"Bang, apa beza kumpulan/gerakan itu dan kumpulan/gerakan ini?"
"Kenapa ada macam2 gerakan yang matlamat akhirnya sama sahaja sebenarnya?"
Macam2 lagi soalan sewaktu dengannya yang bertalu-talu diajukan setiap kali mutarobbiku mula serius dan komited dengan dakwah dan tarbiah.
Kebiasaannya saya hanya membisu seribu bahasa, dan biasanya saya suruh mereka explore sendiri dan beritahu saya pendapat mereka sebelum saya keluarkan pendapat saya yang tak semestinya betul pun.
Tapi terus terang saya katakan, saya tak sanggup untuk melihat bunga-bunga yang baru mekar tumbuh ni dilanda gelora badai yang ganas sedangkan akar masih belum cukup kuat mencengkam tanah, batang pokok pun masih kadang-kadang meliang-liuk ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Cukuplah sejarah pahit saya sendiri dalam merungkai persoalan kompleks ni, soalan cepu emas kata orang. Sejarah pahit saya yang hampir-hampir memakan diri saya sendiri dan memusnahkan segala-galanya. Banyak air mata yang menitis pada masa tu, dan saya benar-benar tak mahu anda semua menangis dan gusar sebagaimana yang pernah saya lalui dahulu. Pahit, sangat pahit.
Kalau diikutkan marhalah-marhalah yang telahpun digariskan oleh Ustaz Mustafa Mashyur dalam buku Dakwah Fardiyah, persoalan yang ramai orang sibuk sekarang ni sebenarnya berada di marhalah/tahapan terakhir iaitu yang ketujuh. Dah cemerlang/settle ke marhalah/tahapan yang sebelum ni yakni yang keenam, kelima etc. yang kita terlalu sibuk nak naik marhalah ketujuh? Bahaya jika gopoh tidak mengikut marotibul amal yang telah digariskan, sebagaimana Imam As Syahid Hassan Al Banna menekankan pentingnya amal KITA mengikut marotibul amal dan beliau mempersilakan mereka yang gopoh untuk mencari jalan lain.
Saya sangat sukakan satu tulisan Ustaz Hasrizal yang bertajuk "Jernihkan Fikrahmu Sebelum Berdakwah". Nasihat yang sangat bagus untuk kita semua yang masih muda dan mentah dalam jalan yang penuh tribulasi dan panjang ini. Carilah sendiri artikel tu di blog beliau kalau berminat. Boleh juga baca artikel bertajuk "Sembang-sembang tentang Jemaah Islam" tulisan Ustaz Fauzi di blog beliau. InsyaAllah niat yang sahih dan hati yang bersih akan menjernihkan segala kekeruhan ini.
Alhamdulillah kini, yang 'baru-baru' semuanya bersikap terbuka dan ramai juga yang ikut saranan saya, pergi join dan try kalau betul-betul nak tahu sangat tentang kelompok lain. Ibarat kata pujangga (eh ye ke pujangga ni ek, allahu a'lam) kalau seseorang itu kamu lepaskan dan selepas itu dia kembali padamu, maka itu memang jodoh la kiranya (lebih kurang la kot begitu ayatnya walaupun mungkin konteksnya tak kena pada masalah yang saya nak cerita di sini).
Allah telah menggariskan di dalam firmannya di bawah (Surah Ali Imran ayat 64) di mana Allah mengajar kita untuk melihat kepada persamaan dan ketepikan perbezaan yang wujud di kalangan ahli kitab dalam menyeru kepada Allah. Inikan pula kita sesama sendiri wahai umat Islam, wahai para du'ah ilallah.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (3:64)
KITA semua generasi baru! Jangan kita ulangi sejarah silam yang menghantui generasi terdahulu sebelum KITA dalam jalan ini. Tak bolehkah kita berlapang dada dan menikmati akan manisnya perjuangan dan ukhuwwah itu? Masa depan ISLAM terletak di tangan KITA! Kalau KITA masih nak emo-emo macam sesetengah daripada generasi terdahulu, maka dah tentu KITA gagal belajar dari SEJARAH KITA. Itulah makna sejarah, yang elok menjadi teladan dan ikutan, yang tak elok dan silap kita jadikan sempadan dan peringatan.
Wa kuunu 'ibadallahi ikhwana (petikan hadith-35 An Nawawi) Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara
Bagi sesiapa yang masih nak menutup hati/minda/pintu dalam hal ni dan masih tak mampu berlapang dada, terpulanglah. Yang penting saya dah lama buka pintu luas-luas nak bagi terang lagi ceria ^_^. Benarlah nasihat seorang ustaz kepada saya suatu ketika dahulu di Auckland:
"Imran, persoalan yang anta tanyakan ni merupakan satu kisah yang sangat kompleks dan panjang dan tak mungkin difahami oleh orang luar melainkan mereka yang terlibat secara langsung sahaja. Situasi di luar negara adalah jauh lebih ideal berbanding realiti di medan sebenar kita di Malaysia. Anta akan faham bila anta terjun dalam realiti nanti insyaAllah."
Benarlah kata-kata beliau itu kini. Cukuplah setakat itu. Ayuh teruskan kerja KITA. Action speaks louder than words. Saya dapat melihat sinar mentari baru, maka KITA generasi baru jangan ulangi kesilapan yang berlaku di kalangan golongan terdahulu sebelum KITA, hingga rosak ukhuwwah, fitnah dijaja dan tersebar, yang rapat menjadi seteru, wana'u zhu billah. Ayuh lapangkan dada, sentiasa bersangka baik dan teruskan dengan amal yang muntij kerana Islam meraikan perbezaan. Kan bosan kalau dunia ni ada satu color je kan contohnya merah, nak jugak color kuning, biru, hijau etc. barulah lengkap dan saling melengkapi... barulah CERIA! ^_^
"Sabar, jangan lupa senyum dan baca Bismillah"
Rindu sangat kalian.... pada masa yang sama setahun yang lalu nun jauh di sana... kukirimkan doa semoga sentiasa sejahtera dalam inayahNya. Kerana manisnya ukhuwwah.
p/s: Promo kepada mereka di Australia khususnya Adelaide, datanglah ke program ni kalau berkelapangan. InsyaAllah ada manfaatnya.
والله علم وستغفرالله
والسلام عليكم
4 comments:
sedihnya post ni akhi! :'(
memang sedih pun... tapi takpe harapnya menjadi pengajaran berguna buat kita semua..insyaAllah
p/s: dah update sket post ni, bila teringat satu ayat quran semalam.. dan relevan dengan topik yang ana cuba utarakan
Allah menciptakan manusia itu pelbagai macam bentuk fizikal dan ragamnya tak terkecuali cara fikir dan kefahamannya.
".. Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sunnguh yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
49:13
Jika tak kerana aqidah islam itu, hampir mustahil untuk menyatukan manusia2 di muka bumi ini.
Allah tak kata pon yang paling mulia tu adalah orang2 yang paling betul pendapat atau caranya.. Tapi, Allah bilang.. yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa kepada Nya..
Oleh itu..berbeza itu sebenarnya suatu rahmat supaya manusia itu boleh belajar dan memperbaiki dirinya bukannya menjatuh dan memburukkan..Allahua'lam
Jika keadaan menjadi tegang kerana perbezaan..mungkin ayat ini boleh dikongsi..
" Maka berkat rahmat Allah ,engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal."
3:159
Semoga keikhlasan kita tidak terbunuh dengan hambatan-hambatan sebegini..
Wallahua'lam....
Penggalaman itu mutiara,bila sudah terjumpa mutiara itu,yakin dan berpeganganglah dengan kesungguhan
Post a Comment