Thursday, July 16, 2009

Tautan hati

بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al Hujurat 49:12]

Manusia hari ini memang suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang relax disangka malas

Orang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang pakai baju buruk disangka zuhud/hina

Orang makan banyak disangka pelahap


Orang makan sedikit disangka kedekut

Orang buruk disangka baik

Orang baik disangka buruk

Orang diam disangka tak mesra

Orang bersuara lantang disangka bongkak

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang ceria disangka membela makhluk

Orang senyum disangka memerli





Mana tahu yang diam itu kerana banyak berzikir kepada Allah

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam muka itu kerana mengenangkan dosa


Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya

Jauhilah sikap bersangka-sangka

Kerana ia akan memusnahkan ukhuwwah

Umpama musnahnya kayu yang dimakan api


Sesuatu perkara yang kita lihat

Seribu kesimpulan yang kita boleh buat

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Berlapang dadalah, bersabarlah, ketepikan segala perbezaan dan lihatlah persamaan yang ada

Janganlah kerana satu kesilapan

Kita terus menghukum dan menghapuskan segala kebaikan lain yang ada pada sesuatu perkara

Gunalah neraca Al-Haq dan bukan neraca peribadi dalam menilai semua perkara


Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di bumi kamu - Imam AsSyahid Hassan Al-Banna




Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Al Anfal 8:63]



والله علم
والسلام عليكم

No comments: