Kami tidak mempunyai pengetahuan dalam agama yang tinggi. Kami rasa agak cemburu dengan kawan-kawan kami yang studi agama dan dapat menggunakan ilmu mereka untuk menyumbang kepada ISLAM. Bagaimana pula kami? Apakah yang kami boleh lakukan dengan ilmu kami?
Adakah tuan boleh bantu menjawab persoalan saya ini?
Itulah bentuk soalan contoh,(soalan contoh je) soalan contoh yang sentiasa bermain-main dalam diri seorang manusia yang mempunyai syu’ur islamiyah yang tinggi. Walaupun dia tidak mendalami ilmu agama, tetapi dia berusaha mencari jalan untuk menyumbang kepadanya. Cuma, dia tidak tahu bagaimana. Hal ini kerana, dia kemungkinan melihat, ilmu akademik, ilmu sukan, ilmu sains, ilmu falak, ilmu kejuruteraan, ilmu kimia, dan pelbagai ilmu yang sekumpulan dengannya, tidak mempunyai titik pertemuan dengan ISLAM.
Benarkah, dalam usaha membangunkan ISLAM ini, hanya orang yang mengambil pengajian dalam jurusan agama sahaja boleh menyumbang, memberikan bantuan?
Hem. Tidak juga. Tapi, kalau soalan itu ditukar kepada:
“ Adakah dalam usaha membangunkan ISLAM ini, hanya orang yang mempunyai kefahaman ISLAM yang sebenar sahaja yang boleh menyumbang memberikan bantuan?”
Jawapan saya adalah ya. Hanya manusia yang mempunyai kefahaman ISLAM yang sebenar sahaja yang boleh menyumbang. Mereka yang tidak mempunyai kefahaman ISLAM yang sebenar, kalau dia mahu menyumbang pun, dia tidak akan boleh menyumbang.
Jangan salah faham penulisan saya. Bukan bermakna ilmu sains, ilmu akademik, ilmu sukan itu semua tidak bermakna. Mari ikuti apa yang saya mahu kata.
Hakikatnya, ISLAM ini adalah satu cara hidup. Manusia itu didatangkan ke muka bumi ini sebagai khalifah, dengan tujuan untuk berubudiyyah kepada ALLAH.
“ Tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah kepadaKu” [Az-Zariyat 51:56]
Dan kita perlu faham bahawa, ibadah itu bukan terikat hanya kepada solat, zikir, Al-Quran, masjid, hari raya, kematian dan perkahwinan sahaja.
Tetapi seluruh kehidupan kita itu adalah ibadah sebenarnya.
Sheikh Yusuf Al-Qardhawi ada berkata,
“ Barangsiapa yang memagarkan ISLAM hanya di masjid sahaja, maka sesungguhnya dia telah menyempitkan ISLAM itu sendiri”
ISLAM ini hakikatnya sempurna dan sifatnya menyeluruh(syumul). Jadi, kita sebenarnya memerlukan ahli akademik yang memahami ISLAM dalam keadaan sebenar, untuk dia bawa akademik itu di atas jalan ISLAM. Kita perlukan ahli sukan yang faham ISLAM dalam keadaannya yang sebenar, untuk dia membawa sukan itu di atas jalan ISLAM. Malah, kita memerlukan artis yang betul-betul faham ISLAM dalam keadaan sebenar juga. Supaya dia dapat membawa hiburan itu, berlandaskan apa yang ALLAH redha dan benarkan.
Dalam pembelajaran sains, kita hakikatnya tidak mahu segala teori-teori sains itu, dimasukkan ke dalam kepala manusia, tanpa hubungan dengan ALLAH SWT. Kita tidak mahu memisahkan sains dari ISLAM. Hakikatnya, sains itu adalah satu ilmu yang menyingkap sedikit kebesaran ALLAH SWT!
Bayangkan kita belajar pelbagai sistem dalam tumbuhan, haiwan, tubuh manusia, alam. Siapakah agaknya yang boleh menggerakkan semua sistem itu dalam keadaan serentak tanpa ada cacat cela? Ahli akademik yang baik, akan mengambil celahan ini untuk mengaitkannya dengan kewujudan ALLAH serta kebesaranNya.
Jadi, kita perlukan ahli akademik yang faham akan hal ini dan mampu mengaitkan segala ilmu di dalam sains itu dengan kebesaran dan keagungan ALLAH SWT. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar yang mempelajari sains akan mengenali ALLAH SWT. Hakikatnya, ini adalah satu sumbangan.
Dalam sukan, kita boleh berusaha memasukkan sukan ke dalam suasana yang ALLAH mahu. Sebagai contoh, kita galakkan pemakaian menutup aurat, menghormati waktu solat, menjaga akhlak dan sentiasa cuba mencari ruang di dalam sukan ini untuk mengaitkannya dengan ISLAM. Bila kita hendakkan stamina kita kekal, kita akan ingatkan betapa perlunya kita mejaga stamina iman kita juga. Dalam usaha kita untuk mempertingkatkan kekuatan dalam sukan, kita boleh kaitkan betapa pentingnya pergantungan dengan ALLAH.
Dalam hal hiburan pula. Kita sebenarnya amat perlukan qudwah di dalam medan ini. Supaya hiburan ini dapat disalurkan mengikut saluran syara’. Jika kita seorang artis, kita boleh menyumbang dengan menunjukkan syakhsiah ISLAM tanpa segan silu. Tidak bersentuh tangan dengan yang bukan mahram, berakhlak baik, berfesyen kemas, berkata yang hikmah, kemudian sentiasa menunjukkan penjagaan kepada prinsip yang telah ISLAM tetapkan. Secara tidak langsung, hal ini hakikatnya merupakan satu sumbangan. Masyarakat yang mengikuti, secara tidak langsung akan nampak ISLAM dalam diri artis itu. Saya bagi contoh mudah, Raihan. Saya masih ingat lagi ketika mereka awal muncul dengan stylo mereka. Dan hari ini, kita boleh lihat bagaimana mereka berjaya membawa impak yang baik kepada masyarakat.
Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Jika kita perasan, ALLAH SWT ada mengarahkan untuk kita mengambil ISLAM secara keseluruhannya.
“ Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah 2:208]
Maksudnya, dalam apa pun perbuatan kita di dalam kehidupan kita ini, kita perlu mengambil ISLAM sebagai perlembagaan.
Tetapi kuncinya, adalah kefahaman ISLAM. Manusia yang tidak mempunyai kefahaman ISLAM, maka dia tidak akan nampak bagaimana, dan kenapa perlu melakukan semua ini. Sebab itulah saya nyatakan bahawa, syarat utama untuk menyumbang adalah kefahaman kepada ISLAM itu sendiri.
Di sini, kefahaman ISLAM bukanlah bermaksud anda perlu memperdalami agama sehingga tahap para ulama’.
Cukuplah anda ini merupakan seorang yang faham fungsi ISLAM dalam kehidupan masyarakat, dan meyakini bahawa kehidupan kita ini adalah untuk taat kepada ALLAH, kemudian sentiasa berusaha mendidik diri agar mempunyai syakhsiah dan akhlak yang dituntut oleh ISLAM, seterusnya faham bahawa hal-hal fiqh, keputusan hukum hakam, perlulah diserahkan kepada yang ahlinya.
Anda adalah duta sebenarnya. Duta kepada ISLAM. Memperkenalkan manusia kembali kepada ALLAH dengan menunjukkan syakhsiah ISLAM dalam setiap lapangan hidup anda. Semua kita adalah penjuru dari penjuru-penjuru ISLAM. Maka kita perlu membawa syakhsiah dan pemikiran yang menjurus kepada apa yang ALLAH redha.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap kamu merupakan penjuru dari penjuru-penjuru ISLAM…” Al-Hadith.
Tapi bila manusia mula bertanya kepada anda hukum itu, hukum ini di dalam ISLAM, jika anda tidak mempunyai ilmu berkenaan dengannya, maka janganlah anda mereka-reka mengikuti logik akal anda. Serahkannya kepada yang pakar. Jika anda perasan, ahli agama pun, akan bertanya kepada kontraktor berkenaan pembinaan rumah. Begitulah anda perlu bertanya kepada yang pakar dalam bidang agama untuk hal-hal seperti ibadah, hukum-hakam yang anda tidak ketahui.
ALLAH SWT berfirman,
“ ....Tanyalah kepada mereka yang berilmu jika kamu tidak mengetahui” [Al-Anbiya’ 21:7]
Jadi, kesimpulannya, tidak kisah jika anda ini berada dalam bidang apa sekalipun, anda tetap boleh menyumbang untuk ISLAM, menyeru manusia kembali kepada ALLAH dan menjadikan ALLAH sebagai ILAH yang esa. Cuma, anda memerlukan kefahaman ISLAM untuk menyumbang. Supaya anda memang benar-benar membawa manusia balik kepada ALLAH, bukan melencong ke arah lain.
Macam mana hendak mendapatkan kefahaman dalam ISLAM?
Jawapan saya hanya satu. Perlu melalui proses. Nama proses itu adalah tarbiyah islamiyah kamilah syamilah – pendidikan ISLAM secara sempurna dan menyeluruh -.
Anda kenal kah Amru Khalid? Seorang pendakwah Mesir sekarang yang amat popular?
Dia itu sebenarnya adalah seorang engineer. Dia bukan pelajar agama. Tetapi lihatlah bagaimana dia membelah masyarakat, memberikan buah fikirannya yang cantik, membawa manusia kembali merasakan bahawa kehidupan kita adalah satu ubudiyyah kepada ALLAH. Dia, Amru Khalid itu, tidak akan mampu berbuat sedemikian, jika dia tidak mempunyai kefahaman akan betapa pentingnya ISLAM ini perlu dikembalikan sebagai cara hidup untuk insan, dia tidak akan mampu berbuat demikian jika dia tidak faham kenapa ALLAH menurunkan ISLAM dalam kehidupan manusia. Pokoknya, Amru Khalid itu tidak akan mampu memberikan apa-apa sumbangan, jika dia tidak mempunyai kefahaman ISLAM yang sebenar.
Bagaimana?
Anda ingin menyumbang?
Apa kata kita perbaiki diri kita, sambil itu kita ajak orang lain bersama!
Kita sauk kefahaman ISLAM, dan kita kongsikannya bersama semua orang, dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Sertailah program-program dan aktiviti-aktiviti di sekitar yang banyak menambah ilmu kefahaman terhadap Islam, seperti seminar, halaqah dan sebagainya.
Seoang doktor, doktor yang membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM yang sebenar.
Seorang engineer, engineer yang membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM yang sebenar.
Seorang saintis, sainstis yang membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM yang sebenar .
Seorang artis, artis yang membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM yang sebenar.
Seorang ahli sukan, ahli sukan yang membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM yang sebenar.
Hatta jika dia mengaji agama pun, kalau dia tidak membawa syakhsiah dan kefahaman ISLAM, maka sesungguhnya dia tidak akan mampu menyumbang apa-apa, melainkan kerosakan. Kita dapat lihat ramai hari ini, pelajar-pelajar pengajian agama, atau mereka yang menggelar diri mereka pakar dalam bidang agama, tetapi tidak membawa syakhsiah ISLAM dan sering mengeluarkan hukum mengikut pendapat mereka sendiri tanpa berpandukan apa yang ALLAH redha.
Maka, yang tidak mengambil jurusan agama, jangan rasa rendah diri untuk membawa ISLAM kepada masyarakat dan memberikan sumbangan.
Bergeraklah dengan rasa izzah.
ALLAH bersama-sama anda jika anda membawa deenNya.
ALLAH SWT berfirman,
“ Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu, dan menguatkan pendirian kamu” [Muhammad 47:7]

Bagi mengakhiri entry kali ini, ingin saya kongsi sebuah artikel menarik yang diambil dari MSMNorthWest.
Remember the Duck
There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.
As he was walking back he saw Grandma’s pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!
Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ‘Fatima, let’s wash the dishes.’ But Fatima said, ‘Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.’ Then she whispered to him, ‘Remember the duck?’ So Ahmed did the dishes.
Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, ‘I’m sorry but I need Fatima to help make supper.’
Fatima just smiled and said, ‘Well, that’s all right because Ahmed told me he wanted to help.’ She whispered again, ‘Remember the duck?’ So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.
After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima ’s, he finally couldn’t stand it any longer.
He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, ‘Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.’
Thought for the day and every day thereafter?
Whatever is in your past, whatever you have done… and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)… whatever it is… You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.
He’s just wondering how long you will let the devil make a slave of you.
“The Great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not, only forgives you, but He loves you. It is by Allah`s grace and mercy that we are saved.”
Go ahead and make a difference in someone’s life today. Share this
with a friend and always remember: Allah is at the window!
SUBHANALLAH. ..

والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment