Saturday, December 20, 2008

Al Kisah Seribu Dinar 1

بسم الله الرحمن الرحيم


Surah At Talaq:2-3
Hampir di setiap ceruk di pejabat tempat saya bekerja, ada tertampal ayat ni. Wah! Terkejut juga saya dengan fenomena ini. Cuma yang anehnya, ayat ni hanyalah sekadar hiasan sahaja di dinding-dinding pejabat dan di papan-papan notis.

Selepas melakukan sedikit kajian (soal selidik beberapa kakitangan di sana) baru saya tahu akan fadhilat ayat tersebut (kononnya). Saya tidak ingin mempertikaikan ayat tersebut kerana itu adalah Kalamullah dan sudah tentu ia adalah perkara yang benar. Cuma yang menyedihkan adalah cara umat Islam di Malaysia terutamanya beramal dengan Kalamullah atau Al Quran ini.

Bukan sahaja ayat seribu dinar a.k.a. Surah At Talaq:2-3 ini, ayat Kursi, permulaan surah Yasin dan berbagai-bagai lagi Kalamullah yang dijadikan perhiasan di dinding di rumah, pejabat dan di mana-mana sahaja. Memang benar Al Quran itu merupakan mukjizat terhebat yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi lembaran mushaf Quran hanyalah sekadar kertas sahaja. Semua ayat-ayat Quran yang digantung itu hanyalah sekadar sekeping kadbod sahaja. Kalau dibakar, terbakar juga. Kalau dikoyak, koyak juga.

Mukjizat Quran sebenarnya adalah dari segi pemahaman, penghayatan dan aplikasi ayat-ayat Quran itu sendiri dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ayat seribu dinar di atas, mana mungkin Allah akan murahkan rezeki dengan hanya menggantungkan sahaja ayat tersebut. Mudahnya hidup.

Maksud ayat itu jelas, akan diadakan jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertaqwa. Malangnya, di pejabat itu sendiri saya perhatikan, banyak orang yang curi tulang semasa kerja. Pergaulan yang tidak terkawal, bertepuk bertampar sesama lelaki perempuan, solat dilengah-lengahkan. Taqwakah semua itu?

Walaubagaimanapun, tujuan saya kali ini adalah untuk berkongsi sebuah kisah yang berkaitan dengan ayat 2-3 Surah At Talaq tersebut. 

Cerita ini telah diadaptasi daripada sebuah kisah benar supaya tidak menyinggung pihak-pihak yang berkaitan.

Akan bersambung insyaAllah...

والله علم 
والسلام عليكم

No comments: