Just a short one.
Mengapakah bahasa Melayu menjadi sedemikian rupa?
Tun Mahathir rasis -antara tajuk utama akhbar Mingguan Malaysia
Tajuk berita itu bukannya menyebabkan saya terpanggil kerana tajuknya, tetapi kerana penggunaan bahasanya. Banyak lagi contoh lain yang saya yakin ramai dah biasa gunakan.
Contohnya diskusi. Kenapa tak guna perkataan perbincangan? Introduksi. Kenapa tak guna pengenalan?
Saya tidak mempersoalkan kenapa wujud perkataan baru, lebih-lebih lagi diimport dari bahasa Inggeris. Kerana saya sedar memang sejarah bahasa Melayu ni memang banyak diambil dari bahasa lain perbendaharaan katanya terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tetapi, mengapa perlu wujudkan perkataan baru dalam bahasa jika sudah wujud perkataan lain sebelum itu yang membwa maksud yang sama. Macam kes di atas. Kenapa nak memperkenalkan perkataan diskusi sedang dalam bahasa Melayu sudah ada perkataan perbincangan yang membawa maksud yang sama dengan diskusi tetapi beridentiti yang jelas.
Oh well... OK Imran. You are bound to finish your coding on your final year project and not surfing. Let's go!
والله علم
والسلام عليكم
1 comment:
Setuju dan tiada ragu-ragu!
Bahasa melambangkan identiti bangsa~~
Post a Comment