dan terawal di negara kita. Bukan juga menyeru dengan penuh kebanggaan kepada Jemaah terbesar di dunia. Tetapi hanya kepada Allah.

Krisis yang menimpa ummah kini, bukan sekadar niat mereka tidak jitu dan tepat kepada Allah, namun mereka saling tidak menghargai mukmin-mukmin lain. Dalam tidak sedar mereka, menentang dengan keras, malah mengkafirkan para duat lain yang ikhlas di jalan Allah. Lagi-lagi dalam kelompok duat Melayu yang sinonim dengan perasaan tidak senang melihat orang lain berjaya. Lantas, kerja yang berat ini bertambah bebannya, kerana orang-orang islam (baca : kononnya berjuang) yang dengki.



Tidak kurang pula, di setiap celah dakwah yang disampaikan ini, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang samada sedang keliru, ataupun tidak ikhlas kerana Allah. Mereka mencari-cari erti diri mereka, menisbatkan keimanan mereka kepada Siapakah jemaah yang dituruti bersama ini. Dalam setiap perjumpaan mereka, mereka berbangga-bangga dengan kelompok mereka. Mereka membina ketaksuban dalam diri, hinggakan di suatu ketika dalam hidup, kebanggaan itu akhirnya dibeli dengan tarbiyyah terjual. Tarbiyyah yang sangat fundamental dalam mengenal erti ketuhanan, malangnya diabaikan demi keberadaan bersama jemaah yang ditaksubi secara total itu.


Apabila berada di ceruk dunia, tanpa sebarang ahli jemaah mereka untuk mentarbiyyah mereka, mereka lebih sanggup tidak ditarbiyyah daripada bersama dengan ummat islam lain yang mampu memenuhi keperluan mereka.



Mereka lupa, jemaah islam itulah jemaah mereka. Ya, usrah mereka atau katibah mereka adalah syura mereka dan itulah permulaan amal jama'ie mereka, namun perlu disedari, ummah inilah jemaah mereka yang sebenarnya, walau siapa yang berada di dalamnya.


Mereka lupa, jemaah itu tidak lebih daripada sekumpulan orang yang mengharap redha Allah. Allah itu matlamat mereka, ketetapan Allah itu undang-undang mereka. Dan jemaah yang wujud itu, bukan ekslusif seperti yang disangka-sangka. Ia bukanlah semata-mata sebuah persatuan rahsia yang siapa yang bisa menjadi ahlinya itu, mempunyai mustawar, tahapan iman tinggi memuncak. Dan selain daripada mereka adalah golongan-golongan bodoh dan slow. Bukan, bukan begitu.


Malah, silap jika mereka masih mencari-cari organisasi rahsia itu, menunggu masa diuji dan mengikat janji umpama Free-Mason dan persatuan mereka; ada ritual rahsia, ikatan ukhuwwah yang sulit dan perjanjian darah yang menyesatkan. Kerana jemaah ummah inilah jemaah mereka. Dengan akidah mereka disatukan, kepada Allah mereka berserah, dan kepada undang-undang Allah mereka mengikat.

Dalam jemaah umpama jemaah solat fardhu sehari-hari, setiap orang yang berada dalam solat itulah anggota jemaah. Setiap mereka yang menuruti perintah amir untuk berada dalam pergerakan solat yang berhubung dengan Allah secara terus itulah jemaah. Makanya, semua orang yang bertelingkuh dalam majlis-majlis kita, mengikut peraturan kita, beramal seperti kita, dan matlamatnya itu Allah, memperbaiki diri untukNya, dan merekrut para kader untuk bersama seperti kita itulah ahli jemaah kita. Jemaah kita. Islam.
Undang-undangnya jelas:
Taat kepada Allah, Taat kepada Rasul, Taat kepada Qiyadah.
Taat kepada perintah Allah, di atas bimbingan Ar-Rasul, di bawah pantauan Qiyadah.



Al-Quran, As-Sunnah, Harakah.

Setiap ahli dalam jemaah ini, umpama batu bata. Setiap satu darinya itulah yang membentuk kepaduan jemaah. Tiada batu bata, maka tiada lah jemaah. Setiap satu daripada batu bata itu, perlu memainkan peranan yang sama, untuk mendirikan amal jama'ei yang penuh barakah dengan bimbingan islam.
Di sini, kata-kata seperti; akh yang baik adalah seorang murobbi terbebankan. Seorang peserta jemaah ini, perlulah terdiri daripada individu-individu yang sentiasa mengejar darjat 100% islam. Yang dalam dirinya tiada lain selain ingin berusaha 100% untuk menjadi 100% islam. Menjadi islami dari segala aspek hidup, hinggalah berdakwah dan mentarbiyyah, kerana kesemua peserta jemaah ini adalah pemimpin, setidak-tidaknya pemimpin dirinya dan keluarganya. Dan tanggungjawab seorang pemimpin yang paling asas adalah mentarbiyyah, agar segala amalan pimpinannya itu robbani, tidak lari dari tuntutan Allah.
Qiyadah dalam jemaah ini adalah imam yang wajib ditaati. Bukan kerana taasub, tapi agar solat dan ibadat ini tetap sah. Solat kita tetap untuk Allah. Seandainya sang imam terkentut, maka, bersiap siagalah ahli jemaah lain pula untuk menggantikan tempatnya, dengan peranan yang sama tanpa menjadikan mereka bertambah bongkak jiwa. Hanya kerana kita perlukan imam yang mengetuai pada setiap masa kita, agar jemaah ini terpandu tanpa khilaf.
Bukan untuk membina ketaksuban.

Akhi, ukhti,
Menjadi ahli jemaah dakwah ini, adalah dengan amal bukan dengan borang. Menjadi makmum dalam jemaah dakwah ini, bukan sekadar untuk membangga-bangga, tetapi menguji suatu ketaatan kepada Maha Pencipta.
Tegakkanlah tamadun islam dalam jiwamu, kemudian lihatlah kerajaan jiwa ini bangun seorang demi seorang... Ia akan menakluk dunia, bermula dengan jiwa kecilmu.


Betapa inginnya kami agar negeri ini mengetahui bahwa

mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri.


Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur

sebagai penebus bagi kehormatan mereka,

jika memang tebusan itu yang diperlukan.



Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan,

kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka
jika memang itu harga yang harus dibayar.


Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini
selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,
menguasai perasaan kami,
memeras habis air mata kami, dan
mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.


Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana

yang mencabik-cabik negeri ini,

sementara kita hanya menyerah pada

kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan.


Kami ingin agar negeri ini mengetahui bahwa

kami membawa misi yang bersih dan suci,

bersih dari kepentingan peribadi, bersih dari kepentingan dunia,

dan bersih dari hawa nafsu.





Kami tidak mengharapkan sesuatu pun dari manusia,

tidak mengharap harta benda atau imbalan lainnya,

tidak juga kemasyhuran, apalagi sekedar ucapan terima kasih.


Yang kami harap adalah

terbentuknya negeri yang lebih baik dan bermartabat

serta kebaikan dari Allah – Pencipta Alam semesta

PERJUANGAN KITA ADALAH PERJUANGAN AMAL, BUKAN KATA-KATA SEMATA-MATA
والله علم
والسلام عليكم

Monday, October 26, 2009

Mutiara Hikmah Kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam saya termimpikan ibu bapa saya... rasa rindu terus menggamit kalbu. Islam meletakkan kedudukan ibu bapa begitu tinggi seperti dalam salah satu petikan kalamullah “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’17:23)


Hakikat yang pahit namun ianya benar digambarkan dalam video di atas. Kata-kata pujangga (ye ke pujangga?) mengatakan seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak tapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Apa kuncinya?

Sabar

Kunci ini adalah titik punca seperti yang digambarkan dalam video tersebut, bagaimana seorang ayah boleh menjawab pertanyaan anaknya berpuluh-puluh kali dengan penuh hikmah, mahabbah dan sabar. Malangnya si anak cepat pula hilang sabar dan terus meng'hukum' dengan menengking ayahnya.

Kunci sabar ini juga adalah perkara utama yang ditekankan dalam kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. di hampir penghujung surah Al-Kahfi. Sebelum berpisah dan menerangkan kepada nabi Musa a.s. - سا نبئك بتأويل ما لم تستطع عليه صبرا (Aku akan menjelaskan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu sabar terhadapnya) (Surah Al Kahfi 18: 78). Pengajaran utama selain sabar dalam kisah ini adalah Allah ingin menunjukkan kepada Nabi Musa a.s. yang sebelum itu menyangka bahawa dialah orang yang paling berilmu di muka bumi tetapi Allah mentarbiyah Nabi Musa a.s. menerusi pertemuannya dengan Nabi Khidir a.s. (Boleh rujuk tafsir Al Quran untuk kisah lebih terperinci kerana tak muat kot nak tulis semua kat sini..)

Sabar juga merupakan kunci kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. yang tidak tergopoh-gapah untuk terus keluar Mekah. 13 tahun sulbah dibina di Mekah dan setelah benar-benar kuat, bersedia dan berkemampuan, barulah Rasulullah menghantar wakil ke Madinah dan seterusnya usaha itu membawa kepada persaudaraan Muhajirin dan Ansar. Itu nilai ukhuwwah sebenar yang dibina atas dasar iman dengan sabar. Itu antara rahsia kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

Batasan sabar

Ramai orang selalu berkata: "Ko jangan, aku ni dah nak hilang sabar ni..." atau "Sabar aku ni ada limit tau tak, bila dah hilang limit tu siap la kau". Dalam perkara ma'ruf ada batasankah dalam bersabar? Lihatlah qudwah yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda tetap bersabar dikecam dan dicemuh di Mekah sehingga datang ketentuan dari Allah. Kalau ikutkan hati manusia biasa, baik pergi tempat lain kalau dah kena boikot kat tempat sendiri kan? Hatta Nabi Yunus a.s. sendiri ditarbiyah di dalam perut ikan nun kerana kurangnya sabar dalam mendidik manusia. Sabar itu tiada batasannya.


Lihat surah Al-Asr itu sendiri. Allah s.w.t. bersumpah dua kali - Wal Asr (satu persumpahan dengan masa yang manusia ibaratkan seperti emas dan seumpamanya), innal (sesungguhnya- satu qaedah tawqit/penguat dan penegasan) bahawa semua manusia sesungguhnya dalam kerugian kecuali mereka yang ada keEMPAT-EMPAT ciri yang diutarakan dalam surah ini.

  1. Amanu (Iman)
  2. 'Amilussolihat (Amal soleh)
  3. Al-Haq (kebenaran)
  4. As-Sobr (kesabaran)
Rupa-rupanya still kita akan RUGI seperti digambarkan dalam surah ini jika tiadanya kunci penentu kepada ketiga-tiga ciri sebelumnya iaitu SABAR. Kita akan still rugi kerana iman, amal soleh dan kebenaran tidak cukup tanpa disertakan dengan keSABARan.

Pohon restu

Dah lama saya tak contact ibu bapa saya, hampir seminggu. Terus terang saya akui, tahun ni adalah tahun yang paling kurang saya menelefon ibu bapa saya berbanding tiga tahun sebelumnya semenjak saya berada di bumi Kiwi ini. Saya sendiri kadang-kadang terlupa di sebalik kesibukan di sepanjang semester. Peperiksaan akhir kini bakal menjelang. Ampunilah segala dosa, silap dan salahku ya Allah dan bantulah hambaMu ini dalam menghadapi peperiksaan akhir dalam tak kurang beberapa hari sahaja lagi. Satu perkara yang ingin saya lakukan sekarang juga adalah untuk meminta maaf kepada semua orang yang mengenali saya andai ada salah silap selama ini. Saya hanyalah insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan juga. Perantauan di bumi Kiwi ini tidak sangka penuh dengan rahsia tarbiyah dan perancangan Allah yang mendewasakan dan mematangkan pemikiran saya. Alhamdulillah.

Dalam musim peperiksaan ini, ingatlah bahawa kesabaran juga merupakan kunci penting yang perlu ada untuk berjaya. Doakan saya semoga dipermudahkanNya. Mama, abah, doakan anakmu ini dalam menghadapi peperiksaan terakhirnya di bumi Kiwi ini.

~Teringat time sebelum exam UPSR, PMR dan SPM dulu, majlis mohon restu kat sekolah... minta restu iba bapa dan juga guru-guru... mmg sedih dan nangis woo...~

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


Selamat berjuang di medan peperiksaan. Bittawfiq wannajah fi kulli imtihan.

والله علم
والسلام عليكم

Wednesday, October 14, 2009

Mutiara Murabbi

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup manusia mana yang tidak berkaitan langsung dengan tanggungjawab?

Saya tidak nampak, manusia yang hidup tanpa tanggungjawab, melainkan manusia yang telah ditarik kewarasan akalnya untuk berfikir. Hal ini kerana, andai seorang manusia itu tidak memegang apa-apa jawatan pun, dia tetap mempunyai tanggungjawab sebagai hamba ALLAH.

Jawatan, bila saya sebut perkataan ini, baru saya perasan yang manusia sentiasa mengaitkan tanggungjawab dengan jawatan. Bila dia tiada jawatan, maka dia merasakan bahawa dia tiada tanggungjawab, dan terlepas dari segala persoalan.

Benarkah?

Kalau saya, saya akan menyatakan itu adalah satu fahaman yang silap.


“ Kita semua kena 'jadi' ketua”

Itu adalah satu kata-kata pendek, yang dilafazkan oleh seorang murabbi yang melawat bumi Kiwi ini selama hampir sebulan.

Kata-kata ini dilafazkan apabila kami bersembang perihal tanggungjawab menjaga dakwah Islamiyah.



Maksud kata-katanya adalah, walaupun kami bukan ketua, tetapi kita perlu ada rasa tanggungjawab seperti seorang ketua dalam menjaga urusan dakwah. Bukannya hendak mengambil alih tugas ketua, tetapi, sensitiviti dan kepekaan, kasih sayang, ambil berat kita, semuanya sama sebagaimana rasminya seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap organisasinya.

Saya nampak, konsep rasa bertanggungjawab ini, amat penting.

Bukanlah jawatan kita yang menentukan tanggungjawab. Hakikatnya, semua kita berkongsi tanggungjawab yang sama. Cuma, diwujudkan jawatan adalah untuk pembahagian tugas. Namun, syu’ur kita tetap sama.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu akan dipersoalkan atas apa yang dipimpin” Al-hadith.

Pelajar sekolah, perlu mencintai sekolah, menjaga sekolahnya sebagaimana pengetua mencintai dan menjaga sesebuah sekolah. Kita perlu rasa sensitif dengan kebersihan, perilaku pelajar, dan suasana persekolahan. Bukan untuk mengambil alih tugas, tetapi untuk melakukan apa yang boleh kita lakukan. Contoh paling mudah, menjaga diri sendiri dari membuang sampah, beradab kurang ajar, dan melatih diri untuk berdisiplin. Sebab kita sensitif, peka dengan tanggungjawab menjaga sekolah ini.

Analogi yang mudah: Walaupun ada tukang sapu di sekolah, tetapi tanggungjawab menjaga kebersihan masih tetap tanggungjawab semua warga sekolah. Samalah juga dengan tanggungjawab kita terhadap Allah dan Islam.

Begitulah juga dengan negara. Walaupun kita mungkin hanya seorang rakyat yang tidak dikenali, tetapi kita perlu mempunyai rasa bertanggungjawab atas watan kita, seakan-akan kitalah seorang perdana menteri. Kita patut peka dan sensitif dengan keadaan negara dan rakyatnya, serta perjalanannya. Kita tidak akan membiarkan satu pun anasir buruk, menguasai negara dan rakyat. Bukanlah kita mengambil tugas perdana menteri, tetapi kita menggunakan sensitiviti dan kepekaan ini kepada diri kita dengan menjadikan diri kita seorang rakyat yang kritis, proaktif, dan sentiasa membantu untuk membangunkan sebuah negara yang baik dan diredhai ALLAH.

