Wednesday, December 31, 2008

Jalinan 09 Siri Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Ok maybe ni entry terakhir untuk tahun 2008. Nothing much. Just nak promote aktiviti Jalinan 09 a.k.a. Summer Camp untuk student Australia dan New Zealand yang pulang bercuti ke Malaysia anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). InsyaAllah saya akan pergi ke sana tapi lewat sikit kot, sebab kerja pun habis lewat petang. Sesiapa yang nak pergi kesana, harap dapat hubungi saya di 0196466291 supaya kita boleh rancang transport bersama-sama.

InsyaAllah bagi mereka yang tidak tinggal di kawasan Lembah Klang (KL/Selangor), anda masih boleh join kitaorang. Naik je bas ke KL/Selangor. Kemudian korang boleh tumpang kereta kami untuk ke Labu, Negeri Sembilan. Kejap je, start petang Jumaat dan habis pada pagi Ahad. InsyaAllah berbaloi sebab ada banyak aktiviti fizikal menarik seperti Halangan Komando, Jungle Night Walk dan terdapat juga pengisian rohani dan perkongsian ilmu menerusi ceramah ringkas dan forum yang bakal menampilkan Ustaz Abdullah Zaik, Ustaz Halim, Ustaz Fauzi, Dr. Kamsani dan Dr Zainurrashid insyaAllah.

Tarikh: 16-18 Januari 2009
Tempat: Kem SMA, Kg. Gadang, Labu, Negeri Sembilan
(sesiapa yang tak pasti lokasi ni juga boleh hubungi saya jika anda ingin pergi sendiri ke sana)

Yuran hanya RM 50 sahaja. Harap semua dapat sebarkan juga kepada rakan-rakan lain. Semua dijemput hadir. Mari cergaskan diri sambil bersantai dan berukhuwwah. Tentu seronok dan bermanfaat insyaAllah. Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi saya.


  

والله علم
والسلام عليكم

No comments: