Saturday, August 2, 2008

All Blacks....


بسم الله الرحمن الرحيم

Buat pertama kali, ingin saya menulis dalam bahasa ibunda. Pada hari ini, majoriti rakan-rakan saya di Auckland ni akan pergi menonton perlawanan All Blacks (di mana pun saya tidak tahu sebenarnya perlawanan itu berlangsung). Tiba-tiba tercetus persoalan dalam fikiran saya, " Wah ramai betul yang pergi. Sanggup pulak tu pergi jauh-jauh semata-mata untuk tengok perlawanan ragbi."

Saya tidak mengatakan yang menonton perlawanan sedemikian itu salah. Sudah menjadi lumrah setiap manusia ada minat masing-masing, dan biasanya seseorang sanggup melakukan perkara yang "luar biasa" demi minatnya itu. Cuma jauh di sudut hati saya, terasa sangat sayu mengenangkan keadaan pemuda zaman kini.

Saya akan mengambil analogi yang paling mudah dalam kes ni-solat lima waktu. Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid/surau, adalah sangat digalakkan, malah jumhur ulama' sepakat mengakatan sunat muakkad (sunat yang sangat-sangat dituntut) untuk kita (kaum lelaki sahaja) berjemaah di masjid/ surau. Jika dilihat di zaman Rasulullah s.a.w. pun, baginda dan semua umat Islam ketika itu tidak pernah solat lima waktu di rumah melainkan uzur dan keadaan - keadaan tertentu sahaja.

Apa realiti kita sekarang? "Ala solat berjemaah di masjid tu sunat je. Islam itu tidak menyusahkan, so solat kat rumah pun dah cukup." Itu pun selalunya yang solat di rumah pun, solat secara 'solo' dan bukannya berjemaah. Benar Islam itu agama yang mudah tapi bukannya boleh dipermudah-mudahkan sewenang-wenangnya. Banyak kelebihan solat berjemaah di masjid/surau yang diketahui semua orang tetapi tak ramai yang betul-betul berusaha untuk mendapat semua kelebihan-kelebihan yang dijanjikan Allah itu. Semua mengaku Islam dan beriman. Tapi kalau betul Islam dan beriman, kenapa tak amalkan apa yang kita tahu dan kita sepatutnya buat? Tak sangka pula kita begitu mudah berpuas hati dengan solat secara bersendirian atau solat di rumah sahaja sedangkan ganjaran yang dijanjikan bagi mereka yang berjemaah di masjid/surau adalah jauh berlipat kali ganda.

Solat yang paling berat buat munafiq ialah Solat Isya' dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa yang ada pada kedua solat itu, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun merangkak. (Riwayat Bukhari, Muslim).

Ganjaran bagi mereka yang solat Isya' berjemaah di masjid adalah seolah-olah seperti mereka solat separuh malam dan ganjaran bagi mereka yang solat Subuh berjemaah di masjid adalah seolah-olah seperti mereka solat seluruh malam. (Riwayat Muslim)

Agak-agak kalau kena merangkak, sanggupkah kita untuk ke stadium hanya semata-mata untuk menonton All Blacks?

Lihat situasi All Blacks balik, "Ala buat ape nak susah-susah beli tiket dan pergi jauh-jauh tengok All Blacks. Tengok kat TV sudey. Takpun baca berita pun tau juga sape yang menangkan." Tapi apa agaknya respons peminat All Blacks ini. Mereka tahu dan sedar keseronokan menonton permainan ragbi ini. "Tengok live di stadium lagi best. "Feel" dia lain. Puas hati."

Kenapa kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk dunia tapi tidak untuk akhirat? Ramai je yang inginkan kebaikan di akhirat tapi tidak pula berusaha ke arahnya. Demi dunia, sanggup kita bermati-matian bekerja/ belajar demi menjamin hidup kita yang cerah sedangkan tiada jaminan 100% pun tentang usaha kita di dunia ni. Kalaulah ditakdirkan kita mati semasa kita belajar/ bekerja, apa yang kita tinggal? Amal sahaja. Segala-gala yang kita bermati-matian mengusahakan selama ini langsung kita tinggalkan dan langsung tak membantu kita pun di akhirat yang kekal abadi kelak. 

Saya tidak mengatakan kita tidak patut berusaha untuk dunia. Apa yang sangat menyedihkan saya ialah sikap umat Islam sendiri yang wahan (lemah) seperti yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. di mana umat Islam pada masa ini akan wahan (lemah) kerana CINTAKAN DUNIA dan TAKUT MATI (JIHAD). Apa salahnya jika kita sanggup bermati-matian demi dunia, kita juga sanggup bermati-matian demi akhirat juga.

Berbalik kepada analogi yang saya bawa tadi, orang yang tahu kelebihan berjemaah di masjid/surau akan menjawab "Solat kat masjid/surau lagi best. Lain "feel" dia. Dah la dapat 27 kali ganda lebih pahala." Ini hanyalah satu contoh mudah yang dapat saya paparkan supaya kita semua (terutama diri saya sendiri) kembali sedar akan realiti keadaan kita sekarang.

Ingatlah, saya langsung tidak mengatakan yang menonton ragbi itu salah. Tapi apa yang saya kesalkan adalah prioriti kita yang sanggup berhabisan wang, masa dan tenaga untuk perkara sedemikian tapi tidak untuk perkara-perkara kebaikan lain (contoh yang mudah ialah solat berjemaah di masjid / surau tadi). Sedarlah wahai pemuda, wahai sahabat-sahabatku. Pengakhiran hidup kita ini masih tidak pasti dan sebab itulah kita kena sentiasa berusaha sekadar yang terbaik untuk meraih ganjaran di dunia dan juga di akhirat selagi masih diberi peluang bernafas.

Barangsiapa yang mengkehendaki ganjaran di dunia sahaja (maka rugilah dia), kerana di sisi Allah ada ganjaran dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (4:134)

Maka rugi besar bukanlah kepalang jika kita sanggup untuk berbelanja untuk menonton All Blacks secara berjemaah di stadium yang bukan main jauh lagi tapi langsung tidak sangggup untuk solat berjemaah di masjid/surau yang hanyalah "walking distance" atau sekurang-kurangnya berjemaah di rumah sebagai permulaan. Nak datang masjid/surau tak kena bayar pun padahal. "Free of charge". Renung-renungkan. 

p/s: Side promotion: Tahniah buat mereka yang selalu juga datang ke surau untuk solat. Teruskanlah dan beristiqamah! Harap dapat juga datang memeriahkan Majlis Bacaan Quran BECA pada setiap Jumaat malam Sabtu jika ada kelapangan insyaAllah.

والله علم
والسلام عليكم

6 comments:

rough_U_deen said...

Kat Eden Park stadium. AB menang margin 29. Post yang sudah terang lagi bersuluh. Suatu hakikat yang pahit, yang harus ditelan jua, memang perit, tetapi moga tetap berusaha. Wallahu'alam

Imran Razali said...

Ouh kat Eden Park... Xpelah kalau All Blacks menang... jangan sampai All Blacks menang tapi kita yang rugi...

zurina said...

huhu...
imran, terkene kt batang hidung sndiri...
huhu..insyaAllah, akan sntiasa berusaha~
doaknlaa...

Imran Razali said...

hehe.. biasa la tu zu.. yang tulis ni pun mainly nak membetulkan diri sendiri juga di samping cuba membantu menegur orang lain

sama-sama kita berusaha dan berdoa - sempena kempen bulan berdoa yang dilancarkan oleh BECA sisters
http://flowersofislam.com/2008/07/bulan-doa-bulan-hamba/

basikal.merah said...

memang betul ramai yang mcm tu. ana sendiri pn mcm tu jgk. mmg rugi org yang x tersedar - sedar dan tak pula cari kesedaran

Imran Razali said...

Samalah kita.... ana tulis ni pun mainly nak remind diri ana gak betapa kita begitu 'buta' dalam membuat penilaian dalam hidup apabila tidak berpandukan Quran dan Sunnah... semoga Allah memberi hidayah, kemudian taufiq kepada semua supaya tidak terpesong setelah mendapat petunjuk, Ameen