بسم الله الرحمن الرحيم
Sedar tidak sedar, sudah hampir 51 tahun negara kita, Malaysia mencapai kemerdekaan. Saya bukanlah nak menceritakan tentang bagaimana kemerdekaan ini dicapai pada suatu ketika dahulu, insyaAllah ramai orang dah tahu kisah tu. Apa yang ingin saya kongsi pendapat saya adalah tentang sambutan kemerdekaan oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana jua kita berada.
Saya ambil contoh umum di Malaysia. Sambutan ambang kemerdekaan - perarakan, konsert, nyanyian lagu patriotik, sketsa, pentomen, dan macam-macam lagi. Nampakkah kita satu 'common theme' yang ada pada semua jenis sambutan kemerdekaan yang telah biasa kita lihat selama ini? Hiburan! Ya, hiburan. Ingin saya tanya balik diri kita sendiri, adakah kemerdekaan ini kisah hiburan?
Saya tidak mengatakan yang hiburan ini salah (melainkan hiburan yang melampau-lampau). Silapnya adalah mengapa sambutan kemerdekaan ini LAZIMNYA bersifat 100% HIBURAN?? Kisah kemerdekaan adalah satu kisah perjuangan, bukannya kisah hiburan. Memang patutlah Tun Dr Mahathir Mohd mengatakan yang Melayu mudah lupa. Mana tidaknya? Asyik disajikan dan disogokkan dengan hiburan semata-mata. Mana kita nak ingat?
Memang benar, kita yang tak berperanan besar pun sekarang ini tak dapat mengubah situasi kita sekarang di peringkat nasional. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah mengubah keadaan diri kita dan sekitar kita dahulu. Kalau nak naik tangga, takkan terus nak naik sampai tangga teratas kan? Kenalah naik anak tangga satu persatu.
Suka juga saya menyeru jawatankuasa pelajar di sini (UMSA, UMNO dan PETUNIA) agar memikirkan semula tentang struktur dan format sambutan kemerdekaan di sini (Auckland). Apa salahnya kalau kita adakan forum, tayangan video tentang perjuangan sebelum kemerdekaan, cabaran selepas kemerdekaan atau apa-apa sahaja wadah yang boleh menyedarkan kita kembali tentang sejarah masa lalu dan nilai-nilai kemerdekaan yang hakiki, bukannya sambutan yang melalaikan kita semata-mata.
Menurut pengalaman saya sendiri menyertai sambutan ambang kemerdekaan dua tahun lalu, dari mula sampai ke habis - nyanyi, joget, berpuisi, berdikir bla bla... Tak ke terlalu 'cliche' dan 'lame' tu? Tak nampak sangat pun apa kaitan sebenar semua tu dengan kemerdekaan. Apa salahnya kalau diadakan beberapa program 'ilmiah sempena sambutan kemerdekaan yang boleh diselitkan dengan beberapa program hiburan. Adakah apabila kita telah merdeka bermakna kita boleh sentiasa bersuka-ria dan 'berleka-lagha' semata-mata?
Tidak sama sekali.
Sejarah dulu telah menunjukkan bagaimana tumpasnya Kerajaan Bani 'Abasiyah I, satu empayar yang besar dan gagah. Sebabya? Leka, lalai, selesa dengan apa yang dinikmati, dan hanyut dalam HIBURAN KEDUNIAAN. Itu dari segi satu aspek. Soalan kedua yang turut saya ingin utarakan adalah adakah kita ini telah merdeka sebenarnya? Pemikiran kita sebenarnya masih dijajah budaya dan cara pemikiran Barat, yang sememangnya bermotifkan melemahkan umat Islam itu sendiri. Hiburan berleluasa itu sudah tentu bukan budaya Islam sebaliknya budaya Barat yang bertujuan untuk mengalpakan umat Islam. Tapi itulah salah satu aspek yang kita masih dijajah dan belum lagi merdeka.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahannam. (4:140)
Adakah itu cara menyambut kemerdekaan yang diajar oleh Islam? Mengapa mesti kita mengikuti budaya dan tradisi semata-mata tanpa berpandukan dalil naqli? Adakah kita yang kononnya mengaku Islam, tahu apa yang betul dan apa yang salah, tapi berpura-pura tidak tahu dan meletakkan pengecualian dalam sesetengah perkara untuk membolehkannya? Mahukah kita dikumpulkan bersama-sama dengan orang munafiq dan kafir dalam neraka nanti?
Mungkin ramai yang mengatakan ini (tarian, entah amende lagi persembahan tradisional) adalah budaya Melayu warisan turun-temurun. Memang betul tiada salahnya jika dijalankan mengikut syar'ie Islam dan batas-batas agama. Tapi semua pun tahukan apa realiti majlis-majlis sambutan sebegini kebiasaannya. Harap pihak penganjur dapat menjaga batas-batas agama tersebut insyaAllah. Ingatlah firman Allah lagi:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "Tidak, tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami." "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?" (2:170)
Bukan semua perkara yang pelik itu salah dan bukan semua perkara yang biasa dibuat itu betul. Begitulah juga adat resam dan budaya. Hanya deenul haq (cara hidup yang betul yakni Islam) sahajalah yang dapat membezakan antara yang salah dengan yang betul. Saya diberitahu juga bahawa tiket sambutan malam kemerdekaan itu telah habis dijual. Tahniah kepada penganjur kerana sambutan yang begitu menggalakkan. Semoga majlis itu bermanfaat hendaknya dengan kelolaan pihak penganjur yang terdiri daripada badan-badan pelajar yang bijak semuanya.
Ingin saya ingatkan diri saya dan semua pembaca sekali lagi, kisah kemerdekaan itu kisah perjuangan, bukan kisah hiburan semata-mata. Dan sedarlah perjuangan itu MASIH BELUM SELESAI.
والله علم
والسلام عليكم
4 comments:
itu dia.. sudah punya blog sendiri juga sekarang..
yup, saya setuju dengan setiap isi yang anda utarakan. pemuda malaysia seharusnya merasakan kesusahan perjuangan mereka yang terdahulu untuk memperoleh kemerdekaan daripada terus disogok dengan hiburan. kita yang lemah, menjadi semakin lemah. bukankah baik seandainya sempena peristiwa ini kita berganding bahu mewujud kesedaran di kalangan kita tentang kemerdekaan? mungkin xperlu tunggu UMSA, Umno atau petunia untuk bertindak kot..kita sendiri harus mulakan langkah...
wallahua'lam
Eh, dah dua minggu lebih buka blog nih... huhu
Betul2, setiap usaha kena bermula dengan diri sendiri. Tp at the same time, since dah ada orang lain yang akan anjurkan,rasanya elok juga kalau menasihati dan memberi cadangan..
Lagipun hari kemerdekaan tu dekat sangat dengan bulan Ramadhan tahun ini, adalah lebih baik kalau kita fokus lebih pada penghayatan bulan Ramadhan itu terlebih dahulu... ataupun beri kesedaran tentang konsep kemerdekaan yang jauh lebih luas dan syumul
Wallahu 'alam
Salam,
Saya menyambut baik teguran serta pandangan saudara. Untuk event2 seterusnya kita semua perlu duduk semeja dan bersama2 merencakannya.
Terima kasih
Wassalam
Wa'alaikum salam warahmatullah Ridhwan,
Alhamdulillah kalau saudara sedar :D
Lain kali bolehlah emel ke belia.cergas@gmail.com jika ada upcoming event. Bleh join venture dalam aktiviti yang akan datang dan insyaAllah boleh kita rancang dengan sebaik-baiknya.
Wallahu 'alam
Post a Comment