Sudah agak lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini. Sekarang baru rasa 'penangan' final year untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di the University of Auckland ini. Walaupun kuliah tak banyak, tapi sentiasa sibuk dengan projek-projek design & assignment sepanjang masa. Walau bagaimanapun saya terpanggil juga untuk menyentuh tentang isu semasa di Auckland khususnya dan memperingatkan diri saya sendiri dan semua sahabat-sahabatku yang lain tentang perkara ini.
Saya yakin semua orang di Auckland sudah tahu tentang Foam Party anjuran kelab X yang telahpun berlangsung dengan jayanya tahun lepas. Kini Foam Party tu akan kembali lagi tahun ini. Kita selaku seorang Muslim sepatutnya sudah jelas dengan keadaan majlis tersebut. Tak perlu diperdebatkan haram atau syubhahnya kerana memang sudah jelas lagi nyata HARAM & BATIL. Pergaulan bebas, alkohol, sampai basah dan berbuih... apa natijahnya semua itu?
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al Baqarah 2:42)
Majlis yang ada unsur kebatilan akan tetap haram walaupun sedikit kerana kita tidak dibernarkan langsung mencampurkan perkara haq dan batil. Majlis yang ada pergaulan bebas akan tetap HARAM walaupun dimulakan dengan Al Fatihah dan bacaan doa. Kita telahpun digariskan dengan tips-tips untuk mencegah mungkar oleh Rasulullah s.a.w. Sekiranya kita nampak sesuatu kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah ia dengan mulut. Jika tidak mampu juga, jauhilah perkara itu dan hendaklah membenci dengan hati dan sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. Kesilapan kita sekarang ni juga adalah sentiasa mengambil jalan paling mudah iaitu membenci dengan hati, sedangkan telahpun dikatakan bahawa itulah selemah-lemah iman.
Itu bukan isu yang ingin saya fokuskan kali ini. Apa yang ingin saya tekankan kali ini adalah tentang kita selaku Muslim yang turut sama terlibat dengan perancangan secara langsung atau tidak langsung aktiviti mungkar/maksiat. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya dilarang sama sekali menyertai aktiviti mungkar walaupun hanya sekadar menjadi pemerhati dan duduk bersahaja.
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafiq dan orang kafir di dalam neraka jahannam. (An Nisa' 4:140)
Sebab itu dikatakan selemah-lemah iman adalah membenci perkara mungkar itu dengan hati jika tidak mampu mencegahnya dengan tangan (perbuatan) atau mulut. Apa pula perihalnya dengan kita sendiri yang sama-sama terlibat dalam promosi majlis mungkar seperti ini?
67. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
69. (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. (At Taubah 9:67-69)

Walaupun kita tidak terlibat atau menyertai perkara mungkar itu secara direct, tetapi menyeru atau mengajak kepadanya sahaja pun sudah menjadi satu kesalahan besar sehingga jatuhnya ciri munafiq ke atas seseorang. Sedarlah wahai saudara-saudaraku. Sesungguhnya seksa Allah itu sangat keras tetapi Allah Maha Pengampun & Maha Menerima Taubat. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.
Maaf sekiranya ada pihak yang terasa atau tersinggung, tapi saya hanya ingin menyatakan kebenaran sahaja dan langsung tidak berniat menyinggung sesiapa. Perkara ini tidaklah merujuk khas kepada Foam Party ini sahaja tetapi juga kepada mana-mana majlis lain yang ada elemen kemungkaran/maksiat.
والله علم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment