Seorang ahli sukan, mahu atau tidak, mereka perlu mempertingkatkan stamina mereka jika hendak cemerlang dalam karier sukan mereka. Tanpa stamina yang kuat, mereka tidak akan mampu bersaing dengan baik.
Tetapi itu ahli sukan. Mungkin bagi yang bukan ahli sukan, mereka tidak akan memandang stamina sebagai sesuatu yang besar. Sebenarnya, di dalam kehidupan ini, ada satu stamina yang perlu diperhatikan, dijaga, dan dipertingkatkan oleh semua manusia. Ya, semua manusia. Bukan ahli sukan sahaja.
Stamina apa?
“ Kita perlu menjaga stamina iman kita, agar kita mampu meneruskan kehidupan kita sebagai seorang muslim mu’min yang taat kepada ALLAH SWT”
Stamina iman? Pernahkah anda mendengarinya?
Bila kita perhatikan, kehidupan kita merupakan satu persaingan. Itulah dia persaingan untuk pulang kepada ALLAH dalam keadaan terbaik. Di dalam persaingan ini, ada pelbagai sub persaingan yang lain. Antara sub persaingan yang popular adalah persaingan sihat untuk mendapatkan redha ALLAH dan persaingan sihat untuk beramal lebih. Itu adalah antara persaingan-persaingan kita dengan mereka yang mempunyai kehendak yang sama seperti kita, yakni hendak pulang kepada ALLAH dalam keadaan terbaik.
Namun, ada juga sub persaingan yang datangnya daripada mereka yang tidak mempunyai kehendak yang sama seperti kita. Ya, itulah dia persaingan daripada syaitan dan konco-konconya. Persaingan untuk menghindari dosa, itulah persaingan dari mereka. Syaitan dan segala bala tenteranya, akan menyerang kita sehingga kita kelemahan, kemudian jatuh tersungkur tidak larat, menghalang kita dari terus mendekati ALLAH SWT.
Untuk hal ini, kita perlu memberikan perhatian yang lebih kepada stamina iman kita. Jika stamina iman kita lemah, maka kita akan cepat tewas. Hal ini kerana, tanpa stamina iman yang kuat, kita akan cepat kepenatan dalam menentang hasutan-hasutan syaitan ini.
Perlu kita berikan perhatian bahawa, syaitan adalah satu makhluk yang tidak kenal akan kalimah putus asa atau berundur kalah. Syaitan akan datang kepada kita dari segala arah, dengan pelbagai cara, dan pelbagai strategi yang tidak dijangka. Syaitan, akan mengejar kita hinggalah ke penghujung nyawa. Bala tentera syaitan yang terdiri dari suasana kehidupan kita, menyebabkan kita diserang setiap masa, dari pelbagai penjuru, bertali arus tanpa ada masa rehat.
Seorang ulama’ pernah ditanya, apakah syaitan itu tidur?
“ Alangkah baiknya jika syaitan itu tidur. Maka kita boleh berehat dengan tenang”
Untuk bertarung dengan syaitan yang tidak kenal patah harap ini, stamina iman yang tinggi dan kuat perlu dibina. Seperti stamina untuk ahli sukan yang perlu dibina dengan latihan, maka stamina iman turut perlu dipertingkatan dengan ‘latihan-latihan’nya yang betul. Seperti juga stamina untuk ahli sukan yang jika tidak kena cara, tidak akan tertingkat staminanya, maka stamina iman juga perlu dipertingkatkan dengan cara yang betul, yakni cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, dan diberitahu oleh ALLAH SWT di dalam Al-Quran.
“Ada tiga perkara (syarat) untuk mendapatkan kelazatan iman iaitu mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada mencintai orang lain; mencintai seseorang semata-mata kerana Allah; dan benci kembali kepada kufur serupa dengan bencinya jika dia dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Stamina untuk iman boleh dibina dengan mentadabbur Al-Quran. Bukan sekadar membaca Al-Quran seperti membaca Surat Khabar sahaja, tetapi kita menyelak makna dan tafsirnya untuk kita perhatikan, apakah yang ALLAH kehendaki daripada kita. Adalah amat pelik sebenarnya, jika kita hendak meningkatkan keimanan, tetapi kita tidak kembali kepada sumber keimanan itu sendiri.
“ Alif lam miim, itulah dia al-kitab(Al-Quran) yang tiada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” [Al-Baqarah 2:1-2]
Seperti seorang yang mampu meningkatkan staminanya dengan banyak berlari, maka stamina iman mampu dipertingkatkan dengan memperhebatkan amal dan menghayatinya. Amal, tanpa penghayatan, tidak akan memberikan nilai tambah kepada kita. Latihlah diri untuk bangun solat sunat rawatib, latihlah diri untuk memperuntukkan waktu membaca Al-Quran sambil mentadabbur, biasakan diri dengan beristighfar dan muhasabah diri, lapang-lapangkan waktu membaca bahan fikrah yang boleh membantu kita membina satu rangka pemikiran yang jelas terhadap ISLAM.
Iman adalah majal yang terbuka luas sebenarnya. Siapakah yang mampu mengukur iman kecuali ALLAH? Hatta kita sendiri tidak boleh mengukur iman. Tetapi, Rasulullah SAW telah memberikan kepada kita panduan, untuk kita memerhatikan apakah keimanan kita ini benar atau palsu semata-mata.
“ Iman itu bukan angan-angan, bukan cita-cita, tetapi apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal” Al-Hadith.
Iman itu dibuktikan dengan amal sebenarnya. Maka, dengan amal lah kita melatih untuk membuktikan keimanan kita. Bila amal kita berkurang, atau timbul kelemahan di dalam hati kita, sepatutnya, kita sensitif memerhatikan tanda-tanda kelemahan stamina iman kita ini. Manusia yang ingin pulang kepada ALLAH, akan sentiasa peka dengan keadaan stamina keimanannya.
Iman itu adalah masdar(perlembagaan) untuk kita menggerakkan kehidupan kita bagi mencapai keredhaan ALLAH SWT. Iman adalah merupakan noktah bidayah(titik tolak) untuk kita bergerak mengorak langkah menuju ALLAH SWT dalam keadaan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Maka, wajib ke atas kita membina stamina iman diri, merasai kelazatannya, dan tidak akan sesekali membenarkannya terobek dek gangguan syaitan dan segala bala tenteranya. Binalah stamina keimanan dengan amal yang disertai dengan penghayatan. InsyaALLAH, anda akan terasa kesannya. Ikhlaskan diri, dan bergeraklah ke arah perubahan menjadi Hamba ILAHI yang sejati!

Hidup ini sibuk bukan? Kadang-kadang, kepala kita penuh dengan pelbagai permasalahan yang menyumbat. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kerja, masalah rakan-rakan. Segalanya menjadi mehnah dan tribulasi dalam kehidupan.
Sebagai manusia biasa, pasti ada suara di dalam hati kita yang inginkan kerehatan dari kemasyghulan dunia ini. Aku nak rehat! Mungkin itu jeritan jiwa kita.
Boleh kah kita berehat dari kehidupan?
Mungkin anda kata, mustahil. Kemungkinan anda melihat, kematian adalah satu-satunya cara untuk kita berhenti dari menjalani kehidupan.
Tapi pada saya, rehat dari kehidupan ketika kita masih hidup adalah tidak mustahil.
Marilah, kita ambil sedikit masa untuk berehat dari kehidupan kita.
Satu hari, Abdullah ibn Rawahah RA berkata kepada para sahabat:
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”
Kata-katanya pada awal itu, dilihat pelik oleh para sahabat yang lain. Beriman hanya sebentar sahaja? Namun akhirnya, semua memahami bicaranya.
Manusia itu terlalu sibuk dengan kehidupannya. Hal itu lah, hal ini lah, sehingga dia terlupa untuk mengecas bateri imannya kepada ALLAH SWT, sehingga dia terlupa untuk memuhasabah akan kehidupannya kepada ALLAH SWT.
Maka, dalam kesibukan urusan kehidupan insan itulah, Abdullah ibn Rawahah RA menyarankan kita untuk duduk walaupun sebentar, untuk kita memperbaharui, memperkuatkan, mengecas kembali keimanan kita.
“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” [Asy-Syams,91: 7-10]
Tetapi, siapakah yang memberi ruang dalam hidupnya untuk dia mengecas keimanannya?
Ada satu kisah yang tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati yang ingin saya kongsikan. Kisah seorang pemotong kayu. Dia mempunyai sebatang kapak yang tajam. Lalu dia keluar mencari kerja dengan kapaknya itu. Dia bertemu dengan seorang pemilik hutan, yang ingin menggaji seorang pekerja untuk memotong pokok di dalam hutannya itu. Maka, Si Pemotong Kayu meminta pekerjaan itu.
Hari pertama, dia berjaya memotong 20 batang pokok. Pemilik hutan itu kagum dan Si Pemotong Kayu meminta untuk dia melakukan lagi kerjanya esok. Pemilik hutan mengalu-alukan.
Hari kedua, Si Pemotong Kayu hanya mampu memotong 17 batang pokok. Prestasinya menurun. Dia kehairanan. Kenapa? Lalu dia memberi alasan kemungkinan dia tidak memberikan yang terbaik dalam pekerjaannya hari ini. Lantas dia meminta kepada pemilik hutan untuk datang lagi esok, dan dia berjanji dia akan bersungguh-sungguh.
Hari ketiga, Si Pemotong Kayu bekerja dengan bersungguh. Dia menghayun kapaknya kuat-kuat dan laju. Namun, pada penghujung hari itu, dia hanya berjaya menumbangkan 10 batang pokok. Dia amat terkejut. Lebih rendah dari semalam. Semakin hari semakin buruk. Si Pemotong Kayu meminta maaf kepada Pemilik Hutan. Dia berjanji, esok dia akan memperbaiki prestasinya.
Hari keempat, Si Pemotong Kayu bekerja dengan lebih kuat. Dia mencurahkan seluruh tenaganya. Namun, kerjanya semakin perlahan. Untuk menumbangkan sebatang pokok, memakan masa berjam-jam. Akhirnya, di penghujung hari, dia hanya mampu menumbangkan 5 batang pokok sahaja. Dia sedih, dan kehairanan kenapa prestasinya jatuh teruk sedemikian, walaupun dia berusaha kuat. Dia mengadu akan kelemahannya kepada pemilik hutan.
Pemilik hutan tersenyum. Lalu dia berkata:
“ Kamu terlupa, mengambil waktu rehat, untuk mengasah kapak kamu”
Ya. Ada waktu, selepas mengharungi pelbagai masalah, mehnah dan tribulasi, kerja dan tugasan, dalam kehidupan yang kita tidak tahu bila penghujungnya hendak menjengah, kita akan rasa keletihan dan kepenatan. Kadangkala kita tersungkur pula di tengah perjalanan.
Hal ini kerana, kita lupa mengambil sedikit masa, berehat untuk mengecas keimanan kita, memuhasabah kehidupan kita, hubungan kita dengan ALLAH SWT. Kita terlupa akan memperbaiki hubungan kita dengan ALLAH,walaupun ALLAH tidak pernah meninggalkan kita. Perbaharuilah iman, kekalkan stamina iman kita.
“ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” [Ad-Dhuha,93: 3]
Ambillah sebentar masa rehat, duduklah berseorangan, beruzlah atau bersama teman, muhasabahlah perjalanan hidup, kondisi hati, dan hubungan kita dengan ALLAH SWT. Sematkan azam baru, nyalakan semangat baru, dan suntiklah cita-cita segar untuk perjalanan seterusnya. Dalam setiap perhentian, kerehatan kita itu, kita perbaiki dan pertingkatkan keadaan diri. InsyaALLAH, prestasi kita akan tertingkat, semakin tertingkat dan terus meningkat.

والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment