Wednesday, August 27, 2008

Demi Masa..

بسم الله الرحمن الرحيم


Yup I know I'm supposed to be on hiatus at the moment... but what I wanna share here is not my own writing anyway..


'DEMI MASA' Manusia selalu terlupa..

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Saat

Pembahagian normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70 thn
60thn - 70thn
(65thn)

Carta
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Purata manusia meninggal ± 65 thn

"Baligh: Bermulanya seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, purata:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam
(24 jam satu hari satu malam)


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam
= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur,pada hal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk berehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam
= 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan....
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu bila nak beribadah?
Padahal Allah SWT ada berfirman yang bermaksud; "Tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku".
[ adz-Zariyat, 51:56 ]

(*Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya..)

Memang benar! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar. (Ini satu andaian!)

Memang benar!Bekerja mencari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? (Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan, tetapi amat kurang sedekahnya.)

Lalu, bila nak beribadah? Oh, mungkin solat lima waktu itu dianggap sudah mencukupi?
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima ?


Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat 
= 18250 hari x I jam=18250 jam= 2 tahun


Kesimpulan:Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat 
(ini kalau yang solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? )
2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...(dan lagi..dan lagi..)

Logiknya:
Bukan suatu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian...
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.....

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu
yang bermanfaat! Ingatlah negeri kita...Akhirat..



والله علم
والسلام عليكم

2 comments:

Jo said...

terasa juga baca post ni
bagus la
buat peringatan
thx and keep writing good stuff such as this =)

Imran Razali said...

Alhamdulillah jika my effort yang tak seberapa ini dapat memberi kesan sedikit sebanyak kepada pembaca..

Most importantly I'm reminding myself at the same time :D