Lebih lah lagi, sebagai seorang Mu’min. Kita perlu rasa bertanggungjawab terhadap ISLAM, perjalanannya, dan perkembangannya. Perlu ada rasa untuk menyampaikannya dan bergerak menyebarkannya. Tidak dengan kata-kata, dengan tulisan. Tidak dengan tulisan, dengan akhlak. Kita mesti merasakan bahawa, kita lah ketua kepada ISLAM ini, dan suka agar semua orang merasai keindahannya, dan rasa duka dengan sebarang usaha untuk merosakkannya. Walaupun mungkin kita bukan ulama’, mahupun bukan pelajar agama, tetapi rasa tanggungjawab ini perlu kita bangunkan dalam jiwa. Bukan untuk menghukum orang lain, tetapi untuk bermula dari diri kita.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesungguhnya setiap kamu adalah penjuru dari penjuru-penjuru ISLAM, musuh akan menyerang dari penjuru kamu, maka pertahankanlah penjuru kamu itu” –Al Hadith.

Buah dari kata-kata murabbi ini jugalah yang membuatkan saya rasa lebih bertanggungjawab terhadap ISLAM yang ALLAH anugerahkan kepada saya.

Perlu rasa diri kita adalah yang dipertanggungjawabkan. Bukan untuk meletakkan tekanan atas pihak lain, tetapi untuk bermula dari diri kita.

Seorang pelajar, tetap tidak akan mampu menjadi ketua semasa dia menjadi pelajar. Jadi, dia perlu menjaga sekolah dengan segala kemampuannya sebagai seorang pelajar, bersama rasa tanggungjawab seperti seorang ketua.

Seorang rakyat biasa, tetap tidak akan mampu menjadi perdana menteri semasa dia menjadi rakyat biasa. Jadi, dia perlu menjaga negara, dengan segala kemampuannya sebagai seorang rakyat biasa, bersama rasa tanggungjawab seperti seorang perdana menteri.

Lebih lah lagi untuk ISLAM. Mustahil untuk kita menjadi Rasul, tetapi, kita mestilah mencintai, rasa hendak menyebarkan deen ini, mempertahankannya, sebagaimana Rasulullah SAW telah tunjukkan kepada kita dalam kehidupan baginda.

Bangkitkanlah, hidupkanlah rasa tanggungjawab dalam jiwa kita.

Setiap masa, setiap tempat, tidak kira, siapa kita, dan apa jawatan yang kita pegang.

Kerana kita semua adalah pemimpin sebenarnya.

ALLAH SWT berfirman, “ Dan ingatlah ketika RABB kamu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya AKU ingin menjadikan di atas muka bumi ini khalifah…” [ Al-Baqarah 2: 30]

Siapakah yang tercipta selepas itu?

Bukankah makhluk bernama Adam, yang diciptakan dari tanah? Bapa pertama kepada kita?

Ujar sang murabbi lagi: Ciri-ciri pemuda Islam yang digariskan Imam Hassan Al Banna ada 4:
  1. Mufakkir (berfikir)
  2. 'Amil (Bekerja)
  3. Jariy (berani)
  4. Muntij (produktif)
Sejauh mana penerapan keempat-empat ciri ini dalam diri kita semua? Ayuh marilah menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Saya sudahi tulisan kali ini dengan sebuah puisi dengan harapan dapat menyedarkan kita semua dalam menjalankan tanggungjawab membangunkan semula bangsa kita.

Tidak berniat menghina atau mengata, cuma sekadar menyatakan kebenaran demi mencetuskan bibit kesedaran dan rasa tanggungjawab.



Dimana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenova dari Korea dan Peru
Sambil makan junk food, kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan kayu

Boleh tak jumpa mereka dikedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa, ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu dulu
Ayat lazim dimulut adalah malas selalu
Nak harap Kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis habis gaduh nak jatuhkan sapa dulu
Dengki mendengki, dendam mendendam sesama Melayu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Al Quran dan Sunnahku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu.

والله علم
والسلام عليكم

Sunday, October 11, 2009

Puas hati?

بسم الله الرحمن الرحيم

“ Cukup-cukuplah amal aku ni. Banyak dah rasanya. Buat apa nak semangat-semangat sangat”

Itu adalah antara kalam yang kelihatan macam ‘tawadhu merendahkan diri’, yang sering melintas di dalam hati kita apabila hendak melakukan kebaikan.

Benarkah kita perlu merasa cukup dengan amal kita? Adakah kita patut merasa cukup dengan kebaikan yang telah kita lakukan? Adakah itu satu sikap yang benar?

Saya tidak pernah terfikir akan perkara ini, kecuali apabila seorang manusia telah berkongsi kepada saya tentang perkara ini.


Puas hati dengan amal&pencapaian kita?

“ Kita ini, tidak boleh rasa cukup dengan amal yang kita telah buat sahaja. Kita mesti pertingkatkan lagi taraf kita di sisi ALLAH SWT. Janganlah berpuas hati sekadar ini sahaja”


Kita sebagai hamba, memang tidak sepatutnya bersifat cukuplah dengan apa yang ada terhadap amal kita. Kita memang digalakkan merasa cukup dengan apa yang ada terhadap harta kita, tetapi bila masuk ke bab amal kebaikan, kita tidak sepatutnya demikian.

Adakah kita berpuas hati hanya dengan melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sepanjang hayat kita, tanpa penambahan solat sunat rawatib, atau cuba mendapatkan khusyu’ dan sebagainya? Adakah, kita berpuas hati dengan membaca Al-Quran sehari sehelai, sepanjang kehidupan kita? Adakah kita berpuas hati dengan berpuasa di bulan ramadhan semata-mata? Adakah kita berpuas hati, kita sahaja yang mengamalkan ISLAM tanpa kita ajak orang lain mengikuti kita?

Saya sebenarnya, agak pelik dengan orang yang merasakan dia sudah cukup dengan amalnya. Sebab, amal kita yang sedikit sebenarnya langsung tidak setanding dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH SWT. Sebab itu, kita ini tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana amal kita. Kta ini dimasukkan syurga disebabkan rahmat ALLAH SWT kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah.” (Riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528)

Maka, kita beramal adalah untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang ALLAH itu.

Apakah kita fikir, ALLAH hendak memberikan kita sesuatu yang besar tanpa kita berusaha keras? Kita merasa cukup dengan apa amal yang kita ada, tanpa ada usaha hendak mempertingkatkannya, kemudian kita hendak bersenang-senang di dalam syurga yang penuh kenikmatan?

Jika kita hendak mendapat perhatian bos kita di pejabat, atau guru kita di sekolah, kita boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, kenapa tidak untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang ALLAH?

Tambahan, kita jangan lupa bahawa kita ini mempunyai seteru yang telah bersumpah untuk menjatuhkan kita dan mengheret kita bersamanya ke Neraka. Itulah dia syaitan yang telah diberikan lesen oleh ALLAH SWT untuk menyesatkan kita yang alpa. Jika kita sekadar merasa cukup dengan amal yang kita ada, pastinya tidak lama kemudian, syaitan akan berjaya menumbangkan kita.

Syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan manusia dan menyelewengkan jutaan orang yang kuat ibadah, apalah susahnya dia hendak menumpaskan manusia yang langsung tidak pernah terfikir hendak meningkatkan amalnya?

Amal kebaikan, secara tidak langsung sebenarnya mengecas keimanan kita. Iman yang hidup adalah iman yang disertai amal, bukan bermain di teori pemikiran semata. Justeru, iman akan dapat kita perkuatkan, perkasakan dengan amal. Tanpa amal, iman akan menjadi kering, lalu mandul dan senang dipatahkan.

Tidak mempertingkatkan amal kita, samalah seperti tidak mempertingkatkan pertahanan kota. Kota yang saban waktu diasak musuh, andai mereka tidak berusaha mempertingkatkan kualiti kubu mereka, maka pastinya kubu mereka akan berjaya ditumbangkan. Kita, saban waktu juga diasak dengan serangan syaitan yang bertali arus. Andai kita tidak mempertingkatkan amal kita, pastinya diri kita akan roboh.

Nah, siapa yang masih lagi merasa cukup dengan amal yang mereka ada?

Tidakkah anda merasakan keperluan untuk mempertingkatkannya? Rugilah mereka yang merasakan diri mereka itu sudah cukup bagus, dan lebih teruk lagi disebabkan itu mereka selalu mengkritik orang lain tanpa menyedari kekurangan diri sendiri. Alangkah malangnya juga bagi mereka yang sibuk dengan perkara 'trivial' yang tak perlu pun kita 'kumpul' seolah-olah benda tu nak dibawa sampai ke mati. Duit? Harta? Perkara keduniaan yang berlebihan? Tepuk dada tanyalah iman.

والله علم
والسلام عليكم

Friday, August 21, 2009

Make A Difference 2

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah dalam entry yang lalu, kita dapat lihat bagaimana kita mungkin bukannya penyumbang secara langsung dalam menyelamatkan seseorang itu daripada membunuh diri, tapi kita mungkin berada dalam rantaian yang sangat panjang dan secara tidak langsung menyumbang kepada arus perubahan tersebut.

Oleh itu jangan sekali-kali kita bangga diri atas pencapaian kita. Ingatlah sifat takabur itulah yang membawa kepada laknat Allah terhadap syaitan sehingga ke hari Kiamat. Ya! Sifat takabur! Sifat-sifat seumpamanya seperti riak, bangga diri dan egoistik begitu mudah menghinggapi hati sehingga menjadi barah yang sukar untuk diubati.

Ramadhan merupakan peluang terbaik untuk kita muhasabah kembali hati kita.

Ada orang bermasalah dengan amalnya. Bukan masalah tidak tahu beramal. Tetapi, dia bermasalah kerana dia riya’, takabbur, ujub dengan amalnya.

Rajin ke masjid lima waktu sehari, maka di dalam hatinya terdetik: “Bagus aku ni, dapat pergi masjid 5 waktu sehari. Istiqomah plak tu. Tak macam orang lain”

Hafal Al-Quran 30 juzu’, hatinya mencuit: “Apa la orang lain, aku boleh hafal 30 juzu’, kenapa la diorang ni malas sangat? Mungkin otak diorang ni lembab agaknya”

Kepimpinan hebat, bercakap di hadapan fasih, semua orang terpegun, hatinya berkata: “Ha, baru korang tahu aku ni siapa. Sekali aku cakap, semua ternganga”

Rajin qiamullail: “Eh, hebat aku ni. Mesti pahala banyak”

Begitulah dalam perbuatan-perbuatan kita yang lain.

Ya, hanya detikan di hati. Tiadalah pula kita mendabik dada mendongak kepala, menjerit-jerit kata: “Aku bagus, aku terhebat, aku terbaik!”. Semuanya di dalam hati.


Ketika itu, hati telah tercedera sebenarnya. Sedar atau tidak, amal kita tidak diterima. Kerna, tiada kerendahan dalam hati kita. Syaitan, hakikatnya telah berjaya memperdayakan kita semua.

Syaitan, jika tidak berjaya mengajak kita berbuat kemungkaran dan maksiat, maka dia akan menyuruh kita berbuat kebaikan.

Oleh itu rendahkanlah hatimu Imran. Rendahkanlah hatimu dengan serendah-rendahnya.

Ada orang yang memilih penyelesaian mudah. Kalau buat baik pun takabur, maka takyah buat apa-apa lah, lagi bagus. Maka sekali lagi syaitan telah berjaya. Kerana jika seseorang itu tidak membuat apa-apa, maka akan datang juga kecenderungan masa lapang itu untuk diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan lama kelamaan menjurus kepada perkara maksiat juga. Ye la, bila tak teruskan beramal, tak tingkatkan amal, maka diri jadi lemah. Oleh itu mudahlah syaitan untuk menjerumuskan kita dalam kancah kemaksiatan.

Habis tu camne? Nak buat baik, nanti takabur. Tak pun nanti cakap tak serupa bikin. Tak buat apa-apa pun tak boleh juga kerana dah memang tanggungjawab setiap umat Islam untuk menyeru. Nahnu du'aatun qobla kulli syai'in. Sama ada kita menjadi daie untuk Islam atau daie untuk agen-agen lain dan toghut.

Maka rawatilah hati ini. Apabila amal kita disertai dengan riya' atau takabur, maka riya' dan takabur itu yang kita kena tinggalkan, bukannya amal itu. Rendahkan hati dan ikhlaskan hatimu Imran.

Kita beramal selama ni nak meramaikan orang yang hadir sekadar untuk gah sahaja ke? Sehingga tiada titik tolak ansur untuk menghadapi perbezaan yang wujud.

Ketika Fathul Makkah. Rasulullah SAW masuk ke Makkah, bersama 10,000 orang tentera baginda, lengkap bersenjata semuanya, majoriti tentera muslimin ketika menunggang kuda dan unta, semuanya berbaju besi dari kepala hingga ke kaki dan hanya menampakkan mata sahaja. Lengkap, hebat, gagah, dan tidak tertentang.

Namun, Rasulullah SAW tidak masuk dengan mendabik dada, ataupun tersenyum memandang kiri kanan. Diriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW masuk ke Makkah ketika saat gemilang itu, dengan menundukkan kepalanya, menangis dan memuji-muji Allah. Dinyatakan bahawa, Rasulullah menundukkan kepala, hingga kepalanya itu hammpir menyentuh tubuh untanya.

Kenapa?

Kerana ketika itu, Rasulullah SAW hendak menutup segala kemungkinan untuk riyak, takjub, ghurur, takabbur dan pelbagai lagi tembakan-tembakan halus syaitan. Segala strategi Syaitan, dihadapi baginda dengan tenang, dipatahkan penuh bijak dengan kerendahan hati.

Ingat, rendah hati tidak sama dengan rendah diri. Kadang-kadang rendah diri juga terselit unsur-unsur riya' tetapi rendah hati adalah berpaksikan keikhlasan yang hakiki.

Ingin saya petik juga mutiara nasihat dari Ustaz Dahlan (mudir MATRI di Perlis).

"Kita ini, membawa manusia pulang kepada Allah. Bukan kepada organisasi. Organisasi adalah wasilah(jalan). Jangan kita jadilah wasilah kita sebagai ghayah(matlamat). Dalam membawa agama Allah ini, tidak boleh kita selitkan walau sedikit pun rasa kepentingan diri. Semuanya kita lakukan kerana-Nya, untuk mendapat redha-Nya”

Rawatilah hati kita dan bukannya tinggalkan amal tersebut. Kenal pasti punca masalah dan bermujahadahlah serta bersabarlah dalam merawat masalah ummah sambil membaiki diri sendiri. Jangan jadi seperti sohibil hut (sahabat ikan) seperti dalam ayat di bawah kerana kurangnya sabar dalam berdakwah dan lari dari masalah.



[Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (Al Qalam 68:48)]

Ayuh kita sama-sama cuba merawat hati ini sementara ketiadaan syaitan selama sebulan nanti insyaAllah. Ramadhan Mubarak! Manfaatkan bulan tarbiyyah ini sebaik-baiknya.

~My blog will be on long hiatus period as it may seem at the moment~
~Sedang merawat hati sambil merawat penyakit ummah insyaAllah~



والله علم
والسلام عليكم

Tuesday, August 18, 2009

Make A Difference 1

بسم الله الرحمن الرحيم


I would like to share a series of pictures that shows what matters most is your effort and whatever you have done does make a difference. I will elaborate more in my next entry insyaAllah.





























Hopefully these pictures do gave the same impact to you guys as they did to me ^_^

والله علم
والسلام عليكم