Monday, October 6, 2008

Peringatan buat diriku di awal pagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagi 6 Syawal- biasa le... pagi-pagi masak air untuk buat coffee mocha macadamia (namanya grand betul tp pakai instant 3 in 1 nye sachet je)

Saya punye cerek elektrik ni dah lama longgar (for some reason plagnye tak nak lekat sgt dekat power point tu), sebab itu saya biasanya akan memegang kepala plag cerek elektrik tu sehinggalah air masak.

Ditakdirkan pada pagi ini, Allah beri ilham pulak untuk saya letakkan botol air di atas sandwich maker dan kemudian tahan/ sendalkan plag tu at the same time... instead of holding it with my own hand like I used to do all this while..

Sambil-sambil tunggu dan panaskan breakfast, tetiba ada bunyi pelik dari plag tu sendiri diikuti dengan bunyi 'spark' dan diikuti satu kilauan terang (masa ni memang terkedu dan tergamam gak ar sebab tak pernah tgk benda camni berlaku depan mata). Terus satu bilik black out selepas itu (sebab main switch in my room tertutup secara automatik akibat lintar pintas). Yang nampak hanya asap putih yang boleh tahan banyak diikuti dengan bau hangit. 

Saya pun terus mencapai kain kering dan tutup suis power point tersebut. Kemudian saya tanggalkan plag cerek elektrik tu tapi tak nampak apa pun lagi sebab gelap sangat. Then baru saya switch on balik main switch dkat main circuit board dan barula nampak apa yang telah terjadi.


Basically converter plag tu mmg salah satu connector nye hangus.. dan terlekat dkat power point di dapur (memang completely burnt). 

Terus terdetik dalam hati ku rasa syukur tidak terkira kepada Allah. What if I didn't break my norm and continue doing what I used to do - holding the head-plague with my own hand... I would have been zapped and Allah knows best what might happen next

Dan Allah sekali-kali tidak menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (63:11)

Terima kasih Allah atas peringatan ke atas diriku bahawa kematian itu boleh datang menjengah bila-bila masa sahaja. (tu la diri ni dah terlalu alpa dan leka agaknya- duk sibuk 6 hari 6 malam tak abis-abis beraya sakan)

والله علم
والسلام عليكم

5 comments:

Shariful Fadzli said...

Subhanallah, seb baik tak jadik apa2...fuhhh, huhuu, lain kali gunkan yang ada chop SIRIM..huhu

Imran Razali said...

Alhamdulillah xde apa2 terjadi- masih hidup walaupun harini kurang sihat plak tetiba :p

cop SIRIM x jumpa ar sho kat auckland ni, cop New Zealand Dairy Board ade ar... huhu

myrod88 said...

fuhh saspenn. syukur syukur alhamdulillah dapat ilham tu, kalau tak, tak tau la eh ape jadi wallahu'alam.

rough_U_deen said...

Kisah benar yg bermakna. Thanks kerana berkongsi. By the way, dah tau sbb ape jadi mcm tu? Bdak2 elektrikal mesT teruja tgk kes studi cas yang nampak di mata ni. Try tnye mereka2 itu. Wallahu'alam

Imran Razali said...

diddy: Mmg saspen abis pagi tu... alhamdulillah xde ape2 major blaku apart from that

rough_u_deen: Menurut Ki, adaptor NZ tu yg rosak.. dia check electgric water boiler tu x rosak apa2 pun, fuse pun ok je... so the main cause is the adaptor itself (ana mengiyekan je... dah yg check tu student Electrical-pcaya kot huhu)