Menyoroti sejarah umat Muhammad s.a.w, bangkitnya mereka begitu gagah. Digeruni seisi dunia dengan gelaran ustaziyatul alam pada era tamadun Abbasiyah. Benarlah, kehebatan umat Islam saat itu tidak dapat dipersoalkan.
Namun akhirnya, dari satu tamadun yang sangat hebat itu, Umat Islam akhirnya jatuh, jatuh dan jatuh…kejatuhan itu sehingga kini. Kita adalah umat yang hidup di era kejatuhannya, namun kita tidak pernah sedar semua itu. Kita leka bermain dengan permainan-permainan yang disajikan dunia, sehingga tidak sedar beribu wajah sedang ketawa gembira melihat umat Muhammad s.a.w yang terus menerus dalam kealpaan.
Mengapa ini berlaku? Apa ubatnya? Dimana perlu dicari penawarnya?
JAUHNYA UMAT ISLAM DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH:
1. Al-Quran tidak menjadi ruh dalam hidup umat Islam, padahal seharusnya Al-Quran itu sentiasa ditadabburkan untuk kemudiannya diamalkan.
Pada Muktamar Missionaris ke V, Zummer mengatakan;
Kerja kita hari ini bukan mengkristiankan umat Islam, tetapi jauhkan mereka dari Al-Quran dan Sunnah. Jadikan mereka tidak bangga dengan Nabi Muhammad. Dan jauhkan mereka dari sejarah Islam, jadikan mereka malu mengakui keIslamannya, buatlah mereka jauh dari ulama-ulama mereka.
Cuba kita lihat tubuh umat Islam saat ini, adakah berhasil “wasiat” Zummer di kalangan generasi kita dan anak-anak Islam??
Di samping itu, yang membuatkan umat Islam terus menerus ditindas dan sangat jauh dari Al-Quran ialah perlakuan kita terhadap Al-Quran itu sendiri;
1) Mencampur adukkan antara yang hak dan yang batil.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:42)
2) Beriman kepada sebahagian ayat dan ingkar kepada sebahagian yang lain.
....Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah 2:85)
3) Menjadikan Al-Quran sesuatu yang tidak diendahkan.
Berkatalah Rasul; “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang tidak diacuhkan. (Al-Furqan 25: 30)
4) Menganggap Al-Quran hanya sebagai bahan hiburan
Dan kami tidak menganjurkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. (Yasin 36:69)
5) Memperolok-olok ayat Al- Quran dan kandungannya.
Itulah balasan atas mereka, iaitu neraka jahannam, sebab mereka kafir dan memperolok-olokkan ayat-ayat-Ku dan Rasul-Ku. (Al-Kahfi 18:106)
Begitu juga halnya dengan As-Sunnah tinggalan Rasulullah s.a.w. Fungsi Rasulullah s.a.w adalah men“jambatan”i (menghubungkan) antara umat Islam denga Allah Taala, “manusia pilihan” ini berhak untuk dijadikan cermin bagi umat Islam.
Tetapi apa yang kita lihat pada tubuh ummat ini? Ternyata Rasulullah s.a.w tidak dijadikan teladan universal. Pergeseran keteledanan ini adalah akibat dominasi Barat yang sentiasa dilancarkan ke dalam tubuh umat Islam sehingga kita sebagai generasi Islam malu untuk “berbaju” mengikut ketetapan syariat dan sunnah. Cara kita makan sampai cara berpakaian. Cara kita menikah melalui proses “couple” . Cara kita belajar Pedidikan Agama Islam di sekolah-sekolah. Cara orang-orang tua kita memandang ibadah hanya di masjid sahaja, sampai cara kita dan adik-adik kecil kita mengagungkan artis dalam kehidupan seharian.
Dan pada akhirnya terbukti juga apa yang pernah dikatakan oleh Muhammad Abduh,
“Islam itu tertutupi oleh orang-orang Islam sendiri”
Kerana umat Islam tidak bersungguh-sungguh mencintai Rasulullah s.a.w . Kerana apabila kita mencintainya, bererti kita akan sentiasa dan selalu berpegang teguh kepada perintahnya, mengikuti jejaknya dan menjauhi larangannya. Kasih dengan hati, mengikuti sunnahnya dengan sebaik-baiknya. Itulah sebagai bukti cinta kepada Rasulullah s.a.w.
.....Dan apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka ambillah, dan apa-apa yang dilarang olehnya jauhilah..(Al-Hasyr 59: 7)
Sungguh, penawar untuk umat Islam hanyalah pulang kepada Allah s.w.t dan mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w. Memahami isi Al-Quran dan mengikuti Sunnah tinggalan Rasulullah s.a.w. Dan penawar itu banyak terdapat di rak-rak buku di rumah kita, penuh debu jarang diselak. Apatah lagi untuk dibaca dan ditadabbur maksudnya. Perlu ingat, Al-Quran itu perlu dibaca dengan hati, memahami maksud setiap daripada ayat-ayatnya. Berbeza benar dengan amalan “orang kita” yang hanya menggapai Al-Quran di saat sedih semata-mata untuk mengalunkan bacaan dan merasai sedikit ketenangan dari alunan bacaan tanpa faham maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Fungsi Al-Quran tidak terhad kepada itu sahaja, tapi fungsinya jauh amat besar, Al-Quran itu manual hidup bagi Umat Islam! Sesuatu benda yang dilakukan tidak mengikut seperti arahan di dalam manual, semua sudah sedia maklum apa yang akan terjadi akibatnya- rosak!

Pilihlah jalan masing-masing dan semoga kita diketemukan dalam rahmatNya kelak, insyaAllah.
والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment