InsyaAllah apa yang ingin saya kongsi kali ini perlu pemerhatian yang teliti. Bacalah dengan hati yang ikhlas dan tenang. Tidak terlintas langsung di hati untuk membidas mana-mana pihak. Sekadar berkongsi dalam mencari erti kehidupan.
Saya sering diberitahu oleh teman-teman tentang syubhat ataupun tuduhan yang menurutnya menimbulkan beberapa persoalan tentang kebenaran dakwah dan para pengikutnya. Saya pun mendengar serta meneliti setiap kata-kata, dalam tulisan samada di majalah, blog ataupun email berkenaan dan mendapatinya dipenuhi dengan maklumat yang sedikit sebanyak telah menyatakan apa yang tidak pun berlaku. Penulis atau pembicara itu membuat pelbagai kata-kata berbentuk hasutan supaya manusia yang lain menjauhkan diri daripada cahaya dakwah ini. Bahkan semua itu menggambarkan seolah-olah sang pembicara memiliki satu pandangan negatif terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang untuk kebaikan bersama di bumi kepunyaan Allah swt.
Akal mereka hampir gila sehingga tidak boleh menerima realiti dakwah ini semakin subur dan diterima masyarakat ramai. Golongan ini telah dirasuk hasad dan dengki dengan pencapaian orang lain dalam lapangan kerja bakti untuk agama dan bangsa. Bagi mereka, kerja kebaikan hanyalah milik mutlak kumpulan atau gerakan tertentu. Inilah yang disebut sebagai monopoli dalam ertinya yang lebih khusus bagi semua penggerak dakwah. Seakan-akan hanya mereka sahaja yang betul dan benar!! Yang lain semua salah!! Mereka terlupa alam ini teramat luas dan manusia itu semakin bertambah populasinya. Tenaga kita terbatas, justeru sikap berlapang dada dengan semua pihak yang mengibarkan panji Al-Haq sangat dituntut oleh Islam. Saya anggap mereka ini sedang mengigau dek tidur yang terlalu panjang lalu apabila terjaga, semua orang di kelilingnya dimarahi dan disalahkan. Ataupun mereka ini mengigau di siang hari.
Biasanya hanya manusia yang tiada agenda agung serta dibuai lena sahaja yang akan sibuk berkokok tidak senang terhadap hasil kerja orang lain. Bagi insan yang memikul amanah mulia dakwah, tiada bagi mereka masa dan waktu untuk terkial-kial mencari kesalahan sesiapa. Setiap waktunya di isi dengan ibadah dan zikir. Diam dan geraknya hanya kerana Allah. Tidur dan jaganya juga dipastikan mendapat redha Al-Khaliq. Jika anda benar-benar ikhlas bekerja untuk Islam dalam apa jua gerakan yang anda pilih, sudah tentu kita semua akan bertemu di titik akhir yang sama dengan izin Allah swt. Sekarang adalah masa untuk menyinsing lengan menggunakan tulang empat kerat memerah keringat dalam berbakti di bawah teduhan Al-Qur’an. Bukannya masa untuk bertengkar yang mana satu itu lebih patut diikuti dan yang lainnya harus dilenyapkan dari peta dunia. Contohilah para Imam mazhab yang empat dalam adab hormat-menghormati biarpun berselisih pendapat. Selagimana itu perkara cabang (furu’) selagi itu ruang ijtihad terbentang luas baginya.
Ramai juga daripada rakan saya bersemangat untuk membalas serta menjawab segala persoalan yang ditimbulkan itu. Ini lahir kerana cinta dan sayang kepada dakwah yang barakah ini. Bagi mereka tulisan-tulisan ini akan menjauhkan manusia daripada dakwah kita. Sebahagian pemuda akan terpengaruh lalu meninggalkannya. Namun, pandangan saya berlainan daripada mereka. Sesungguhnya bahtera dakwah dan kebenaran ini akan tetap meneruskan perjalanannya menuju destinasi yang ditetapkan oleh nakhodanya. Biarpun dunia seluruhnya memeranginya, kebenaran itu tetap akan kekal teguh umpama gunung terpasak kukuh. Usah kita menyibukkan diri untuk membalas dan menjawab segala tuduhan tidak berasas itu. Kerja yang sedia ada sudah menjadikan kita sesak dan tidak menang tangan. Panduan daripada Al-Qur’an cara terbaik berinteraksi dengan golongan jahil ini ialah:
“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”.(Al-Qashash 28:55)
Dakwah ini akan dipelihara oleh Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Kita tidak perlu menghabiskan masa dengan menulis jawapan-jawapan untuk setiap tuduhan jahat itu lebih-lebih lagi jika hampir semuanya adalah palsu dan dusta semata-mata. Biarlah diri mereka menjawab di hadapan Tuhan Pemilik Hari Kebangkitan kelak. Hasbunallahu wa nikmal wakil (Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik Yang diserahkan kepadanya segala urusan dan kepentingan).
Sekiranya ada di sana hati-hati yang masih lagi celik dan sedar, maka dengan izin Allah swt kebenaran itu pasti terserlah biarpun lambat masanya. Pintu bersangka baik dalam mencari kebenaran itu sentiasa terbuka. Saya tinggalkan untuk golongan yang cuba berniat buruk terhadap mana-mana golongan yang ingin menyeru kepada kebenaran dan mengajak anak bangsa memahami warisan Islam dengan erti katanya yang syumul dengan potongan ayat Al-Qur’an ini:
“Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. ” (Surah Ar-Ra’d 13:17)

Ini adalah saringan bebas saya daripada buku karangan ulama Lubnan, Ustaz Fathi Yakan bertajuk “Bahtera Penyelamat”. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca.
Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas. Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini. Dahsyat sungguh!
Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini. Dalam sebuah hadis yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak :”seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:
1. seorang mukmin yang dengki padanya
2. munafiq yang membencinya
3. kafir yang membunuhnya
4. syaitan yang menyesatkannya
5. hawa nafsu yang menggodanya”
Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah. Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka. Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat! Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijua juga daun kering. Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:
“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)
“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)
“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Mengapa mereka dengki?
Merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
Bertaubatlah wahai orang-orang yang beriman sebelum datangnya ajal.

والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment