Ingin saya berkongsi satu tazkirah pendek yang cukup memberi kesan pada diri saya pada pagi ini. (Jazakallahu khair Ustaz Shuhaib atas teguran terbuka ini)
Semua orang ingin menang. Siapa yang ingin kalah bukan? Oleh itu semua perlu bergerak dengan kadar yang pantas dan sepatutnya untuk menang. Tapi kadang-kadang kelajuan pergerakan kita itu boleh mengundang fitnah dan kadang-kadang mengundang bala jika tidak berkadar dan seimbang.
Pernahkah anda menonton sukan lumba kereta Formula One yang terkenal? Kalau kita perhatikan setiap kereta lumba yang mengambil bahagian akan berhenti pada setiap pusingan di tempat yang dinamakan pitstop. Kenapa perlu berhenti? Bukankah ini akan melambatkan seterusnya mengakibatkan kekalahan yang mengecewakan? Tidak. Setiap kereta perlu berhenti untuk mengisi minyak, menukar tayar yang baru serta memeriksa sebarang kerosakan pada bahagian kereta. Sekalipun sebuah kereta lumba memiliki kemajuan teknologi yang terkini dan paling canggih di dunia, kereta itu perlu juga berhenti di pitstop. Itulah fitrah perlumbaan Formula One.
Saya sengaja memberi perumpamaan kereta lumba ini supaya para pembaca dapat memahami tulisan saya kali ini. Dalam perjalanan kita mengikuti tarbiyah dan dakwah, kadang kala kita bertemu dengan golongan yang ingin cepat dan sangat laju dalam melakukan amal. Kepantasan mereka bergerak dan menyiapkan satu-satu tugasan sangat menakjubkan. Selalunya bayang-bayang mereka mendahului tubuh mereka. Karekter sebegini begitu penting bagi seorang pendakwah yang melaksanakan amanah Allah swt dan menjunjung risalah nubuwwah yang mulia ini. Mereka boleh mempercepatkan penegakkan semula tamadun Islam di atas muka bumi ini.
Tetapi selalunya sesuatu yang bergerak laju akan melanggar objek lain walaupun bukan disengajakan. Bila dah laju kadang-kadang terbabas. Kalau yang sempat ‘brek’ boleh patah balik. Masalahnya yang dah terlajak jauh, sangat susah nak undur dah. Begitu juga senario dalam alam dakwah dan tarbiyah. Ada kalanya kita mahu cepat melihat kesan atau mengutip hasil tanaman yang telah kita baja. Sifat sebegini selalunya akan timbul dalam jiwa pemuda yang bergelojak serta berfikiran ideal. Tidak juga dinafikan sesetengah ‘orang lama’ turut menghidap sindrom nak cepat ini. Abu Ammar ada menulis dalam bukunya yang bertajuk: “Manhajiah at-tarbiyah ad-dakwiyah” tentang perkara ini. Katanya “Sebahagian pemuda dakwah memiliki semangat yang tinggi serta tenaga tersimpan yang melimpah ruah. Dengan sifat ini mereka lebih terkehadapan berbanding rakan-rakan yang lain. Lalu menyebabkan kesulitan kepada murabbi sehingga tidak tahu bagaimana untuk berjalan bersama mereka, atau berlari seiring tenaga mereka dan menyahut wawasan pemuda ini”.
Sindrom nak cepat ini akan melahirkan beberapa fenomena pelik di tengah-tengah suasana tarbawiyah. Antaranya ialah kecenderungan sebahagian pendakwah muda dan yang baru memulakan langkah dalam beramal islami untuk mengadu sesuatu terus kepada pimpinan dan orang lama dakwah melangkaui mas-ul atau ‘supervisor’ mereka. Pengalaman menunjukkan bahawa wujudnya kecacatan ini disebabkan sikap suka masuk campur dan menjenguk kerja orang lain dalam diri mereka. Mungkin juga mereka merasa takabbur dengan rakan seperjuangan lain. Ini semua akan mengakibatkan fitnah yang dahsyat dan tak terjangka. Selain itu, ia mungkin membawa golongan yang bersemangat ini ke arah budaya ‘najwa’ atau bahasa mudahnya cakap tepi. Segala idea dan pandangan tidak dicadangkan pada saluran yang sedia ada. Mereka lebih suka bersembang sesama mereka dan tanpa disedari melemahkan saff, menggugat kesatuan serta membinasakan binaan ukhuwah dan thiqah.
Kita pesan dan mengingatkan dengan tegas kepada semua yang memiliki simptom-simptom penyakit ini supaya segera merujuk kembali bahan-bahan tarbiyah yang telah kalian lalui tentang bahayanya sikap ini. Jadikan tarbiyah quraniyah sebagai asas dalam kita beramal. Sesungguhnya semakin lama kita duduk dalam suasana tarbawiyah imaniyah, kita akan semakin kuat dari segi mental dan matang dalam melihat hala tuju dakwah yang mulia ini. Sesungguhnya dakwah ini memerlukan kita sentiasa bersabar dan meningkatkan kesabaran. Tanpa sifat ini yang menjadi ciri unggul para nabi Ulul Azmi, maka seseorang pendakwah itu tidak akan mampu bertahan lama di atas jalan yang panjang ini. Banyakkan membaca dan menelaah kisah-kisah para Anbiya dan perjuangan sahabat serta tabiin. Mereka merupakan contoh terbaik untuk kita jadikan teladan selama mana kita meneruskan langkah dalam kafilah dakwah mubarakah ini. Imbangilah kelajuan kalian dengan kadar minyak yang ada dalam tangki kereta lumba anda.

والله علم
والسلام عليكم
5 comments:
assalammualaikum,
indeed a worthy piece of writing, such a meaningful reminder. something that we need to ponder upon.
dalam menelusuri jalan dakwah ini, tidak boleh ada perasaan atau kemahuan 'isti'jal' yang disebut oleh Imam Hassan al-Banna sebagai mahu cepat mendapatkan hasil, kerana boleh jadi hasil yang dituai itu tidak cukup masak dan akhirnya tidak memberi manfaat yang lama buat kafilah ini.
channeling adalah satu hal yang semua pihak harus diberitahu dan diberifaham akan keperluan dan kemestiannya. sehingga ia membawa kepada praktik yang aktif dan dihormat.
semoga Allah memimpin dan mempermudah urusan kita semua.
namun, ada satu hal yang perlu kita fikirkan. orang yang berjalan/berlari terlampau lambat dan menyebabkan orang lain lambat. mereka ini perlu dilajukan juga. berkadaran. apalagi kalau yang lama-lama sudah meninggalkan.
Wa'alaikumsalam
Benar tu akhi.. orang yang lambat tu memang kena exert force sket kat dia supaya tidak masih 'termangu-mangu' di takuk lama.
Arus kehidupan ini umpama arus air sungai yang deras. Kalau kita tak berenang bermati-matian, kita yang akan hanyut dibawa arus.
Salam.A really nice post!
And great analogy!
*selaku peminat F1!*
May The Almighty be with you.
assalamualaikum..
a nice entry..
cepat atau lambat in dakwah rite?
mcm mna kita ukur cepat @ lambat tu? kurang jelas..
tp if ukur dgn dgn jahiliyyah yg kje 24 hours..we nid 2 put extra efforts kn..
moga trus tsabat..
wallahu'alam
merahsaga:
Wa'alaikumsalam
harap dapat baca balik tulisan ini kerana saudara/i dah salah faham sket.
Ni bukan soal lambat cepat kerja tu, tapi dari segi adab dan chanelling. Semua nak cepat dapat sehingga me'langgar' beberapa adab.
Matlamat tidak menghalalkan cara ^_^
Post a Comment